Tuesday, November 30, 2010

Ketuanan Melayu: UMNO Jangan Terpedaya Taktik PKR ni..

Kole Ayan amat kritis mengenai akan hak dan kepentingan pribumi dan bumiputra yang semakin diserang dari semua arah. Banyak artikel kini menekankan peri pentingnya kesedaran tentang perpaduan dan kekuatan ekonomi orang melayu. Sila rujuk Siri Melayu Rasis:klik sini

Serangan terhadap ketuanan melayu oleh aparat aparat pakatan bukanlah baru,semua orang tahu sejak pasca PRU12 mereka sudah memainkan isu ini. Ramai yang terperangkap didalam sentimen perkauman ini hingga mencetuskan pelbagai polemik.

Adalah tidak menjadi masaalah buat jalangan politik untuk melakukan apa saja hatta mengadai hak bangsa sendiri,contohnya seperti gambar diatas. Keluarga Puaka bahagia memperlekehkan bangsa sendiri semata mata mahu mendapatkan kuasa dan agar Anwar menjadi PM.

Dalam teks ucapan Wan Azizah beliau berkata harus bakul sampahkan 'ketuanan melayu' manakala Azmin Ali pula mengistiharkan perang terhadap 'ketuanan melayu'. Pelbagai pihak memberi reaksi yang marahkan dengan kenyataan mereka.Hingga mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor.

Kole Ayan berharap agar pemimpin dan ahli ahli Umno jangan terperangkap dalam tusukankan jarum halus yang dimainkan oleh para strategis dan operatif PKR. Mereka sememangnya sedar jika sesiapa yang menyerang ketuanan melayu bermakna parti terasnya melayu seperti Umno dan Perkasa pasti akan bingkas bangun untuk mempertahankannya.

Sentimen ini ibarat gergaji 2 mata,mereka menyerang sentimen ketuanan melayu kemudian berdasarkan reaksi dan bantahan Umno akan dijadikan asas untuk menyatakan kepada kaum Cina dan India bahawa Umno adalah sebuah parti yang rasis dan perkauman.

PKR dan pakatan menyedari,sokongan orang melayu sudah begitu menurun dan amat kritikal pada masa sekarang,maka sokongan kaum Cina dan India amat diperlukan pada saat ini. Kita harus sedar,dalam masa mereka menyerang ketuanan melayu semasa kongres PKR berlangsung Anwar pula memainkan peranan membuat tawaran kepada DAP agar Lim Kit Siang akan diberikan jawatan sebagai TPM.Berita ini disiarkan didalam akhbar akhbar berbahasa cina.Adakah ini satu kebetulan?

Mereka menyedari adalah mustahil untuk membuang hak keistimewaan orang melayu yang termaktub didalam perlembagaan. Kesemua ini hanyalah skrip garapan Anwar untuk memanipulasi sentimen perkauman yang sudah dibakar sejak pasca PRU 12.

Serangan terhadap ketuanan melayu dan tawaran kepada Kit Siang adalah tindakan serampang 2 mata.Mereka menunggu reaksi para pemimpin Umno untuk menyerang.Jika kalangan pemimpin Umno tidak mendengar nasihat presiden parti.Maka Umno pasti akan terjerat.

Kita harus sedar nasihat Datuk Seri Najib ketika perhimpunan agung Umno baru baru ini,bahawa perlembagaan 153 , 152 dan hak hak kepentingan orang melayu terpahat kukuh didalam perlembagaan.Adalah mustahil untuk diubah begitu saja.

Kole Ayan ingin menasihatkan agar kita jangan terperangkap dalam permainan persepsi dan serangan yang pasti akan menyebabkan kemusnahan secara total aspirasi 1Malaysia yang sedang diusahakan oleh Datuk Seri Najib.

Mereka sedaya upaya mahu menunjukan kepada bukan melayu bahawa Umno sebuah parti yang rasis.Isu perkauman menjadi resepi penting buat pakatan untuk memenangi pilihanraya.Sebelum Anwar dibebaskan sentimen perkauman amat kurang. Tetapi sebaik saja penipu besar ini bebas,sentimen perkauman dilihat berleluasa.

Secara tiba tiba Umno dilihat sebagai parti yang rasis,walhal lebih 50 tahun negara merdeka rakyat hidup aman dan damai tanpa ada sikap prejudis dan syak wasangka.

Soal Wan Azizah mahu membakul sampahkan ketuanan melayu sebenarnya ibarat meludah kelangit,beliau dan Anwar adalah kalangan eletis Umno pada satu ketika dahulu. Azmin turut berada didalam golongan ini.
Lim Guan Eng yang kerap kali menuduh Umno yang menyebabkan 52billion pegangan saham bumiputra hilang di pasaran saham ,sebenarnya membuka pekung Anwar.

Hampri 2/3 saham saham tersebut dipegang oleh kroni kroni Anwar sendiri. Saham saham ini diberikan ketika Anwar menjadi menteri kewangan dan TPM.Maka adalah tidak mengejutkan jika sekarang ini Guan Eng sendiri mendiamkan diri apabila ditegur  oleh Anwar agar jangan memainkan isu ini. Jangan lupa Anwar adalah Raja Drama. 

Manakala khawarij PAS,harus melupakan hasrat untuk menjadi juara kepada bangsa melayu,persengkokolan dan selingkohan haram bersama PKR dan DAP jelas memperlihatkan sikap sebenar bahawa melayu didalam fahaman pakatan tidak harus dipertahankan!!

No comments:

Post a Comment