Wednesday, September 22, 2010

Khalid Samad Berbohong



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad masih terus berbohong kepada orang ramai dari isu kuil, gereja, nama Allah dan sekarang isu wakil rakyat bukan Islam memberi ucapan di tempat solat pula.
Pada minggu lalu, ketika umat Islam sedang menyambut kedatangan syawal, Khalid Samad tidak segan silu menyiarkan sekeping gambar yang telah diedit kononnya UMNO membawa wakil rakyat bukan Islam masuk ke tempat solat untuk menyampaikan sumbangan.
Biarpun kita faham, ahli Parlimen Pas yang pertama yang memberi “sermon” dalam gereja kerana hendak membela Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching biarlah berlandaskan fakta dan hujah bukan pembohongan dan penipuan seperti ini.

Kalau belum menjadi pemerintah lagi sudah biasa berbohong dan bersifat munafik, apakah ia akan menjadi “malaikat” jika menjadi pemerintah? Dulu Tien Chua mengedit gambar Datuk Seri Najib, sekarang giliran Khalid Samad pula melakukan.
Apakah Khalid Samad mempunyai hubungan tertentu sehingga sanggup menyiarkan gambar yang disunting bagi membela Teo Nie Ching yang bersikap kurang ajar memberi takzirah di saf pertama tempat umat Islam sujud dalam sebuah surau di Selangor.
Dan konon-kononnya dia juga nak membuktikan bahawa UMNO lebih teruk daripada PAS yang menjadi pencacai kepada kafir harbi DAP apabila dia mendedahkan gambar YB Kamalanathan memberikan sumbangan di sebuah masjid di Sg Tengi Selatan.



Tetapi sayang seribu kali sayang, impian Khalid Samad @ Khalid gereja nampaknya tidak kesampaian untuk menjadi hero kepada ADUN DAP Serdang.



Mimpi Khalid Gereja ini untuk menjadi hero mendedahkan keburukan UMNO juga berkubur apabila gambar YB Kamalanathan di masjid yang ditunjukkan didalam blognya rupanya gambar yang telah diedit.
Perbezaan besar diantara sumbangan derma YB Kmalanathan dan juga tazkirah ADUN DAP Serdang ialah YB Kamalanathan hanya memberi sumbangan di ruang beranda serta menutup auratnya.
Manakala ADUN DAP Serdang bertazkirah di mibar masjid serta berpakaian kebaya ketat dan tak menutup aurat.
Apakah Khalid gereja terlalu bebal untuk membezakan dua hal ini?
Nampaknya Khalid Samad cuba membodohkan rakyat di Selangor dengan gambar editnya. Mungkin dia ingat semua rakyat Selangor adalah bodoh seperti dirinya juga!

No comments:

Post a Comment