Sunday, October 24, 2010

Aziz VS Zulkifli di Galas

Spekulasi yang mengatakan barang kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri menjadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang Kelantan ternyata  meleset.Sebaliknya orang kepercayaan beliau yakni Setiausaha UMNO Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47,diumumkan sebagai calon.
Pengumuman calon itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu majlis di Gua Musang. Hadir sama Tengku Razaleigh dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad.
 
Sementara itu, PAS sebelum ini menamakan Dr Zulkifli Mohamad,44 sebagai calon parti itu dalam pihanraya kecil ini. 
Aziz merupakan anak kelahiran Kampong Bertam Gua Musang dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Operasi KESEDAR. Beliau juga merupakan Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan PPRT Limau Kasturi.
Aziz juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Belia 4 B Gua Musang dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sehingga tahun 2005. Ayah kepada empat orang anak ini berkahwin dengan Roshana Hashim.

Thursday, October 21, 2010

Bloggers Vs Rais Yatim - Mengapa bila kena batang hidung sendiri baru tindakan segera diambil.


Dalam wawancara rengkas bersama pemberita  Agendadaily semalam mengulas pertemuan Perdana Menteri dengan bloggers yang mana Perdana Menteri yang terkilan dengan Dato' Seri Utama  Rais Yatim .

Berikut adalah petikan dari wawancara rengkas semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger Rocky Bru @ Datuk Ahirudin Attan dan dua yang lain yang siar dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam syarikat yang dapat kontrak jalur lebar bernilai jutaan ringgit …kerana itu adalah haknya.
“Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.
“Apa yang mereka kemukakan tidak benar. Jadi saya sebagai seorang rakyat biasa, tak ada cara lain kecuali melaporkan kepada lunas undang-undang negara kita. Jadi kalau itu pun salah, atau dianggap tidak benar, saya tak ada hal, saya boleh buat banyak pilihan, tapi itu hak saya,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC, Khamis.
Beliau diminta mengulas laporan beberapa buah blog memberitahu mengenai pertemuan dengan beberapa blogger di kediamannya pada Isnin lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyuarakan rasa terkilan terhadap langkah Rais membuat laporan polis terhadap Rocky dan dua blogger lain,Big Dog dan TnT.

Setakat ini Rocky telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Rocky membuat posting dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? pada 9 Oktober.
“Membuat laporan (polis) itu adalah hak saya. Jadi saya minta tidak ada pihak yang memutarkannya dan saya tak fikir Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata begitu sebab saya tidak ada peluang mempertahankan diri saya,” kata Rais yang memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau akan menarik balik atau meneruskan dengan laporan terhadap Rocky dan dua blogger berkenaan, Rais bertegas mengatakan beliau hanya melaksanakan haknya.
“Itu hak saya. Saya sudah buat laporan. Jadi setakat itulah. Jadi apa yang berlaku selepas itu kita lihat apa yang berlaku. Dan saya tidak ada tujuan untuk memperli atau menyusahkan mana mana pihak jauh sekali Perdana Menteri.
“Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa.

“Sebagai Rais Yatim saya berhak membersihkan perkara yang cuba diharu-birukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Saya tidak ada membuat tuntutan yang lain, hanya melaporkan itu dan terserah kepada pihak berkuasa melihatnya dari sudut undang-undang oleh kerana nama saya telah dicemari.
“ Bagi pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham. Sebab perkara itu tidak benar, jadi saya ambil pilihan yang ada pada sisi undang-undang. Itu sahaja.”
Apabila ditanya sama ada tindakannya itu dilakukan kerana instinct sebagai seorang ayah, beliau menafikan.
“Itu tak ada. Sebagai seorang individu, seorang rakyat Malaysia yang juga dinaungi undang-undang negara, setahu saya, tidak salah kalau seseorang mengambil pilihan untuk melapor kepada polis atau kepada pihak lain jika dirinya dipermainkan oleh pihak-pihak lain.
“Mungkin saya perlu mengambil tindakan undang-undang sivil. Pun perlu membuat laporan polis. Yang jenayah, terserah kepada pihak berkenaan. Saya tidak ada pilihan lain.”

Nota Kole Ayan :    
1. “Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.
Ramai yang mempersoalkan kenapa apabila terkena pada diri beliau sendiri tindaka  diambil begitu cepat sekali tetapi apabila ianya  melibatkan sensitiviti rakyat , tindakan begitu lama sekali untuk di ambil seperti dalam kes Namawe.
2.“Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa. kenyataan DS Rais Yatim.
Kenyataan ini seolah olah mebayangkan kekecewaan beliau dan seolah olah  beliau sudah putus harapan dan menyerahkan saja kepada Perdana Menteri. Kenyataan ini  agak sukar kita terima ianya datang dari seorang menteri kanan yang telah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri. Apakah Dato'Seri seolah olah kecewa kerana PM lebih memihak kepada bloggers dari beliau sehingga beliau mengatakan bahawa beliau tidak percaya PM boleh mengatakan bahawa PM terkilan.

Wednesday, October 20, 2010

Pembangkang caca-marba cari laba sementara


MUHYIDDIN Yassin diiringi (dari kiri) Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin semasa hadir merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibaratkan parti-parti pembangkang sebagai caca-marba dan mudah melupakan matlamat asal parti masing-masing semata-mata untuk mendapatkan laba politik yang sementara.


Timbalan Presiden UMNO menegaskan, setiap kali mendengar dentuman guruh politik di langit, mereka bergegas membuang air di tempayan, merubah citra dan pendekatan, sehingga melupakan matlamat asal parti masing-masing.

‘‘Mereka caca marba, seperti sesumpah yang kerap bertukar warna, sanggup menjadi penglipurlara yang mendongengkan cerita.

‘‘Matlamatnya mudah, semata-mata untuk mendapatkan laba politik yang sementara sifatnya hingga sanggup menggadai maruah negara, menjadi pengkhianat di pentas antarabangsa dan mencerca sesama bangsa,’’ tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC di sini..

Turut hadir pemimpin tiga sayap iaitu Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Muhyiddin berkata, ada kalangan parti politik pembangkang yang segan silu untuk berbicara mengenai matlamat parti mereka.

Mereka katanya, berbuat demikian kerana takut kehilangan sokongan rakan dan penyokong yang baru.
‘‘Malah mereka sanggup berdolak-dalik. Kepada penyokong setia berkata lain, kepada rakan baru berkata lain.

‘‘Walaupun berbeza pandangan dan prinsip dalam banyak perkara, mereka sanggup berdiam diri dan mengalah saja.

‘‘Malah mereka memberikan pelbagai alasan untuk membela rakan-rakan bersekedudukan. Dulu musuh ketat, dituduh kafir dan keparat, kini jadi sahabat, dipeluk rapat-rapat,’’ tegasnya

Menurut beliau lagi, parti politik ini juga berlumba-lumba membongkar korpus-korpus perbendaharaan politik Islam bagi menghalalkan tahalluf siasiy- persefahaman politik sementara bagi mencapai matlamat sebenar.
Mereka kata Muhyiddin, menggunakan kaedah sirr iaitu merahsiakan niat sebenar dan matlamat perjuangan serta prinsip maslahah siasah iaitu melakukan sesuatu demi kepentingan politik.

‘‘Ada pula yang sanggup berpegang kepada konsep taqiyyah, berpura-pura bagi menyembunyikan matlamat utama yang hendak dicapai.
 
‘‘Tindakan mereka ini tidak ubah seperti pepat di luar runcing di dalam,’’ tegasnya.

Muhyiddin turut melontarkan beberapa pertanyaan antaranya apakah tindakan yang dilakukan oleh parti politik itu akan menyebabkan rakan-rakan baru mereka mengubah prinsip dan mula menyokong matlamat parti mereka dan adakah mereka benar-benar ikhlas untuk bersahabat.

‘‘Jawapannya kita semua tahu, tidak sama sekali. Jauh panggang dari api.

‘‘Rakan-rakan baru ini masih memusuhi matlamat yang mereka dukung dahulu, masih tegar menolak syariat Islam, masih kuat memusuhi negara Islam, masih alergik dengan perkataan dakwah Islam, masih tebal faham sekularisme, masih sarat dengan cauvinisme yang mewujudkan kebencian sesama umat.

‘‘Tetapi mengapakah mereka sanggup bersekongkol dengan rakan-rakan baru ini? Jawapannya mudah. Kuasa. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya,’’ tegas beliau lagi.

Permainan politik ini kata Timbalan Perdana Menteri, tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Katanya, kuasa yang diperolehi cuma sedikit sahaja malah mereka tidak boleh berbuat apa-apa pun untuk melaksanakan agenda parti, kerana kelangsungan kuasa mereka bergantung kepada sokongan orang lain.
Lama kelamaan kata beliau, penyokong sendiri sedar bahawa parti yang mereka sokong, pemimpin yang mereka dukung, tidak boleh melaksanakan cita-cita mereka.

‘‘Parti itu menjadi lemah kerana penyokong tidak lagi bersama mereka. Untuk mempertahankan kuasa yang sedikit, mereka semakin bergantung kepada sokongan parti lain. Tiada lagi roh perjuangan. Yang ada cuma sekelumit kuasa yang kehilangan makna. Pokoknya, parti ini menjadi hamba kepada kuasa, ‘’ kata beliau.

Bagaimanapun kata Timbalan Presiden UMNO, UMNO tidak sedemikian dan sentiasa istiqamah dengan sumpah perjuangan.UMNO tegas beliau, tidak pernah tergelincir daripada landasannya. Beliau menegaskan sifat keadilan, akomodatif dan inklusif Melayu yang ada pada UMNO menjadikan ia parti yang tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaum atau agama lain.

KOLEAYAN: Muka Tebal Tak Malu Memang Macam Tuuu..

Monday, October 18, 2010

Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong! Mujahid Rawa Penipu!!!

Oleh MIM TEAM
Rakyat Pulau Pinang bangkit sekali menyatakan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Lim Guan Eng yang tidak kompeten dan zalim.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa 8 pertubuhan NGO Islam Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi bantahan dan mengecam Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang kerana masih enggan menyelesaikan isu tanah perkuburan Islam di negeri ini.

Pemangku YDP PUMPP, Mohd Hafiz berkata, sikap sombong dan bongkak Guan Eng semakin ketara apabila deliau enggan mengadakan sebarang perjumpaan dengan mereka sehingga ke hari ini walau pun isu lot tanah kubur Islam di Jelutong telah berlarutan lama.

“Dia (Guan Eng) patut sedar diri bahawa dia kini berada di tanah Pulau Pinang dan ramai anak jati negeri ini sudah kecewa dan marah di atas sikap beliau.” tambah beliau lagi.

Demonstrasi yang di adakan di perkarangan Masjid Shaikh Yusoff di Jalan Datuk Keramat selepas solat Jumaat disebabkan permintaan NGO Islam dan 2 memorandum yang dihantar kepada MAIPP dan kerajaan negeri tidak dilayan sehingga ke hari ini.

NGO Islam itu terdiri daripada Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP), Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Pesatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIM) dan beberapa lagi pertubuhan Islam.

Persoalannya, di manakah Mansur Osman, Malik Kassim dan Salleh Man yang kononnya wakil pemimpin Islam di dalam negeri Pulau Pinang ini? Tidur atau hanya menurut perintah sifu kaki pembohong?

Dan di manakah kelibat Mujahid Rawa, Ahli PAS Pusat, yang suatu ketika dahulu mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat telah berjaya membantu orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong. Berjaya kepala otak dia!

Realitinya, Lim Guan Eng semakin tertekan dan semakin busuk di hati rakyat Pulau Pinang. MIM tidak terkejut jika satu hari nanti, Lim Guan Eng tidak lagi berdepan dengan rakyat Pulau Pinang kerana terlalu malu dan jatuh maruahnya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS/PKR Islam Pulau Pinang ternyata tidak boleh diharapkan langsung.
http://novandri.blogspot.com

KOLEAYAN: masih ingat lagi lelaki yang melompat atas bonet kereta lim guan eng?
“Saya perjuangkan isu tanah kubur di Jelutong bukan atas dasar parti ataupun kepentingan diri sendiri, tetapi saya berjuang untuk agama dan bangsa saya sendiri. Ke mana orang Jelutong atau yang berhampiran macam saya ini nanti hendak ditanam kalau meninggal dunia.
“Takkan hendak buang ke dalam laut mayat kita semua, walau macam mana sekalipun saya akan pertahankan isu ini sehinggalah ada pihak yang tampil ke hadapan membuat penjelasan kembali,” boleh dibaca disini

Kenapa mujahid dianggap penipu …?
“Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi,”

hebat bila bercakap depan audien orang melayu islam….lagi hebat bila berbohong untuk Lim Guan Eng;

“Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri,” jelasnya.
Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan.
boleh dibaca di link harakahdaily dan Pemuda Pas Penang
 
Tapi apa yang terjadi pada hari ini…? semuanya dogengan sahaja…Pas menipu demi untuk cina komunis bernama Lim Guan Eng…mana pergi mujahid rawa bersembunyi..sila perjelaskan isu ini?
baca juga : Penang:Demo Tanah Kubur,Guan Eng Bohong Selamanya

Sunday, October 17, 2010

Apa kata pembodek Rais yang juga penulis upahan Rais ? Bloggers Vs Boss Media Perdana

Isu yang terpanas sekali yang kita sedang lihat dan dengar pada ketika ini ialah isu Rais Yatim dengan blogger kenalan ramai Dato' Ahiruddin Atan @ Rocky Bru. Reaksi dari bloggers tanah air nampaknya sangat panas dan ianya mendapat perhatian dari pimpinan negara. Rais yang dikenali sebagai juara silat politik kali ini nampaknya tersalah langkah dan tersilap silat kerana menyanggah ke tempat yang tidak betul.

Nampaknya Rais sudah hilang pencaknya dan beliau nampaknya tidak tertepis pukulan pencak dari Rocky Bru. Rais seolah-olah seperti anak muda julung berkeris; batang pisang pun beliau sanggah. Menyanggah Rocky itu sendiri adalah salah caranya. Rocky bukannya mengajak beliau berpencak tetapi semata-mata menulis untuk memberitahu apa yang beliau dengar tentang isu pemberian kontrak komputer riba untuk memberi jerk kepada penggunaannya oleh rakyat Malaysia.

Orang ramai jelas terkejut apabila beliau membuat laporan polis terhadap Rocky dan dalam tempuh 2 jam sahaja pegawai MCMC telah pantas membuat penyisasatan terhadap Rocky. Tetapi anehnya tidak ada pula pihak seperti MACC bertindak cepat untuk menyiasat Rais apabila berita yang kita dengar di hujung-hujung telinga itu benar atau sebaliknya.

Reaksi masyarakat blogger terhadap Rais jelas menjerat Menteri Kanan negara ini dan daripada sudut politiknya Rais sedang mula menghadapi zaman suram beliau. Rais yang mahir bersilat dan berpencak kini sudah terpaku oleh kerana tari dan lonjaknya yang sumbang. “Dek lonjak posok kotayap kek kopalo,” kata orang-orang tuo di kampung dio dan kampung sayo.

Mungkin oleh kerana faktor usia dan terlalu lama dalam kerajaan membuatkan beliau sudah hilang ‘reflect actions’nya; tidak seperti zaman beliau muda-muda dahulu di mana beliau begitu pantas membuka langkah serta pencak silatnya dalam politik. Beliau sentiasa menang dan orang lain akan terdampar dengan permainan silat beliau yang begitu penuh dengan seni itu.

Besar juga berita yang tersebar yang ada pihak yang sedang berusaha untuk kedua-dua orang yang bersilang pendapat ini berjabat tangan dan tentunya ini adalah usaha yang baik. Membaikkan hubungan antara dua orang yang sedang bersilang kata ini merupakan usaha baik, baik dari segi agama dan adab kita orang Melayu.

Jika Rais bersedia untuk berjabat tangan itu merupakan sikap yang baik bagi dirinya sendiri. Oleh kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger popular ini maka perhatian rakyat ramai sudah mula tertumpu kepada projek pemberian komputer yang bernilai 1 billion ini.

Apabila semua rakyat memberikan perhatian maka Rais mesti berhati-hati kerana manalah tahu apa yang didengar oleh Rocky dan juga orang ramai termasuk saya itu akan timbul kebenarannya. Justeru jika benar Rais bersedia untuk duduk dan berjabat tangan dengan pihak yang dimintanya untuk disiasat itu maka kemungkinan orang ramai menumpukan kepada isu yang timbul ini boleh dilupakan oleh mereka secara beransur-ansur. Rais boleh terus bermusuhan jika tidak ada sedikit pun kebenaran daripada apa yang kami orang ramai dengar sekarang ini.

Kalau nak berjabat tangan elok berjabat sekarang; jangan tunggu lama-lama.

Nota: Aspan nampak nya  mengambil jalan selamat.Siapa yang tak kenal Aspan yang menjilat  Rais Yatim .

http://aspanaliasnet.blogspot.com/
 Apa pula kata bloggers lain baca sini

Saturday, October 16, 2010

Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong!


Rakyat Pulau Pinang bangkit sekali menyatakan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Lim Guan Eng yang tidak kompeten dan zalim.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa 8 pertubuhan NGO Islam Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi bantahan dan mengecam Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang kerana masih enggan menyelesaikan isu tanah perkuburan Islam di negeri ini.


Pemangku YDP PUMPP, Mohd Hafiz berkata, sikap sombong dan bongkak Guan Eng semakin ketara apabila deliau enggan mengadakan sebarang perjumpaan dengan mereka sehingga ke hari ini walau pun isu lot tanah kubur Islam di Jelutong telah berlarutan lama.

"Dia (Guan Eng) patut sedar diri bahawa dia kini berada di tanah Pulau Pinang dan ramai anak jati negeri ini sudah kecewa dan marah di atas sikap beliau." tambah beliau lagi.

Demonstrasi yang di adakan di perkarangan Masjid Shaikh Yusoff di Jalan Datuk Keramat selepas solat Jumaat disebabkan permintaan NGO Islam dan 2 memorandum yang dihantar kepada MAIPP dan kerajaan negeri tidak dilayan sehingga ke hari ini.

NGO Islam itu terdiri daripada Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP), Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Pesatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIM) dan beberapa lagi pertubuhan Islam.

Persoalannya, di manakah Mansur Osman, Malik Kassim dan Salleh Man yang kononnya wakil pemimpin Islam di dalam negeri Pulau Pinang ini? Tidur atau hanya menurut perintah sifu kaki pembohong?

Dan di manakah kelibat Mujahid Rawa, Ahli PAS Pusat, yang suatu ketika dahulu mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat telah berjaya membantu orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong. Berjaya kepala otak dia!

Realitinya, Lim Guan Eng semakin tertekan dan semakin busuk di hati rakyat Pulau Pinang. MIM tidak terkejut jika satu hari nanti, Lim Guan Eng tidak lagi berdepan dengan rakyat Pulau Pinang kerana terlalu malu dan jatuh maruahnya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS/PKR Islam Pulau Pinang ternyata tidak boleh diharapkan langsung.


p/s : Pak Ali is waiting for u....

SPRM masih menunggu report dari Rais Yatim

Rais, the Malaysian Anti-Corruption Commission is still waiting for your report


" I like the idea of the MACC report because it means the minister is serious about clearing his name....the only problem is he hasn't lodged said report.  

"Hmmm...Rais had better lodge that report soon, otherwise people may think he is afraid to lodge a report. For whatever reason....

 "Battle lines have been drawn so now its up to both sides to make the next move.." 
rocky's bru

Jernihkan kekeruhan dengan blogger


EPUTUSAN Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil ke atas blogger ternama Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky's Bru, memperlihatkan kegusaran Rais.

Bukan sahaja Rocky menjadi sasaran kegusaran Rais, seorang lagi blogger Zakhir Mohamad serta pengendali blog Taikor and Taikun tidak terkecuali.

Kemarahan Rais timbul daripada laporan mereka yang menyatakan terdapat cakap-cakap yang anaknya mendapat kontrak satu projek yang dikendalikan oleh kementeriannya.

Memang Rais berhak merasa kecil hati jika laporan itu tidak benar. Ini berkaitan dengan kredibilitinya.
Tetapi cara mana marah itu mahu disalurkan juga tidak kurang pentingnya kerana Rais seorang Menteri dari UMNO dan jurublog-jurublog yang menyakitkan hatinya terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan UMNO dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adalah menyedihkan bagi seorang menteri yang memegang portfolio penerangan terpaksa menggunakan saluran undang-undang untuk menebus kredibilitinya, sedangkan dia diharapkan berkemampuan menangani seribu satu kecaman dan kritikan melalui saluran penerangan.

Tindakan Rais menggunakan saluran undang-undang dalam menangani kritikan atau kecaman, menimbulkan persoalan.

Yang lebih membingungkan ialah ketangkasan SKMM untuk bertindak ke atas jurublog-jurublog ini yang "kesalahan" mereka hanyalah berkongsi dengan umum tentang apa yang sedang diperkatakan mengenai anak Rais.

Apa yang ditulis oleh jurublog-jurublog itu amat mudah untuk disanggah oleh Rais sendiri. Beliau hanya perlu memperlihatkan dokumen kontrak yang dipertikaikan dan jika anaknya tidak terbabit, Rais akan keluar dengan berbau harum.

Adakah SKMM hanya akan bertindak dengan tangkas terhadap jurublog-jurublog yang selama ini mempertahankan kepentingan Melayu?

etapi apabila berhadapan dengan anasir-anasir perkauman seperti Namewee, Kathy Lim serta pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang secara terbuka memaki hamun Melayu dan menghina Islam, SKMM tidak mampu bertindak pantas dan tegas?

Apakah cuma nama Rais yang perlu dipertahankan sedangkan agama Islam, bangsa Melayu serta maruah kepimpinan UMNO boleh dihina dan dikeji sesuka hati tanpa perlu laporan polis dan tindakan daripada SKMM?

Jika ada tindakan diambil sekalipun, ia lesu dan lembab sedangkan SKMM pasti sedar bagaimana marahnya orang Melayu terhadap blog-blog serta portal berita yang saban hari menghina Melayu dan mengeji Islam, jika tidak melalui berita, melalui komen-komen yang dikeluarkan.

Kerana itu, tindakan Rais dan SKMM terhadap Rocky dan jurublog-jurublog lain di atas isu ini tidak harus berlaku. Bagaimanapun ia telah terjadi dan Rais serta SKMM harus mencari jalan menyelesaikannya dan menjernihkan kekeruhan tersebut.

Jika tidak banyak lagi 'jambatan' yang akan terbakar dan Rais tidak akan mampu memadamkannya.

SHAMSUL AKMAR
Kuala Lumpur

Perang Rais dengan Bloggers semakin hebat.

Minang Berapi! Bloggers vs Boss Media Perdana
Panas Berapi: Pesanan Khas untuk Rais Yatim
Bloggers boycotting Galas and Batu Sapi
Rocky, Rais and Gum Infection
Rocky, saudara tidak keseorangan bro!
Rais vs Rocky's and Bloggers
No laptop, no blog, no Bru?
Rais vs Rocky: More govt bullying
Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik isu Rais Yatim?
MCMC releases remake of "A Bridge too Far" 
The Importance of the Rais Report: Corruption or Plain Efficient?
Gutless in the Gutter (p/s Don't try to bribe bloggers with your 1Malaysia laptops, it shall backfire) 
Police report against Rocky's Bru and two others
Umno bloggers vs Pakatan Bloggers

Friday, October 15, 2010

Panggilan “Pariah”, Pengiktirafan Besar PKR Kepada Kaum India

KUALA LUMPUR, 15 Okt –  Panggilan “Pariah” yang dilemparkan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terhadap seorang pemimpin tertinggi PKR berketurunan India disifat sebagai satu pengiktirafan terbesar parti itu terhadap sokongan kaum India kepada parti itu selama ini.

Dengan nada sinis, Ketua Penerangan MIC, YB P.Kamalanathan berkata inilah wajah sebenar PKR yang selama ini hanya berpura-pura membela kaum India sedangkan hakikatnya PKR hanya mahu mengejar undi untuk berkuasa semata-mata.

“Panggilan ini adalah satu penghinaan walaupun ia ditujukan kepada seorang pemimpin India (N. Gobalakrishnan) tapi perlu kita ingat di belakang beliau mungkin ada beribu atau beratus penyokongnya yang berbangsa India.

“Apa yang dilakukan Azmin ini adalah cerminan sikap sebenar PKR di sebalik laungan kononnya untuk membela rakyat seluruh kaum.  Apakah rakyat mahu memperjudikan nasib di atas tangan mereka ini”, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas pendedahan Ahli Parlimen PKR Padang Serai yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, N. Gobalakrishnan yang mendakwa pernah dipanggil “Pariah” oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.

Selain itu Gobalakrishnan turut mendedahkan Azmin adalah dalang kepada kekusutan yang melanda parti itu menjelang pemilihan 16 November depan.

Mengulas lanjut berhubung panggilan “Pariah” itu Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor seterusnya berkata ada kemungkinan besar Azmin akan menafikan dakwaan tersebut seperti lazimnya.

“Jika Azmin menafikan perkara itu maka ini bermakna Gobala menipu dan kita semua ditipu.  Jadi saya minta kalau betul ini satu penipuan maka Azmin mesti bertindak dan saman Gobala.

“Namun saya percaya selaku salah seorang pemimpin tertinggi PKR, Gobala ada tanggungjawab untuk tidak membuat dakwaan membuta tuli”, ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menambah PKR sememangnya parti yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa termasuk menggadaikan maruah negara seperti mana yang dilakukan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk yang terbaru di Indonesia.

“Mereka juga sanggup memperbesarkan isu-isu perkauman untuk mendapat sokongan.  Parti ini tidak fikirkan masa depan yang penting mereka berkuasa dan ketua mereka jadi Perdana Menteri”, katanya.

Thursday, October 14, 2010

Wee Choo Keong Ledak Bom Buat PKR


Berikut adalah kenyataan rasmi sidang akhbar Wee Choo Keong yang dibuat di Parlimen.

Now that Latheefa Koya has implicated me in the scandals surrounding the circumstances under which the Statutory Declaration (SD) of En Muhammad Rahimi bin Osman (Rahimi), one of the young former aides of YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, was obtained. I am compelled to respond to the immature and thoughtless acts of this desperate PKR young upstart who was trying so hard to implicate me in order to save herself from being prosecuted under the Penal Code for the subsequent SD of Rahimi purportedly sworn on July 1, 2008, two days after the first SD was sworn before me on June 29, 2008.

I shall call for a press conference today in Parliament to clarify this matter as I am now compelled to tell all.

I wish to categorically state that prior to the early hour of June 29, 2008 I have never met or spoken to Rahimi. At all material times I was never involved in the escorting Rahimi to upper floor of Quality Hotel, where YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Datuk Sallehuddn, the then PKR Secretary-General, Aser, an American, several others and I were.

Upon Rahimi arrival at the upper floor of the said hotel, he was immediately escorted by several others and YB Datuk Seri Anwar Ibrahim to another room on the same upper floor of the said hotel. After some time Rahimi was escorted out to the main hall where we were all stationed. En Saiful Izham Ramli, a lawyer and PKR leader in Kedah, introduced him to me. At that material time, he appeared to be nervous.


Rahim affirmed his first SD, which has been alleged by certain quarter to have been lost, before me at the early hour of June 29, 2008. In his first SD, he was only concerned about his security and there was no mention of the involvement of others before En Saiful Bukhari Azlan lodged the police report against YB Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomising him.
Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia :

Latheefa Koya telah melibatkan nama saya dalam skandal di mana Akuan Bersumpah (SD) En Rahimi Muhammad bin Osman (Rahimi), salah seorang mantan pembantu kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terdorong untuk memberi respon kepada tindakan kurang matang dan tidak bertanggungjawab beliau (Latheefa Koya) yang cukup berusaha keras untuk melibatkan saya demi menyelamatkan dirinya dari didakwa di bawah Penal Code bagi Akuan Bersumpah kali kedua Rahimi dimana Rahimi telah bersumpah pada 1 Julai 2008 , dua hari selepas Akuan Bersumpah pertama dibuat dihadapan saya pada 29 Jun 2008.

Saya memanggil sidang akhbar hari ini di Parlimen untuk memberi penjelasan sebenar setelah didesak untuk berbuat demikian.

Saya ingin menyatakan bahawa sebelum 29 Jun 2008, saya belum pernah bertemu atau bercakap dengan Rahimi. Pada awal kejadian, saya tidak pernah terlibat dalam membawa Rahimi ke tingkat atas Quality Hotel, di mana YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Datuk Sallehuddin, bekas Setiausaha Agung PKR, Aser, seorang rakyat Amerika, beberapa orang lain dan termasuk saya.

Setibanya Rahimidi tingkat atas hotel, beliau telah dibawa oleh beberapa orang termasuk YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ke bilik lain di tingkat yang sama hotel tersebut. Rahimi kemudiannya dihantar ke dewan utama di mana kami semua ditempatkan. En Saiful Izham Ramli, seorang peguam dan pemimpin PKR di Kedah, memperkenalkan Rahimi kepada saya. Pada saat itu , Rahimi tampak ketakutan.

Rahim menegaskan Akuan Bersumpah pertama beliau, yang didakwa hilang oleh sesetengah pihak, kepada sayapada 29 Jun 2008. Dalam Akuan Bersumpah tersebut, beliau amat khuatir mengenai keselamatan dirinya dan tidak ada menyebutkan penglibatan orang lain sebelum En Saiful Bukhari Azlan memfailkan laporan polis terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meliwatnya.
Sudah jelas disini bahawa Latheefa Koya cuba memalitkan najisnya sendiri kepada ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Latheefa Koya jelas membohongi rakyat dan cuba melarikan diri dari didakwa cuba memalsukan Akuan Bersumpah bertujuan mengheret Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah ke mahkamah.

Majlis Peguam (Bar Council) sehingga ke hari ini masih membisu dari membuat sebarang siasatan ke atas salah laku Latheefa Koya. Amat memalukan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga integriti para peguam dan Badan Kehakiman nyata menjadi pencacai, barua dan kuda tunggangan pihak pembangkang.

Perlukah kita mempercayai lagi kepada integriti Majlis Peguam? Majlis yang terang terangan sudah menjadi salah satu Funfair Pakatan Rakyat. Badan Peguam manakah yang perlu kita letakkan kepercayaan untuk menjalankan tugas secara adil, telus dan saksama tanpa ada campurtangan mana mana pihak.

Mungkin sudah tiba masanya Majlis Peguam perlu diubah namanya kepada Majlis Funfair Peguam Pakatan Rakyat!



Nota : Ada satu lagi bom atom yang akan dilepaskan oleh Wee Choo Keong. Tunggu berita seterusnya. ..

Tuesday, October 12, 2010

Tersedak Dah Menteri Purba..Wajibkah Dia Resign??

  
I am untouchable!

Hah!! Bukankah gempar soksek-soksek sekarang ni..hebat memang hebat bila ada yang berani menjolok sarang tebuan yang sudah berkurun lama membuat sarang..Tentu korang semua hendak tahu atau sudah sedia maklum perihal Pak Menteri Purba yang panas buntut bila ada orang yang berani buat tuduhan kononnya anak pak menteri purba ni dapat projek wi-fi dengan harga RM 1 bilion..banayk tuu..

Bila artikel yang ditulis oleh bloggers tip top sifu Dato' Rocky's maka melentinglah si tua purba ni menafikan tohmahan uncle bloggers ni..

Inilah budayanya...Hari ini juga si Menteri Peurba telah membuat laporan polis terhadap Rocky's Bru kerana penulisannya yang berbunyi begini:-
"Christmas is stll over two months away but the talk is Santa is already in town in the form of Rais Yatim, our Information + Telco ministry. How much? Close to a billion ringgit, courtesy of existing telco players, including Telekom Malaysia. The money will go to three out of nine companies which have been awarded licences to operate Wimax and 3G. Why three companies? Dunno. Which three? Dunno, but Big Dog heard some disturbing rumor about a Minister's son being part of the nine, or three. There's also talk about a D-G's son or KSU's son being involved. But talk is cheap and gets cheaper by the day. The business site T n T also has the story,"

Huh..apabila terbaca jer statement dalam blog tersebut maka bergegaslah situa ni buat repot...kuasa vitonya digunakan untuk menerangkan keadaan..

""Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dengan dakwaan yang berniat jahat itu dan saya akan menggunakan hak saya dibawah undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada SPRM agar satu siasatan dapat dilakukan. Ianya menyedihkan apabila mendapati blog tersebut turut membuat spekulasi dan tuduhan salahlaku terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan juga penjawat awam lain."

Hanya kerana itu je, Rais dah buat laporan polis, malah bukan itu saja, sebelum nak buat laporan polis, Rais juga telah menyuruh beberapa blogger untuk mempertahankannya semalam, yang bestnya blogger yang hentam Rocky bukan menafikan perkara ini tapi mereka menghentam Rocky dan Bigdog sambil mempertikai samada Rocky dan Bigdog ni setia kepada BN!?

Soalan jenis apa yang Rais suruh blogger-blogger dia tanya ni? Mereka nak mempertikaikan kesetiaan Rocky dan Bigdog? Excuse Me, mereka tegur sebab nak selamatkan tuan PM dari dirosakkan namanya oleh Rais and Family, apa kena mengena mendedahkan Rais dengan kesetiaan seseorang ni?

Apakah kita akan dipanggil setia sekiranya kita tahu seseorang pemimpin itu korup tapi kita diamkan? Wei, kita bukan bloggers jenis macam tu la, kalau ada benda tak betul maka kita akan bersuara supaya BN dapat dibersihkan! Tak faham lagi ke? Siapa Rais ni?

Dari cara Rais melompat ni, nampak gayanya ada something wrong la kan? Rais, kau dah fail la, dah la sebelum ini pun kau anggap bloggers macam kita ni sampah je, hari ini kau nak cari pasal pulak dengan SIFU aku! Kau kacau SIFU aku ibarat kau kacau aku la ni! Kita akan dedahkan kau lagi Rais!

Rais Yatim sila letak jawatan! Mengapa kalau Namewee anda tak buat polis report. Kenapa kalau nama Ahiruddin anda cepat cepat report polis. Anda telah gagal bersikap telus dan menyahut agenda transformasi oleh PM. Seharusnya buktikan dengan menyenaraikan senarai pemohon geran supaya kita boleh menilai sendiri. Ambillah iktibar dari keberanian Mahathir dan Rafidah Aziz bukan ikut macam Nik Aziz yg sampai sekarang gagal bersikap telus. Jambatan sudah dibakar. Berhentilah menyeberang ke mari.

kesian.. Esok Rocky kena soal dengan SKMM/MCMC pukul 10.30 Cyberjaya.
Persoalannya adakah ini retorik semata? Apa salahnya menerangkan apa yang sebenarnya untuk kita rakyat bawahan faham dan kita tidak mencanangkan apa yang tidak benar.
Tak tahu apa akan jadi hari esok. Adakah akan ada tuduhan lain untuk blogger selepas apa yang terjadi pada Hassan Skodeng?


Sejauh mana pulak kesahihan tuduhan Rocky?? Mungkin kini tibanya era kejatuhan menteri purba yang bagi diri itu umpama tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas??
panas..panas,,,panas..

Monday, October 11, 2010

Jangan Panggil Cina Sebagai Pendatang. Dengan Syarat....


Banyak perkara perlu difahami pemimpin-pemimpin MCA dan masyarakat Cina jika mereka memahami mesej Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke 57, Ahad lalu.

Perdana Menteri nyata berterus terang mengulas situasi semasa yang kebelakangan ini menampakkan kaum Cina seolah-olah membuat tuntutan berlebihan termasuk jangan menganggap mereka sebagai pendatang.

Menurut Najib, beliau sendiri tidak setuju masyarakat Cina di negara ini dipanggil pendatang.

KOLE AYAN said: Cantik dah tu bila DS Najib buat ucapan macam itu. Tapi masyarakat Cina harus memandang perkara ini secara lebih halus dan tersirat.

Kalau kaum Cina mahu masyarakat lain menghormati mereka sebagai salah satu masyarakat yang melengkapkan kepelbagaian kaum di Malaysia ini, dan juga tidak mahu mereka digelar dengan pelbagai gelaran, janganlah pula dipertikaikan hak-hak kaum lain.

Kalau dah demand yang pelik-pelik sampai melangkau sempadan perlembagaan, siapa yang boleh bersabar.

Jangan ingat PM mintak hentikan panggilan-panggilan pelik-pelik itu sebagai satu batu loncatan untuk bertindak diluar tabiee lagi...

Sendiri mau faham maaa....

SURAT SAMAN ANWAR KEPADA RAHIMI

Apa lagi tunggu wahai Anwar ? Takkan setakat ni je kau nak gertak Rahimi. Heret lah dia bawak ke mahkamah ! Aku yakin Anwar takkan berani heret Rahimi, pasal kalau masuk mahkamah...

Anwar pulak akan mintak tangguh...kah kah kah.

LAWAN TETAP LAWAN
LIWAT TETAP LIWAT
TANGGUH TETAP TANGGUH !