Rais, the Malaysian Anti-Corruption Commission is still waiting for your report
" I like the idea of the MACC report because it means the minister is serious about clearing his name....the only problem is he hasn't lodged said report.
"Hmmm...Rais had better lodge that report soon, otherwise people may think he is afraid to lodge a report. For whatever reason....
"Battle lines have been drawn so now its up to both sides to make the next move.."
rocky's bru
Jernihkan kekeruhan dengan blogger
EPUTUSAN Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil ke atas blogger ternama Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky's Bru, memperlihatkan kegusaran Rais.
Bukan sahaja Rocky menjadi sasaran kegusaran Rais, seorang lagi blogger Zakhir Mohamad serta pengendali blog Taikor and Taikun tidak terkecuali.
Kemarahan Rais timbul daripada laporan mereka yang menyatakan terdapat cakap-cakap yang anaknya mendapat kontrak satu projek yang dikendalikan oleh kementeriannya.
Memang Rais berhak merasa kecil hati jika laporan itu tidak benar. Ini berkaitan dengan kredibilitinya.
Tetapi cara mana marah itu mahu disalurkan juga tidak kurang pentingnya kerana Rais seorang Menteri dari UMNO dan jurublog-jurublog yang menyakitkan hatinya terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan UMNO dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Adalah menyedihkan bagi seorang menteri yang memegang portfolio penerangan terpaksa menggunakan saluran undang-undang untuk menebus kredibilitinya, sedangkan dia diharapkan berkemampuan menangani seribu satu kecaman dan kritikan melalui saluran penerangan.
Tindakan Rais menggunakan saluran undang-undang dalam menangani kritikan atau kecaman, menimbulkan persoalan.
Yang lebih membingungkan ialah ketangkasan SKMM untuk bertindak ke atas jurublog-jurublog ini yang "kesalahan" mereka hanyalah berkongsi dengan umum tentang apa yang sedang diperkatakan mengenai anak Rais.
Apa yang ditulis oleh jurublog-jurublog itu amat mudah untuk disanggah oleh Rais sendiri. Beliau hanya perlu memperlihatkan dokumen kontrak yang dipertikaikan dan jika anaknya tidak terbabit, Rais akan keluar dengan berbau harum.
Adakah SKMM hanya akan bertindak dengan tangkas terhadap jurublog-jurublog yang selama ini mempertahankan kepentingan Melayu?
etapi apabila berhadapan dengan anasir-anasir perkauman seperti Namewee, Kathy Lim serta pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang secara terbuka memaki hamun Melayu dan menghina Islam, SKMM tidak mampu bertindak pantas dan tegas?
Apakah cuma nama Rais yang perlu dipertahankan sedangkan agama Islam, bangsa Melayu serta maruah kepimpinan UMNO boleh dihina dan dikeji sesuka hati tanpa perlu laporan polis dan tindakan daripada SKMM?
Jika ada tindakan diambil sekalipun, ia lesu dan lembab sedangkan SKMM pasti sedar bagaimana marahnya orang Melayu terhadap blog-blog serta portal berita yang saban hari menghina Melayu dan mengeji Islam, jika tidak melalui berita, melalui komen-komen yang dikeluarkan.
Kerana itu, tindakan Rais dan SKMM terhadap Rocky dan jurublog-jurublog lain di atas isu ini tidak harus berlaku. Bagaimanapun ia telah terjadi dan Rais serta SKMM harus mencari jalan menyelesaikannya dan menjernihkan kekeruhan tersebut.
Jika tidak banyak lagi 'jambatan' yang akan terbakar dan Rais tidak akan mampu memadamkannya.
SHAMSUL AKMAR
Kuala Lumpur
Perang Rais dengan Bloggers semakin hebat.
Minang Berapi! Bloggers vs Boss Media Perdana
Panas Berapi: Pesanan Khas untuk Rais Yatim
Bloggers boycotting Galas and Batu Sapi
Rocky, Rais and Gum Infection
Rocky, saudara tidak keseorangan bro!
Rais vs Rocky's and Bloggers
No laptop, no blog, no Bru?
Rais vs Rocky: More govt bullying
Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik isu Rais Yatim?
MCMC releases remake of "A Bridge too Far"
The Importance of the Rais Report: Corruption or Plain Efficient?
Gutless in the Gutter (p/s Don't try to bribe bloggers with your 1Malaysia laptops, it shall backfire)
Police report against Rocky's Bru and two others
Umno bloggers vs Pakatan Bloggers
No comments:
Post a Comment