Tuesday, November 30, 2010

Ketuanan Melayu: UMNO Jangan Terpedaya Taktik PKR ni..

Kole Ayan amat kritis mengenai akan hak dan kepentingan pribumi dan bumiputra yang semakin diserang dari semua arah. Banyak artikel kini menekankan peri pentingnya kesedaran tentang perpaduan dan kekuatan ekonomi orang melayu. Sila rujuk Siri Melayu Rasis:klik sini

Serangan terhadap ketuanan melayu oleh aparat aparat pakatan bukanlah baru,semua orang tahu sejak pasca PRU12 mereka sudah memainkan isu ini. Ramai yang terperangkap didalam sentimen perkauman ini hingga mencetuskan pelbagai polemik.

Adalah tidak menjadi masaalah buat jalangan politik untuk melakukan apa saja hatta mengadai hak bangsa sendiri,contohnya seperti gambar diatas. Keluarga Puaka bahagia memperlekehkan bangsa sendiri semata mata mahu mendapatkan kuasa dan agar Anwar menjadi PM.

Dalam teks ucapan Wan Azizah beliau berkata harus bakul sampahkan 'ketuanan melayu' manakala Azmin Ali pula mengistiharkan perang terhadap 'ketuanan melayu'. Pelbagai pihak memberi reaksi yang marahkan dengan kenyataan mereka.Hingga mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor.

Kole Ayan berharap agar pemimpin dan ahli ahli Umno jangan terperangkap dalam tusukankan jarum halus yang dimainkan oleh para strategis dan operatif PKR. Mereka sememangnya sedar jika sesiapa yang menyerang ketuanan melayu bermakna parti terasnya melayu seperti Umno dan Perkasa pasti akan bingkas bangun untuk mempertahankannya.

Sentimen ini ibarat gergaji 2 mata,mereka menyerang sentimen ketuanan melayu kemudian berdasarkan reaksi dan bantahan Umno akan dijadikan asas untuk menyatakan kepada kaum Cina dan India bahawa Umno adalah sebuah parti yang rasis dan perkauman.

PKR dan pakatan menyedari,sokongan orang melayu sudah begitu menurun dan amat kritikal pada masa sekarang,maka sokongan kaum Cina dan India amat diperlukan pada saat ini. Kita harus sedar,dalam masa mereka menyerang ketuanan melayu semasa kongres PKR berlangsung Anwar pula memainkan peranan membuat tawaran kepada DAP agar Lim Kit Siang akan diberikan jawatan sebagai TPM.Berita ini disiarkan didalam akhbar akhbar berbahasa cina.Adakah ini satu kebetulan?

Mereka menyedari adalah mustahil untuk membuang hak keistimewaan orang melayu yang termaktub didalam perlembagaan. Kesemua ini hanyalah skrip garapan Anwar untuk memanipulasi sentimen perkauman yang sudah dibakar sejak pasca PRU 12.

Serangan terhadap ketuanan melayu dan tawaran kepada Kit Siang adalah tindakan serampang 2 mata.Mereka menunggu reaksi para pemimpin Umno untuk menyerang.Jika kalangan pemimpin Umno tidak mendengar nasihat presiden parti.Maka Umno pasti akan terjerat.

Kita harus sedar nasihat Datuk Seri Najib ketika perhimpunan agung Umno baru baru ini,bahawa perlembagaan 153 , 152 dan hak hak kepentingan orang melayu terpahat kukuh didalam perlembagaan.Adalah mustahil untuk diubah begitu saja.

Kole Ayan ingin menasihatkan agar kita jangan terperangkap dalam permainan persepsi dan serangan yang pasti akan menyebabkan kemusnahan secara total aspirasi 1Malaysia yang sedang diusahakan oleh Datuk Seri Najib.

Mereka sedaya upaya mahu menunjukan kepada bukan melayu bahawa Umno sebuah parti yang rasis.Isu perkauman menjadi resepi penting buat pakatan untuk memenangi pilihanraya.Sebelum Anwar dibebaskan sentimen perkauman amat kurang. Tetapi sebaik saja penipu besar ini bebas,sentimen perkauman dilihat berleluasa.

Secara tiba tiba Umno dilihat sebagai parti yang rasis,walhal lebih 50 tahun negara merdeka rakyat hidup aman dan damai tanpa ada sikap prejudis dan syak wasangka.

Soal Wan Azizah mahu membakul sampahkan ketuanan melayu sebenarnya ibarat meludah kelangit,beliau dan Anwar adalah kalangan eletis Umno pada satu ketika dahulu. Azmin turut berada didalam golongan ini.
Lim Guan Eng yang kerap kali menuduh Umno yang menyebabkan 52billion pegangan saham bumiputra hilang di pasaran saham ,sebenarnya membuka pekung Anwar.

Hampri 2/3 saham saham tersebut dipegang oleh kroni kroni Anwar sendiri. Saham saham ini diberikan ketika Anwar menjadi menteri kewangan dan TPM.Maka adalah tidak mengejutkan jika sekarang ini Guan Eng sendiri mendiamkan diri apabila ditegur  oleh Anwar agar jangan memainkan isu ini. Jangan lupa Anwar adalah Raja Drama. 

Manakala khawarij PAS,harus melupakan hasrat untuk menjadi juara kepada bangsa melayu,persengkokolan dan selingkohan haram bersama PKR dan DAP jelas memperlihatkan sikap sebenar bahawa melayu didalam fahaman pakatan tidak harus dipertahankan!!

Monday, November 29, 2010

Anwar bukan ‘Anugerah Tuhan’ tapi Ujian Tuhan- Ezam


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, YB Senator Ezam Md Nor hari ini menjelaskan maksud sebenar ucapan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’ merupakan ucapan terpaksa Presiden parti itu sedangkan apa yang jelas, Anwar Ibrahim bukanlah seperti yang digambarkan tetapi lebih kepada ‘Ujian Tuhan’.


Beliau berkata, Anwar umpama ujian kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini dalam memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di mana ianya adalah ujian untuk kita memilih samada Anwar atau Allah SWT.

“Anwar adalah ujian kepada semua pejuang bangsa khususnya UMNO sepertimana contoh Tun Mahathir telah lepas ujian dengan menolak Anwar dalam kepimpinan negara kerana jelas tindakan Tun itu menunjukkan beliau lepas daripada ujian Allah dengan mementingkan agama daripada anak didik kesayangan Tun sendiri,” jelas beliau.

Mengulas mengenai ucapan Presiden PKR sewaktu Kongres PKR baru-baru ini beliau menjelaskan, kenyataan di dalam ucapan yang disampaikan oleh Datin Seri Wan Azizah itu hanyalah ucapan yang di baca mengikut teks dan ucapan tersebut telah dibuat oleh Anwar dan di olah oleh Anwar sendiri.

“Ucapan tersebut bukan Wan Azizah yang buat tetapi Anwar Ibrahim yang buat, Wan Azizah hanya baca sahaja ucapan itu dan lebih menarik ucapan yang mempunyai 66 perenggan telah dipotong oleh Wan Azizah menjadi 20 perenggan sahaja,” jelas beliau membongkar maksud sebenar ucapan Presiden PKR tersebut yang ternyata terpaksa mengiakan segala pembohongan dan salah laku Penasihat PKR itu.

“Mungkin Allah belum bagi kekuatan lagi pada Wan Azizah untuk memilih antara suaminya atau Allah SWT seperti mana Allah memberi kekuatan kepada Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain untuk meninggalkan Anwar,” jelasnya.

Beliau juga turut menegaskan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga tergolong orang-orang yang kalah dalam ‘ujian’ ini kerana memilih Anwar sebagai sekutu demi pertahankan kuasa politik beliau tanpa mengira dari sudut perjuangan islam itu yang menolak pemimpin munafik apatahlagi yang mempunyai moral yang bertentangan dengan islam.

“Bagi saya, Nik Aziz juga kalah dalam membuat pemilihan ‘ujian’ Tuhan ini kerana beliau memilih Anwar dan tidak memilih Allah demi kuasa politik dan sokongan pengundi,” jelasnya lagi yang menolak fahaman Anwar sebagai ‘Anugerah Tuhan’ kerana ternyata kini Anwar adalah ‘Ujian Tuhan’ buat Kerajaan Barisan Nasional hari ini.

‘Saya Bukan Kaki Bodek!’

“Saya bukan kaki bodek!,” tegas bekas Setiausaha politik Ketua Umum PKR, Senator Ezam Md Nor menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh kroni Anwar Ibrahim ketika memberi ceramah dalam satu program yang dianjurkan oleh secretariat belia DUN Ampangan, malam tadi.


Beliau menegaskan dakwaan dan tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau yang mengatakan bahawa beliau seorang ‘pembodek’ kepada YAB Perdana Menteri merupakan satu taktik retorik politik Anwar Ibrahim dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap isu liwat yang dihadapinya seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau dalam PKR.

“Kalau Anwar mengatakan saya kaki bodek, sesungguhnya dia lupa bahawa dialah kaki pembodek nombor satu dalam Malaysia ini ketika beliau berada dalam tampuk kepimpinan kerajaan satu masa dahulu,” tegas beliau.

“Saya berani bongkar bagaimana Anwar Ibrahim seorang pengampu paling licik sekali semasa dalam kerajaan sehingga sanggup merasuah ‘bodyguard-bodyguard’ Perdana Menteri (Tun Mahathir) demi untuk mengetahui ‘mood’ bosnya dahulu dan inilah yang dilakukan Anwar setiap hari dalam cara dia membodek Dr. Mahathir dahulu,” jelasnya lagi.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab tuduhan Ketua Umum PKR tersebut yang mengatakan beliau membuat ceramah di sana sini bertujuan untuk membodek Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak bagi kepentingan peribadi dan kuasa dalam parti UMNO.

Beliau juga turut bertanyakan kepada masyarakat hari ini apakah masih tidak nampak lagi elemen ‘penipuan bersiri’ yang dijaja Anwar sehingga tergamak menabur fitnah ke Negara luar bagi mengatakan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib  sebuah kerajaan yang zalim.

“Saya ingin bertanya kepada rakyat khususnya penyokong Anwar ni, apakah kerajaan zalim sehingga banyak harta benda dan kebajikan rakyat dirampas? Apakah harta rakyat yang dirampas? Saya tidak melihat kezaliman kerajaan BN kerana kerajaan lebih banyak memberi daripada merampas hak-hak rakyat,” tegas beliau lagi.

sumber: http://n9kini.com

Sunday, November 28, 2010

Kenapa Mahu Gadai GLC Melayu??

Sekiranya pengabungan ini berlaku maka akan  terkuburlah sebuah GLC UMNO milik total bangsa Melayu ditelan oleh sebuah syarikat yang majoriti  pemegang saham dan penerajunya  berbangsa asing. Terkuburlah sebuah GLC UMNO kepada sebuah syarikat bangsa asing,

Banyak pihak yang tidak puas hati dengan pegabungan ini dan menjadi persoalannya kenapa perjanjian MOU dilakukan oleh CEO dan bukan Chairman MRCB ?

Apakah  MRCB perlu bergabung dengan  sebuah syarikat yang majoriti pemegang saham nya adalah bangsa asing. Sedangkan MRCB ada lah sebuah GLC Melayu yang gah dan merupakan sebuah syarikat total sokongan UMNO sebelum ini.


Mohamed Razeek seolah olah mahu menunjukkan bahawa syarikat Melayu dan syarikat UMNO kini digadai ke tangan Cina. Siapakah sebenarnya  Mohamed Razeek ini?


Dimanakah kekuatan ekonomi Bangsa Melayu?? ....MRCB memiliki pasaran modal sebanyak RM2.86 bilion manakala IJM Corp. pula mempunyai modal pasaran RM3.4 bilion sewajarnya MRCB bergabung dengan syarikat bangsa melayu lain agar proses meningkatkan kekuatan ekonomi bangsa melayu lebih lancar.

Perkahwinan orang tua 2 bangsa (melayu) + (Cina) ....agak2 dapat apa yee....Cadangan penggabungan antara MRCB vs IJM mungkin memberi kesan kepada usahawan-usahawan  Melayu yang selama ini bernaung di bawah projek-projek  MRCB, dengan keupayan modal yang terhad dan rangkaian pembekal yang terhad penggabungan ini di =lihat sebagai proses... pemencilan usahawan-usahawan  melayu secara terancang...

Profile  Razeek : yang berpindah randah dari satu kerja ke satu kerja .
Mohamed Razeek Md Hussain Maricar, 52, a Malaysian, was appointed to the Board of MRCB on 1 December 2009. He holds a Bachelor of Science (Civil Engineering) from University of The South Bank, United Kingdom and is a member of the Institute of Engineers Malaysia.

Razeek began his career in an engineering consulting firm in London in the late 1970s and later in 1980s upon returning to Kuala Lumpur, he joined a local engineering consulting firm and was involved with the construction of the UBN Towers, a development by Peremba - Kuok Brothers.

In 1985, he joined Sime UEP Berhad, before moving on to Land & General Group of Companies in 1991. His achievements at Land & General saw his appointment as an Executive Director of Land & General Berhad in 1999. He joined Eastern & Oriental Property Development Berhad as a Project Director in September 2003 and joined Damac Properties Co, Dubai as the Senior Vice President from August 2008 to June 2009.

Razeek joined MRCB as the Chief Operating Officer in June 2009 and was promoted to the post of Chief Executive Officer on 1 December 2009.

Other than as disclosed, he does not have any family relationship with any Director and / or major shareholder of MRCB. He has no personal interest in any business arrangement involving MRCB and has not been convicted for any offence within the past 10 years.
keratan akhbar.

MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) dan IJM Land Bhd bercadang bergabung menerusi pembentukan sebuah syarikat baru dalam satu urus niaga bernilai RM7.5 bilion sekali gus muncul sebagai kumpulan hartanah kedua terbesar negara.

Cadangan yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu itu akan menyaksikan entiti baru itu membeli ekuiti dalam IJM Land dan MRCB menerusi tukaran saham bagi mendapatkan pegangan ekuitinya.

Pelaksanaannya dibuat berdasarkan penetapan harga saham IJM Land pada kadar RM3.65 seunit, manakala MRCB pula pada kadar RM2.30 seunit. 


Harga bagi saham IJM Land dan MRCB itu masing-masing adalah 19 peratus dan 7.0 peratus lebih tinggi berbanding harga dagangan terakhir kaunter syarikat itu masing-masing pada RM3.08 dan RM2.14 seunit sebelum digantung urus niaga pada jam 9 pagi kelmarin.

Jika urus niaga itu menjadi kenyataan, syarikat baru gabungan IJM Land dan MRCB itu akan mempunyai aset bersih terkumpul melebihi RM3 bilion dengan simpanan tanah terkumpul mencecah 3,600 hektar dan pendapatan terkumpul sebanyak RM2 bilion.

Sementara itu, permodalan pasaran syarikat baru itu pula dianggarkan mencecah lebih RM6 bilion.

Rancangan penggabungan itu meneruskan lagi pengukuhan dalam sektor hartanah tempatan selepas cadangan penggabungan UEM Land Bhd dan Sunrise Bhd untuk membentuk kumpulan hartanah terbesar di Malaysia dengan permodalan pasaran melebihi RM9 bilion.
Mohamed Razeek seolah olah mahu menunjukkan bahawa syarikat Melayu dan syarikat UMNO kini digadai ke tangan Cina. Siapakah sebenarnhya  Mohamed Razeek ini?


Dimanakah kekuatan ekonomi Bangsa Melayu?? ....MRCB memiliki pasaran modal sebanyak RM2.86 bilion manakala IJM Corp. pula mempunyai modal pasaran RM3.4 bilion sewajarnya MRCB bergabung dengan syarikat bangsa melayu lain agar proses meningkatkan kekuatan ekonomi bangsa melayu lebih lancar.

Perkahwinan orang tua 2 bangsa (melayu) + (Cina) ....agak2 dapat apa yee....Cadangan penggabungan antara MRCB vs IJM mungkin memberi kesan kepada usahawan-usahawan  Melayu yang selama ini bernaung di bawah projek-projek  MRCB, dengan keupayan modal yang terhad dan rangkaian pembekal yang terhad penggabungan ini di lihat sebagai proses... pemencilan usahawan-usahawan  melayu secara terancang...


Profile  Razeek : yang berpindah randah dari satu kerja ke satu kerja .
Mohamed Razeek Md Hussain Maricar, 52, a Malaysian, was appointed to the Board of MRCB on 1 December 2009. He holds a Bachelor of Science (Civil Engineering) from University of The South Bank, United Kingdom and is a member of the Institute of Engineers Malaysia.
Razeek began his career in an engineering consulting firm in London in the late 1970s and later in 1980s upon returning to Kuala Lumpur, he joined a local engineering consulting firm and was involved with the construction of the UBN Towers, a development by Peremba - Kuok Brothers.
In 1985, he joined Sime UEP Berhad, before moving on to Land & General Group of Companies in 1991. His achievements at Land & General saw his appointment as an Executive Director of Land & General Berhad in 1999. He joined Eastern & Oriental Property Development Berhad as a Project Director in September 2003 and joined Damac Properties Co, Dubai as the Senior Vice President from August 2008 to June 2009.

Razeek joined MRCB as the Chief Operating Officer in June 2009 and was promoted to the post of Chief Executive Officer on 1 December 2009.

Other than as disclosed, he does not have any family relationship with any Director and / or major shareholder of MRCB. He has no personal interest in any business arrangement involving MRCB and has not been convicted for any offence within the past 10 years.
keratan akhbar.

MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) dan IJM Land Bhd bercadang bergabung menerusi pembentukan sebuah syarikat baru dalam satu urus niaga bernilai RM7.5 bilion sekali gus muncul sebagai kumpulan hartanah kedua terbesar negara.

Cadangan yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu itu akan menyaksikan entiti baru itu membeli ekuiti dalam IJM Land dan MRCB menerusi tukaran saham bagi mendapatkan pegangan ekuitinya.

Pelaksanaannya dibuat berdasarkan penetapan harga saham IJM Land pada kadar RM3.65 seunit, manakala MRCB pula pada kadar RM2.30 seunit. 


Harga bagi saham IJM Land dan MRCB itu masing-masing adalah 19 peratus dan 7.0 peratus lebih tinggi berbanding harga dagangan terakhir kaunter syarikat itu masing-masing pada RM3.08 dan RM2.14 seunit sebelum digantung urus niaga pada jam 9 pagi kelmarin.

Jika urus niaga itu menjadi kenyataan, syarikat baru gabungan IJM Land dan MRCB itu akan mempunyai aset bersih terkumpul melebihi RM3 bilion dengan simpanan tanah terkumpul mencecah 3,600 hektar dan pendapatan terkumpul sebanyak RM2 bilion.

Sementara itu, permodalan pasaran syarikat baru itu pula dianggarkan mencecah lebih RM6 bilion.

Rancangan penggabungan itu meneruskan lagi pengukuhan dalam sektor hartanah tempatan selepas cadangan penggabungan UEM Land Bhd dan Sunrise Bhd untuk membentuk kumpulan hartanah terbesar di Malaysia dengan permodalan pasaran melebihi RM9 bilion.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi IJM Land, Datuk Krishnan Tan, berkata syarikat baru itu dijangka disenaraikan pada suku kedua 2011 dan akan menjadi antara 30 syarikat terbesar dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dari segi permodalan pasaran.

Penggabungan itu membolehkan ia meneruskan rancangan pengembangan serantau yang digariskan oleh kedua-dua syarikat sebelum ini, katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi cadangan penggabungan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, IJM Land diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Soam Heng Choon manakala MRCB diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Mohamed Razeek Hussain.

RHB Investment Bank Bhd bertindak sebagai penasihat bersama kepada rancangan penggabungan itu.

Sementara itu, Mohamed Razeek berkata, rancangan penggabungan itu adalah hasil persetujuan bersama, yang mana mendapati ia berupaya membawa IJM Land dan MRCB ke satu tahap lebih tinggi dalam sektor hartanah.

Hasil perbincangan itu juga memberikan nilai yang terbaik kepada pemegang saham kedua-dua pihak, katanya.

Dari segi kelebihan, IJM Land mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan perbandaran bercampur manakala MRCB mempunyai kepakaran membangunkan hartanah komersial seperti kondominium dan menara pejabat.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi IJM Land, Datuk Krishnan Tan, berkata syarikat baru itu dijangka disenaraikan pada suku kedua 2011 dan akan menjadi antara 30 syarikat terbesar dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dari segi permodalan pasaran.

Penggabungan itu membolehkan ia meneruskan rancangan pengembangan serantau yang digariskan oleh kedua-dua syarikat sebelum ini, katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi cadangan penggabungan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, IJM Land diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Soam Heng Choon manakala MRCB diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Mohamed Razeek Hussain.

RHB Investment Bank Bhd bertindak sebagai penasihat bersama kepada rancangan penggabungan itu.

Sementara itu, Mohamed Razeek berkata, rancangan penggabungan itu adalah hasil persetujuan bersama, yang mana mendapati ia berupaya membawa IJM Land dan MRCB ke satu tahap lebih tinggi dalam sektor hartanah.

Hasil perbincangan itu juga memberikan nilai yang terbaik kepada pemegang saham kedua-dua pihak, katanya.

Dari segi kelebihan, IJM Land mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan perbandaran bercampur manakala MRCB mempunyai kepakaran membangunkan hartanah komersial seperti kondominium dan menara pejabat.

Wakil PKR Perak Pakuk Anwar di Kongres Bukti PKR Punya Pemimpin Batu


KONGRES PKR – Wakil Perak,  Zulkifli Ibrahim dengan lantang dan berani mengelar DS Anwar dan top leadership PKR semasa membahaskan ucapan dasar presiden parti.
"Ketua Umum  ( DS Anwar) dan kerajaan negeri kita bercakap pasal reformasi, tapi pada hakikatnya parti sendiri gagal untuk direformasikan". Tambahnya lagi " pemilihan parti 2010 termaktub sebagai usaha baik yang gagal, purata keluar mengundi kurang 10 peratus dan menunjukan ahli tidak komited dalam menentukan pemimpin".
Perjuangan parti itu untuk menawan Putrajaya  kini semakin lesu  telah diperakukan oleh PKR Perak.
CATATAN PINGGIR
Ucapan yang tidak segan silu itu dilontarkan dihadapan  DS Anwar, DS Wan Azizah, Azmin Ali dan seluruh Pimpinan pusat serta semua perwakilan kongres oleh wakil Perak.
Ucapan keras itu adalah manifestasi dari gelagat kepimpinan pusat yang tidak langsung mendengar pandang ahli-ahli diakar umbi bahawa perubahan, ketelusan dan keadilan hendaklah dilaksanakan tetapi keadaan tetap sama, lebih rigid lagi.
Jika ahli-ahli dan wakil-wakil negeri melahirkan ucapan 'clorox' itu mengatakan mereka sudah lesu dan tidak  bersemangat lagi untuk mencapai sasaran Putrajaya ternyatalah PKR akan gulung selepas ini.
Ahli-ahli PKR sedang berkemas untuk menunggu parti baru Datuk Zaid Ibrahim Januari 2011.  Ucapan itu seakan –akan ucapan selamat tinggal PKR !. Sebilangan besar ahli sudah rasmi menyertai parti lain termasuk UMNO. 
Orang-orang India sudah berkira-kira kembali kebawah payung MIC. Tunggu DS Samy Velu  hantar surat pengunduran dirinya sah dibaca oleh Setia usaha Agung MIC, kerana mereka keluar dahulu atas dasar tidak berkenan kepada DS S. Samy Velu.
Semua peralihan, pergerakan meninggalkan PKR berlaku sekitar lepas 30 hari lewat Disember tahun 2010. Pada ketika itu PKR hanya tinggal tangkai sahaja, ibarat padi buah yang masak semua luruh. PKR akan jadi ular lidi. Kah..kah..kah..
Ular lidi?. Ya..ya.. ular lidi.  Mengapa dengan ular lidi ?. Ular lidi itu sejenis ular kecil yang tiada bisa. Kita boleh tangkap ular itu dengan mudah. Kenapa dia tidak berbisa ?.  OOooo ada sejarahnya. Pada satu ketika ular lidi sangat bisa.  Tetapi ia termakan sumpah seorang bomoh ular yang tahu asal usul ular.
Sumpah macam saiful itu kah?  Issh kamu ini, main-main  sajalah itu lagi kuat sumpah  Qur an,  kalau zaman dulu makbulnya tidak menunggu siang jika malam. Terus kepanasan dan menggelepar macam ayam kena sampar.
Macam mana sumpahnya? .  Eh.. kalau saya tahu, banyaklah yang saya akan sumpah  kah..kah..kah.. Baiklah kalau kamu diberi peluang sekali untuk menyumpah orang untuk jadi batu, siapa yang kamu akan sumpah !.  Issh.. saya takutlah sebab sumpah itu kalau kita silap dia boleh terbalik kita yang jadi batu aaahak..hak..hak..
Baguslah jadi batu,  patung batu kamu itu boleh diletak pinggir pintu masuk jalan pekeliling Percint satu Putrajaya , dekat pintu masuk blok pejabat PM .. aaahak..hak..hak..
Bila orang datang kePutrajaya semua orang akan lihat monumen kamu itu dan ingat  "calon PM yang jadi batu".  Kah..kah..kah.. 
Kamu jangan main-main nanti Tuhan sapu muka saya tiba-tiba jadi PM aaaahak.. hak..hak.. pada ketika itu keramat mulut saya. Ya..lah pada akal logic  kita tidak ada lunas jadi PM. Sedangkan yang ada semata tangga sahaja lagi pun silap pijak  terterjun lubang dalam.  Semuanya takdir, kalau bukan hak kita, tidaklah. Kita kejar pun akan timbul mudharat sahaja. Lebih baiklah kita buat apa yang praktikal sesuai dengan bakat kita Allah swt kurniakan.

Saturday, November 20, 2010

Ahlul PKR Taksub Hilang Budi Bahasa Didikan Mak Bapak

Hairan, takjub dan terkesima apabila dijerkah oleh dua ekor ahlul PKR yang penulis ingat sememangnya tegar tahap dewa. Penulis tak kenal pun siapa mamat dua ekor tu, tetiba marah penulis apabila penulis rancak berbual dengan Isteri disebuah restoran (kawasan USJ).

Peristiwa ni terjadi dua hari lepas, semasa penulis sedang makan bersama keluarga. Pada masa yang sama restoran terbabit menayangkan berita tv3 yang memaparkan Zaid sedang buat sidang medianya, mengutuk dan menghentam bos lamanya Anwar.

Puncanya apabila Isteri penulis bertanyakan kepada penulis, mengenai hal Zaid. Untuk pengetahuan umum isteri saya ni bukanlah seorang peminat politik ataupun pengikut mana2 parti politik. Dia cuma nak tahu, kenapa panglima perang Anwar, si Zaid tu boleh tinggalkan Anwar. Biasala sembang2 sebelum menunggu makanan.

Cuma mungkin jawapan yang penulis berikan pada isteri tu agak pedih bila puak PKR ni dengar. Penulis cuma kata, "biasalahh.. Anwar tu kan kaki menipu, orang yang suka menipu ni, sampai bila pun tak dapat tipu orang untuk selama2nya". 
 
Penulis sambung lagi, "kalau PKR tu elok sangat, takkan berlori2 pemimpin tertingginya keluar parti, ye tak?, belum masuk lagi ahli2 biasa ni, mau lagi berduyun".

Isteri saya cuma mengangguk sambil tersenyum. Sebab saya cakap pun dengan nada yang kelakar. Tapi saya tak sedar, bahawa ada mangkuk dua ekor sedang mendengari apa yang saya cakap. Tak tahulah saya cakap kuat sangat ke, atau mangkuk dua ekor tu memang suka sibuk hal orang.

Tiba-tiba terdengar suara keras dan garang, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, jangan main hembus sesedap mulut, nanti sakit badan".

Penulis berpaling, terlihat ada dua ekor makhluk ciptaan Allah, cuma rupanya agak kurang menyenangkan. Kedua-duanya menunjukkan muka segarang yang mungkin kepada penulis.

Penulis buat bodoh je, makanan sampai saya pun makan.

Dua ekor ni masih tak puas hati, pelbagai sindiran saya dengar dari belakang, UMNO bodoh la, UMNO yahudi la, UMNO kafir la, UMNO itu, UMNO ini.
 
Penulis anggap dua ekor tu, merupakan ahlul PKR tegar. Karat PKR inilah agaknya yang selalu buat kecoh dalam demotrasi, kecoh dalam pemilihan PKR dan karat bodoh macam nilah yang selalu merosakkan majlis orang dan sering berperangai binatang bila berhadapan dengan manusia.

Lepas makan saya bayar, saya suruh isteri jalan dulu, sebab saya nak join lepak sekali dengan mamat dua ekor tadi. Tapi Isteri saya faham akan kelakuan saya yang sememangnya cepat panas. Sambil tarik tangan keluarlah ayat "Toksah dok mengarut, jom balik".

Baru niat penulis nak sekolahkan dua ekor mamat tadi. Sambil pandang muka mamat-mamat tadi dalam hati "ada ubi ada batas, takpe"..

Sesungguhnya penulis pelik, akan kelakuan puak tegar karat Pakatan ni. Yang begitu taksub dan sanggup buat apa saja demi mempertahankan kepercayaan mereka.

Oleh: MctHeory@yahoo.com

Thursday, November 18, 2010

Layakkah Anwar Bergelar PM?


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa tidak pernah gentar di dalam melontarkan omong kosong demi mencapai hajat menjadi Perdana Menteri .Baru-baru ini Anwar memukul canang kononnya dia mampu menyelesaikan pertelingkahan negara serumpun Malaysia-Indonesia.
Jika difkirkan secara rasionalnya, benarkah Anwar mampu menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Indonesia hanya dalam tempoh beberapa minggu?

Jika benar Anwar mempunyai solusi yang ‘sangat bernas’ bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, mengapa tidak dia bertemu empat mata dan berkongsi pendapat yang kononnya bernas itu dengan Perdana Menteri?
Walaupun berlainan fahaman politik, tetapi demi negara dan rasa jati diri yang tinggi terhadap Malaysia, apa salahnya Anwar mengetengahkan pandangannya itu.

Namun sayangnya, Anwar hanya mengakui mampu menyelesaikan pertelingkahan  ini tanpa ada sebarang pendapat yang dilontarkannya. Tidak perlulah Anwar memukul canang tetapi tiada apa yang ada untuk dikongsikan. Cakap-cakap Anwar ini hanyalah ibarat tin kosong.

Sebenarnya, Anwar boleh di anggap sebagai  ‘pengkhianat bangsa’ kerana sering memburukkan negara sendiri di mata dunia. Tindakan Anwar ini bukan sahaja menjatuhkan setiap maruah rakyat Malaysia tetapi menyebabkan negara di pandang lemah di mata dunia.

Negara yang selama ini aman harmoni dan berbilang kaum akan disalah ertikan oleh orang luar. Teganya Anwar merendah-rendahkan Malaysia semata-mata demi kepentingan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Adakah orang seperti Anwar ini yang mahu kita angkat menjadi Perdana Menteri?

Pekung Anwar sendiri, satu demi satu terbuka tetapi dia tetap tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Layakkah Anwar? Fikir-fikirkanlah….

Kemaruk Anwar Jadi PM Kian Menjadi-Jadi

Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Indonesia dengan segera jika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau seorang yang kemaruk kuasa selain cuba untuk mengalih isu.


Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar kini tertekan kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri semakin kelam selepas beberapa siri pendedahan menelanjangkan dirinya termasuk yang terbaru, pengakuan Muhamad Rahimi Osman.

Menurutnya, Ketua Pembangkang itu cuba untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pendedahan bekas setiausaha sulitnya itu.

“Anwar sepatutnya malu pada diri sendiri sebelum bercakap besar kerana masalah dalaman PKR sendiri pun gagal ditangani.

“Macam mana pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan isu parti sendiri boleh mendabik dada kononnya berupaya menyelesaikan pertikaian yang lebih rumit membabitkan dua negara dalam masa yang singkat. Dakwaan ini sangat melucukan,” katanya.

Mohd. Zahid mengulas dakwaan Anwar kononnya beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia jika menjadi Perdana Menteri, semasa diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia, TVOne di Jakartabaru-baru ini.

Dalam wawancara itu juga, Anwar secara angkuh memberitahu, tujuannya ke Indonesia buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi serta menghina negara tersebut, melainkan di kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong sahaja.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Anwar tersilap jika berasakan rakyat di kedua-dua negara mudah termakan ‘gula-gula’ terbarunya itu kerana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun, pertikaian antara Malaysia, Indonesia sering timbul dan tidak dapat diselesaikan olehnya.

“Kenapa tidak selesaikan masalah ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? Dakwaan ini tidak lebih cubaan untuk menangguk di air keruh,” ujarnya.

Saturday, November 13, 2010

PKR : PARTI KEMBALI RAHMAHTULLAH

Bateri 3A cap PKR sudah habis cas, lemah longlai, selemah Anwar, Azmin dan Wan Azizah. Masakan tidak lemah … Anwar yang memulakan dan menamatkan riwayat PKR. Kubur sudah digali ... tinggal lagi mencampakkan mayat ke dalam liang lahad dan dipacakkan dua batu nesan !


Bermula dengan 16 September, habis satu Malaysia di kencingnya. Termasuklah sahabat sahabat ‘satu bantal lain mimpi’ seperti Lim Kit Siang, Hadi Awang, Nik Aziz, Karpal Singh di tipu bulat bulat dengan retorik mengambil alih Putrajaya. Itulah sebab PKR digelar Parti Kencing Rakyat!
Habis tok tok serban hijau berlogo putih PAS yang dulu riuh bertempik di stadium stadium “Putrajaya … Putrajaya” kini sudah menjadi bisu akibat sindrom PKR.


Satu demi satu wakil rakyat keluar dari PKR, apabila kencing Anwar Ibrahim semakin membusuk hancing. Siapa tahan, semua pakat lari bertempiaran. PKR sudah melalui peringkat kedua yang dipanggil Parti Kian Rapuh.

Apabila bermula Pesta Funfair Pemilihan PKR 2010, habis semua orang bergasak, bergaduh dalam mesyuarat. Seronok sebenarnya melihat atlit atlit PKR bersukan.
 

Acara membaling objek keras, acara mengejar photographer, acara gertak photographer, acara penangguhan dan pembatalan keputusan pemilihan, acara pengundi hantu dan bermacam macam lagi acara sukaneka yang belum pernah rakyat saksikan.
PKR kini sedang meniti satu peringkat yang amat merbahaya yang dipanggil Parti Kian Reput. Tiang tiang seri parti sudah reput di makan anai anai ciptaan Anwar Ibrahim. Kronisme, Nepotisme, Rasuah, Munafiq ... cakap apa saja, semua dah terjadi dek kerakusan Anwar Ibrahim dalam berpolitik. Kesian Wan Azizah dan Nurul Izzah ... habis kain yang dipakai diselak satu demi satu. Kain dalam dah terkoyak rabak dua beranak ni. Nasib baik masih lagi ada seluar dalam. Kalau tidak ... haru!

Tapi jagoan PKR Anwar Ibrahim peduli apa … itu semua asam garam berpolitik. Yang penting sekarang adalah Azmin ! Azmin ! dan Azmin !

Jaguh tua Anwar Ibrahim peduli apa ... gelojoh betul melangkah ke Putrajaya sampai DAP dah nampak jalan straight, dia masih lagi ’main belakang’.
Al Maklumlah ... dulu dalam UMNO pun naik kuda, sekarang habis semua orang dalam PKR sudah dikudakannya. Dalam fikiran, beliau hanya nampak manusia manusia dalam PKR sebagai kuda belaka. Pelik betul Anwar Ibrahim!

Ilmu ilmu songsang yang tak elok semasa dalam UMNO dulu, sudah dipraktikkan dalam PKR. Nasib baik Tun Dr Mahathir tendang beliau keluar dari UMNO. Kalau tidak dengan UMNO sekali pun dia nak tunggang macam kuda! Mujur Tun Dr Mahathir tak pakai kuda tendang Anwar Ibrahim. Lagi haru!





Tapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim sudah lupa ... lupa kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala. Macam Hukum Karma juga! What goes around ... comes around. Anwar Ibrahim lupa pembohongan dan kemunafikan beliau sudah semakin hampir ke garisan penamat.

Ramai manusia di dalam PKR yang sudah ditunggangnya macam kuda lumba semakin menjauhkan diri darinya. Anwar Ibrahim boleh konar baring cecah telinga, lipat maut, libas maut … namun kuda kuda dalam PKR dah nampak kelibat tabiat menghalalkan cara.

Bayangan ke Putrajaya semakin jauh … bayangan ke kubur pula semakin dekat. Rupa rupanya dah ramai kuda kuda PKR gali lubang siap siap untuk tanam Anwar Ibrahim. Batu nesan pun sudah siap ditempah, mahal lagi.


Pada batu nesan sudah tertulis PKR ... Parti Kembali Rahmatullah. Hanya nyawa yang masih belum dicabut lagi ...
  

Thursday, November 11, 2010

PKR: Antara Si Luncai, Si Tanggang & Pak Kaduk

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.

Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.

Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang – 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad – akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.

Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.

Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.

Kekosongan terlalu besar buat Mustaffa

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa Kamil Ayub meraih 1,215 undi.

Dengan pengunduran Zaid, majoriti Azmin kini bertukar kepada 5,252 undi - suatu angka yang sukar dihambat Mustaffa Kamil.

Bagaimanapun, permainan ini dijangka lebih menarik sekiranya Mustaffa Kamil– juga orang lama dalam PKR – dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaid sebagai bekas menteri Umno yang disambut masuk dalam PKR penuh bergaya setahun lalu.

Persoalannya, adakan ruang kosong itu terlalu besar untuk diisi oleh Mustaffa Kamil? Tetapi bekas aktivis beliau dan NGO Islam itu juga bukan calang-calang calon.

Selain gaya dan retorik mirip Anwar, Mustaffa Kamil pernah membuktikan kekuatannya apabila menang bertanding jawatan naib presiden tiga tahun lalu walaupun daripada segi pencalon, beliau ketika itu di kedudukan keenam.

Namun, sekiranya anggota akar umbi PKR mulai bosan, semua percaturan itu akan menjadi tidak bermakna apabila pemilihan itu tinggal 'syok sendiri' dan tidak dipedulikan.

Dari segi yang lain, Azmin pula - yang masih dibelenggu dengan persepsi 'yesman' kerana hubungannya yang rapat dan lama dengan Anwar - pula tiada pilihan kecuali mengutip majoriti sebanyak mungkin bagi membuktikan mandat anggota PKR bersamanya.

Zaid pergi lebih jauh?
Walaupun terdapat cakap-cakap bahawa Mustaffa Kamil munggkin mengikuti jejak langkah Zaid, kemungkinan itu dilihat tipis buat masa ini.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru Mustaffa Kamil semalam yang sekali lagi mengulangi ikrar tidak berbelah baginya pada Anwar dan Wan Azizah selepas hadir di sidang media yang menghentam bosnya sebelum ini.

Dalam kenyataan satu halaman itu, Mustaffa Kamil tampil menafikan terlibat menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Petaling Jaya.

Gambar beliau bersama Zaid itu digunakan secara meluas di pelbagai media arus perdana dan portal berita.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah," jelas Mustaffa Kamil.

Setakat ini, selain mengundurkan diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR, masih belum jelas sama ada Zaid boleh bertindak lebih jauh daripada itu.

Menanti 'nuklear besar'

Menurut sumber yang rapat dengannya, kem beliau mendakwa masih mempunyai bukti 'penyelewengan' pemilihan PKR yang masih belum didedahkan. Jenis bukti berkenaan setakat ini masih belum jelas.

Bagaimanapun, jika benar pendedahan baru ini benar-benar besar, ia bakal menjadi 'nuklear besar' bagi menghapuskan keyakinan anggota PKR kepada proses demokrasi itu, seterusnya mengikis kenyakinan mereka pada PKR.

Kemungkinan paling buruk yang betul-betul bakal memburukkan nama JPP parti itu apabila berlakunya penarikan diri beramai-ramai sebagai calon di pelbagai peringkat.

Setakat ini, seorang calon naib presiden Jonson Chong yang juga bekas pengarah komunikasi PKR difahamkan telah menarik diri. Pengumuman rasminya dijangka dibuat beberapa jam lagi.

Walaupun terdapat kemungkinan-kemungkinan di atas, berdasarkan premis terdapat pelbagai kemungkinan dalam politik, pemilihan di 81 lagi cabang mulai esok mungkin berjalan begitu sahaja, seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Bahangnya mungkin beralih kepada perebutan kerusi nombor tiganya pula di mana beberapa 'selebriti' PKR bertanding, antaranya 'puteri reformasi' Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansur Othman dan Pengarah Strategik Tian Chua.

Wednesday, November 10, 2010

Kerajaan Pas Kelantan Memang Tak Minat Bina Masjid

Assalamualaikum
Kerajaan Pas Kelantan memang tidak berminat bina masjid.  Hakikat yang sudah beberapa kali didedahkan oleh wakil rakyat UMNO akhirnya diakui oleh wakil rakyat Pas sendiri! Nampaknya wakil rakyat Pas Kelantan sendiri sudah tidak tahan dengan sandiwara dan retorik pemimpin mereka. Islam Pas adalah kosmetik, hanya hiasan untuk papan-papan iklan.

Tembelang tiket ke syurga dipegang oleh Nik Aziz akhirnya pecah berbau busuk lagi meloyakan.
Semalam pada persidangan dewan undangan negeri Kelantan,  wakil rakyat Pas sendiri menempelak kerajaan pimpinan parti itu yang meluluskan beberapa pembangunan bandar baru tanpa mengambil kira pembinaan masjid.

ADUN Pas Tawang, Hassan Mohamood  mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pas yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Hassan, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina.

Yang mengejutkan, Hassan  mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan! Mana pergi duit tuu.

Alahai Pas, banyak sungguh temberang dan putar.  Kasihan penyokong totok Pas kena tipu.  Sedarlah tiket ke syurga bukan ada di tangan Nik Aziz! Syurga neraka Allah s.w.t yang tentukan.

HAJI Z
KUALA LUMPUR

Tunjuk Perasaan di Pulau Pinang.

Antara isu yang dibantah itu termasuk kenaikan tarif air, isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan. DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam. Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat.
Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”
Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting Azian Ariffin, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya.

Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.

Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.

Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
Dakwanya, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.
Kemelut tercetus apabila kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah seluas kira-kira 80 hektar pada nilai RM100 juta bagi membangunkan hab kecemerlangan pendidikan.

Pada Januari lalu, Lim menerangkan bahawa keutamaan adalah bagi Pulau Pinang dibangunkan sebagai “ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi, kreatif dan pengetahuan inovatif”.

Katanya, projek berkenaan akan menarik minat penubuhan sekolah antarabangsa, cawangan kampus universiti, koleh berasakan perkhidmatan dan juga pusat sains. Kerja-kerja dijadualkan bermula dalam setahun dua ini.

Namun, projek itu mendapat bantahan daripada Umno Pulau Pinang dengan asas bahawa satu daripada cawangan kampus adalah daripada sebuiah universiti di Singapura, tanah milik Melayu yang terlibat dan bayaran pampasan adalah rendah.

Selepas setengah jam, beberapa perwakilan dibenarkan masuk ke bangunan itu bagi berjumpa dengan Lim.

Polis kemudiannya memberikan amaran kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Seorang daripada mereka, Ariff Ibrahim dari Balik Pulau, enggan mematuhi arahan itu dan menjerit “kami akan pertahankan tanah Melayu!”.

Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke sebuah balai polis.
Antara mereka dibenarkan masuk adalah Azian dan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu, Shahabuddin Ahmad, untuk menyerahkan memorandum berhubung pengambil-alihan tahah di Balik pulau.
Mereka diikuti oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Dhalan, yang bercadang menyerahkan wang RM100 yang diberikan kepada warga emas oleh kerajaan Pualau Pinang kerana didakwa daripada sumber perjudian, meskipun telah dinafikan.

Norman berkata wang itu dikutip daripada 600 orang yang berjumlah RM23,700. Namun, dia tidak pasti jumlah wang yang dicadang untuk dipulangkan itu.

“Ia hanya diserahkan kepada saya oleh Umno supaya dipulangkan kepada kerajaan negeri. Saya tidak pasti jumlahnya,” katanya.

Rezal Huzairi Md Zaki dan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy- Satees Muniandy, berjumpa dengan Norman, tetapi mereka tidak mahu menerima wang berkenaan yang diisi di dalam sebuah beg plastik.

Menurul Rezal dan Satees, wang itu sepatutnya dikira dan mesti dikepilkan bersama senarai individu yang memulangkannya.

Norman yang tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan Satees tetapi dileraikan.

Ramasamy, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata beliau akan berbincang denga nSatees dan menyarankannya membuat laporan polis berhubung keganasan berkenaan.

Sunday, November 7, 2010

Andainya PKR bertukar menjadi SPR

TIDAK kena jika tulisan ini tidak dimulakan dengan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.

Bagaimanapun BN jangan terlalu selesa. Kerajaan Pas Kelantan tidak tergugat dengan kehilangan Galas. Begitu jugalah dengan kemenangan BN di Batu Sapi yang tidak mengubah apa-apa.

Cuma Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menambah kerusi untuk ke Putrajaya atau sekurang-kurangnya menebus kembali kehilangan kerusi pada PRK Hulu Selangor. Batu Sapi dan Galas menjadi tumpuan untuk melihat trend pengundi di kawasan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.
Di Galas, pengundi memilih BN melalui calonnya dari UMNO dan menolak Pas yang disokong kuat oleh DAP dan PKR.

Manakala di Batu Sapi, pembangkang tidak sepakat. SAPP meletakkan calonnya sendiri sementara PKR juga berbuat demikian. Maknanya SAPP tidak dapat menerima kehadiran PKR di Sabah. Punca dan faktor BN menang serta kenapa Pas dan PKR kalah sudah diulas oleh pemimpin parti-parti yang bertanding.

Sebenarnya, jika tidak diulas pun, kita sudah tahu jawapannya. Lebih mudah meramalkan kenyataan yang akan dibuat sekiranya parti seperti Pas, PKR, DAP menang atau kalah dalam pilihan raya.
Kalau menang, mereka akan berkata, itu petanda rakyat yakin dengan pembangkang, tidak percaya lagi kepada BN yang didakwanya kerajaan tidak adil, tidak telus, tidak ada akauntabiliti, rakyat mahu perubahan dan macam-macam lagi yang ‘enak’ didengar.

Tetapi apabila kalah, macam-macam alasan diberi dan paling popular akan menuding jari kepada kerajaan serta badan pengendali pilihan raya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kenyataan standard tentulah BN menyalahgunakan 3M - media (apa yang disebut sebagai propaganda media arus perdana), machinery (jentera/jabatan kerajaan digunakan untuk berkempen) dan money (sogokan wang/dana melalui pelbagai saluran/sumber).

Turut popular ialah tewas kerana pengundi hantu dan undi pos. Dalam erti kata lain, SPR didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab menyediakan senarai pengundi yang bersih sebersihnya.

Maka berdasarkan ‘alasan-alasan’ itu, secara dangkal, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pada PRU lalu, kerajaan BN tidak menggunakan 3M dan SPR berfungsi dengan baik, senarai pengundinya bersih, tidak ada pengundi hantu sementara di negeri-negeri lain banyak ‘salah guna’.

Di Kelantan pula, tentulah lebih tinggi tahap ‘kebersihan dan ketelusan’ kerajaan pusat dan SPR mengendalikan PRU kerana Pas terus kekal memerintah negeri itu.

Namun bak kata orang, Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Begitu juga dengan Kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih; Telunjuk lurus kelingking berkait.

Ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak nampak situasi apa yang disimpulkan sebagai cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap. Contohnya cuba selak pemilihan dalam PKR. Bukan sekarang tetapi pada tahun 2007. Kecoh. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ketika itu bukan main lagi bersemangat nak bertanding jawatan Presiden walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) kata tidak layak.

Hingga saat akhir pun, namanya terus dicalonkan untuk jawatan yang disandang isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Akhirnya beliau akur juga. Agaknya adakah jika PKR ambil alih, peraturan ROS ini akan digugurkan? Maknanya semua boleh bertanding tanpa halangan bagi menegakkan demokrasi tulen. Kali ini, beliau layak bertanding tetapi tidak timbul pula keghairahan sedemikian.

Kenapa?Jika diselak lagi, pemilihan yang lalu, timbul pelbagai masalah termasuk dakwaan campur tangan pemimpin tertentu menyebabkan calon yang layak bertanding menarik diri malah meninggalkan parti.

Pada satu peringkat, pemilihan semasa Kongres Angkatan Muda Keadilan juga tergendala apabila data perwakilan terpaksa diperiksa semula. Tahun ini cerita yang lebih kurang sama berulang. Kecoh di sana sini. Ada sahaja masalah semasa proses pengundian dan pencalonan. Ada yang mendakwa layak bertanding tetapi hak mereka dinafikan. Masalah ‘teknikal’ juga berlaku dalam paparan keputusan pengundian. Sekejap A mendahului, sekejap B pula mendahului.

Bayangkanlah jika semua masalah atau kepincangan ini berlaku ketika SPR mengendalikan PRU atau PRK. Teruklah SPR dibelasah PKR. Begitulah keadaannya apabila kita hanya pandai bercakap. Isu pemilihan dalam parti pun tidak mampu diselesaikan. Bagaimana agaknya jika PKR diberi tanggungjawab mengendalikan PRK atau PRU?

Dulu hari penamaan calon dan hari membuang undi tenteram. Pondok panas dapat diterima. Tetapi hari ini sudah berbeza. Tiada lagi pondok panas. Kisah koyak poster dan pukul orang menjadi kebiasaan. Adakah jika PKR jadi SPR, pemilihan berjalan dengan aman, tiada pengundi hantu, tidak ada masalah teknikal dan tanpa provokasi? Adakah suasana pemilihan akan lebih baik atau bertambah gamat? Pikirlah sendiri.

Satu lagi mengenai apa yang dikatakan sogokan wang dan rasuah. Cukup mudah mereka menuduh BN melakukan semuanya itu. Malahan umum projek untuk rakyat semasa kempen pun dipertikaikan. Tetapi tiba-tiba sahaja di Galas, semuanya yang sebelum ini dipertikaikan dibolehkan. Beri geran tanah, umum projek, bantu Orang Asli dan sebagainya. Paling menarik pengumuman ‘habuan RM250’ kepada pengundi-pengundi di luar Galas terutama di Lembah Klang supaya pulang mengundi. Dengan janji seperti itu, pengundi sedikit sebanyak terpengaruh untuk balik mengundi tetapi terarah kepada memilih parti yang memberikannya wang. Sudah tidak ada keikhlasan dan kebebasan untuk mengundi.

Pengundi serba salah kerana takut wang itu bertukar menjadi ‘haram’ kerana ambil wang Pas tetapi undi BN. Dulu ada slogan, BN beri wang ambil, beri kain pakai tapi pangkah ‘bulan’. Begitu juga dengan ‘zakat’ yang diberi secara terbuka pada majlis pengislaman Orang Asli. Carilah masa lain tanpa kehadiran calon PRK untuk mengelakkan salah tanggapan. Pada kebiasaannya manusia tanpa mengira label politik akan mudah bersangka buruk. Bak kata orang seperti ada udang di sebalik batu. Mungkin jika sekutu Pas iaitu PKR jadi SPR, semua itu tidak apa walaupun dalam konteks pilihan raya, ia satu kesalahan.

Dulu semasa kempen PRU, mereka melemparkan tuduhan dengan slogan sinis sokong BN, barang naik. Kini belum satu penggal memerintah, kadar tarif air sudah naik. Bagi kerajaan Pas dan DAP, adakah itu bukan kenaikan? Nasib baik Pulau Pinang dan Kedah yang naikkan. Bagaimana kalau negeri lain yang diperintah BN menaikkan kadar tarif air?

Mungkin kalau Kedah ketika ini diperintah BN, maka akan adalah suara sumbang yang mengatakan air bah yang melimpah di Alor Setar itu sebagai hukuman atau pembalasan kerana menaikkan kadar tarif air. Tetapi Pas yang perintah Kedah kata, bah itu ada kaitan dengan pembinaan landasan berkembar kereta api. Dan ketika air ‘terlebih’ di Alor Setar, ramai yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Agaknya apakah kenyataan yang akan keluar jika BN perintah Kedah? Mujurlah Perak turut membekalkan air bersih. Terima kasih kepada kerajaan BN pimpinan Dr. Zambry Abdul Kadir. Kepada mangsa-mangsa banjir terimalah bantuan yang diberi itu secara ikhlas. Jangan timbul perasaan ‘halal haram’ angkara ‘fatwa ikut suka’. Tidak apa jika dulu mereka undi Pas tetapi kali ini menerima bantuan BN. Kata orang... darurat. Asal sumber itu halal. Rasanya BN tidak ambil peduli parti mana yang diundi oleh mangsa-mangsa banjir itu semasa PRU lalu.

Friday, November 5, 2010

Lim Kit Siang ingin pertahan hak orang Melayu..Biar betoi!!!

Siapa la dari kalangan orang Melayu yang dungu dan buta hati sanggup percaya segala janji-janji manis yang keluar dari mulut si Yahudi berbangsa cina ni, bahawa jika Pakatan menang pada pilihan raya umum akan datang, segala hak istimewa orang Melayu akan terjaga dan terjamin di bawah kerajaan yang baru.

Melenting juga si tua keparat ni apabila parti keluarganya di label sebagai Anti Islam. Tapi itu lah hakikatnya sejak azali lagi. Dari awal penubuhan parti tersebut hanya betujuan untuk menghapuskan hak istimewa orang melayu serta menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Lihat saja lah parti sepupunya di Singapura dan apa dah jadi dengan orang Melayu di sana, dipinggir serta dinafikan hak mereka.Sudah tentu orang melayu di Malaysia tidak mahu menerima nasib sebegitu rupa bukan?

Ekoran dari ceramah yang diadakan oleh Umno Bahgian Besut tempoh hari, membuatkan si tua keparat ini panas bontot tak senang duduk, takut-takut orang melayu di sana mula sedar bahawa Dap itu sememangnya anti Islam.

Bapak segala bapak rasis ini telah mencabar menteri amaran dalam negeri (Krismudin)  selaku Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu untuk memberi amaran paling keras kepada Umno bahagian tersebut kerana perbuatan melabel Dap Anti Islam boleh mendatangkan perasaan perkauman serta sangat merbahaya.


Kini si tua keparat dan partinya telah mula bimbang apabila melihat kebangkitan orang melayu islam, yang dilancarkan melalui roadshow atau ceramah-ceramah penerangan oleh Umno.

Untuk menyakinkan semula orang melayu supaya menyokong pakatan rakyat terutama sekali dalam memberikan sokongan kepada Dap. Pelbagai janji manis ditaburkan terutama sekali dalam soal hak-hak keistimewaan orang melayu. Si tua ini juga tahu orang melayu terutama di kawasan luar bandar paling suka dan mudah termakan dengan janji-janji manis disebabkan oleh kurangan yang dihadapi kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tinggal di bandar.

Diharapkan orang melayu akan cepat sedar dari lamunan mimpi indah, bahawa kuasa dan keistimewaan yang dimiliki hari ini tidak akan berkekalan sampai bila-bila. Sekiranya kita lalai dan tidak mahu menjaganya sebaik mungkin pasti ianya akan hilang dan mudah dirampas dari gemgaman tangan sendiri oleh keparat-keparat yang begitu cemburukan orang melayu.
Di saat kehilangan itu nanti, jika keluar air mata darah sekalipun ia sudah tidak berguna lagi. Ayuh! bangsa ku bangkit menentang si keparat ini...

Kalau orang melayu yang dah gatal sangat nak rasa macam mana bila hilang kuasa dan hak-hak keistimewaanya, sokonglah si tua keparat ini.

Pejabat Terbakar, Kalah DiGalas..Pas Perlu Insaf

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur  terbakar sehingga ketingkat bawahnya, Kemudian Kekalahan dalam mempertahankan kerusi dun Galas kepada BN, walaupun tiada impak peralihan kuasa kerajaan negeri berlaku…namun ia memberikan petanda dan  satu peringatan bahawa sesuatu yang besar akan berlaku…apa kah dia?

Situasi  di Galas amat sengit sejak dari tarikh kematian adunnya, belum ada apa-apa pengumuman dari spr, Pas telah memalukan gendang perang menghala serangan terhadap UMNO, kononnya Ku Li akan mensabotaj kempen PRK atas alasan Ku Li menyokong tindakan kerajaan negeri menuntut royalti minyak.Tidak kurang juga angin perkhabaran bahawa Ku Li sendiri akan diletakkan sebagai calon, mendorong Pas melakukan serangan psikologi terhadap Ku Li…selepas itu siri fitnah dan serangan mula dilancarkan berterusan sehinggalah menjadi sejarah…membuktikan Pas bukan lagi Parti yang memperjuangkan islam.

Di Galas jualah Pas mula hilang pertimbangan dan kewarasan , Rasuah, paksaan dan ugutan menjadi menu kempen mereka…kita dapat melihat bagaimana tanah orang asli diteroka dan digondolkan atas nama ladang rakyat, kita mengetahui bagaimana pengundi cina diugut dengan status tanah yang mereka duduki, kita sendiri mengetahui bagaimana wang zakat digunakan sebagai wang merasuah bagi mendapatkan undi, kita melihat Pas secara terang benderang menawarkan rasuah dan habuan kepada pengundi yang berada diluar kawasan dari kantung kerajaan negeri dengan nama ringkasnya wang rakyat, tak lupa juga calon Pas yang rosak akhlak kerana ditangkap khalwat dan juga dikhabarkan sebagai  seorang perokok

Ada juga berkata, kempen dalam alam maya tidak memberi kesan kepada rakyat dan pengundi Galas, dan mereka seolah-olah menafikan peranan dari media siber dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat…tapi mereka lupa, dari media siberlah banyak kisah-kisah songsang Pas didedahkan kepada Rakyat seluruh Malaysia, dalam erti kata mudah…kempen ini terkesan sehingga untuk PRU akan datang.kalau tidak , apa gunanya Pas membentuk lajnah media dan memberi sokongan kepada laman-laman web pro pas yang ada sekarang?

Pas terlalu menghina pengundi dan merendahkan tahap keintelektual rakyat Malaysia…tindakan pengundi yang memilih BN dianggap sebagai membuka jalan ke neraka, tidak kah selama mereka bersama dengan DAP banyak tindakan mereka yang menyerupai tindakan memusnahkan kesucian islam?

Nampaknya 2 kejadian yang berlaku hari ini merupakan petanda dan petunjuk dari Allah , kalau benarlah Pas tergolong dalam kelompak manusia beriman tentulah mereka akan menyedarinya…biarlah masa yang menentukan, tapi isyaratnya telah ada…Pas semakin kesuntukan masa….

Galas beri isyarat Umno akan rampas Kelantan

GALAS: Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas hari ini. Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.

Jika keputusan Galas dijadikan ukuran, PAS menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kuasa di negeri pantai timur itu. Calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti menyakinkan iaitu 1,190 undi. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.

Daripada 13 peti undi, PAS hanya menang satu di Sungai Terah dengan majoriti 285 undi. Agak mengejutkan BN mendapat undi majoriti pengundi kaum Cina yang pada pilihanraya umum lalu menyokong PAS. Mengapa PAS kalah kali ini sedangkan pada 2008 calon mereka, Che Hashim Sulaima menang dengan majoriti 646 undi. Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat kanser.

Tengku Razaleigh Hamzah nyata masih berpengaruh di kalangan pengundi Gua Musang. Tiada siapa pengundi Galas yang tidak mengenalinya. Peribadi anak raja itu menjadi ikon di Gua Musang. Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk tempatan masih mencengkam kemas di Galas. Beliau akan menjadi aset BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Serangan bersepadu jentera kempen BN terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS berjaya menyakinkan pengundi secara keseluruhan. Terlalu banyak penyelewengan kerajaan PAS didedahkan oleh BN termasuk isu ladang rakyat.

Satu lagi faktor kemenangan BN ialah demam bola sepak Kelantan yang menjalar hingga ke Galas. Gelombang merah ekoran kemenangan Piala Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi memberi sokongan kepada BN.

Ini kerana Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang membawa kemenangan bola sepak Kelantan dalam piala paling prestij itu merupakan orang kuat Umno Kelantan. Beliau merupakan ketua Umno bahagian Peringat. Keputusan petugas BN dan Umno memakai baju T merah sebagaimana idea bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyemarakkan lagi semangat petugas BN.

Kesimpulannya, kemengan BN di Galas ini adalah hasil kerja keras parti itu yang mahu menyelamatkan rakyat Kelantan dari terus ketinggalan. Bagaimanapun, adalah silap untuk mengatakan keputusan Galas itu merupakan satu jaminan kepada BN merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Cuma ia memberi sedikit kelegaan kepada Umno negeri itu yang diketahui kaya dengan pemimpin berwibawa tetapi sering bermasalah. Tengku Razaleigh akan menjadi penyelesai kepada BN Kelantan kali ini.

Bukan itu saja, ia adalah isyarat bahawa PR keseluruhannya sudah parah. Adakanlah pilihanraya kecil dimana-mana selepas ini, peluang PR untuk tewas terlalu besar. Kepimpinan PR kini yang dipersoalkan.
Sudut pemerhatian penulis, jika pilihanraya kecil itu bukan di Kelantan, besar kemungkinan PR kalah LEBIH DASYAT lagi.

Pas Melepas Galas, Pembangkang Gigit Jari Di Batu Sapi


Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya  di Batu Sapi  dan Galas apabila kedua-dua calonnya menewaskan lawan masing-masing.


Di Batu Sapi, calon BN Linda Tsen Thau Lin memperolehi  9,773  undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang mendapat  3,414  undi manakala calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang memperolehi  2,031 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil P185  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain lebih kurang  pukul 8 malam di Dewan Masyarakat Sandakan. Sebanyak 61.47  peratus atau 15,774 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sementara  itu di Galas pula calon BN merampas semula kerusi terbabit dari tangan Pas apabila calon BN, Abdul Aziz Yusuf menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad dengan majority  1,190 undi. Abdul Aziz memperolehi  5,324 undi berbanding calon Pas yang mendapat  4,134 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N45  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid pada pukul 9 malam di Pusat Sivik Gua Musang .

Sebanyak 82.71  peratus atau 9,55 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.