Tuesday, September 28, 2010
DAP Diam Bila Melayu Kena Bunuh..
Apabila hebohnya berita mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pembantunya,tidak ada langsung kedengaran gesaan atau pun bantahan yang disuarakan oleh DAP. Sebelum ini masyarakat begitu maklum dengan tindakan DAP yang mendesak agar diadakan inkues apabila berlakunya kes kematian pencuri kereta A Kugan di dalam tahanan polis dan Teoh Beng Hock.
Kes yang serupa berlaku di Kulim apabila 6 orang penjenayah India ditembak mati oleh Polis, pihak DAP terus mengecam dan menuduh pihak Polis berlaku kejam dan mendesak agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan diadakan.
Kaitan pembunuh Datuk T Pathanaban bersama konco konco nya dengan DAP amat dekat,diberitakan beliau adalah ahli seumur hidup parti DAP. Pihak DAP langsung tidak bersuara apabila menyedari suspek adalah ahli parti DAP.Malah tidak ada mana mana pemimpin daripada pakatan rakyat yang menyeru agar inkues ataupun suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ini.
Nyawa orang melayu begitu murah, hinggakan dilihat adalah tidak penting bagi pihak DAP.Mereka hanya melihat dari aspik perkauman yang rasis jika ada peluang untuk menghentam kerajaan Melayu,maka segala usaha digerakkan untuk memburukkan persepsi terhadap kerajaan dan agensi penguatkuasaan.
Sebolehnya ramai pihak tidak mahu mengaitkan isu pembunuhan Datuk Sosilawati dengan politik,kita tidak dapat mengelak daripada isu ini dipolitikkan kerana dari awal awal lagi Hj Nizar dan Mahfuz sudah pun menuduh UMNO dan pemimpin negara terlibat dalam kes ini.
Hinanya batang tubuh melayu apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi DAP,mereka hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan.Amat menghairankan tidak ada pula gesaan daripada mana mana pemimpin melayu pakatan yang mendesak seperti mana berlakunya terhadap Teoh Beng Hock.
Kesimpulannya,melayu sejak dari dulu dilayan bagaikan kelas kedua oleh pihak DAP dan pakatan,jika berlaku terhadap yang bukan melayu mereka akan cepat cepat untuk bertindak dan membuat protes.
DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM
oleh: allmadat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment