Tuesday, October 12, 2010

Tersedak Dah Menteri Purba..Wajibkah Dia Resign??

  
I am untouchable!

Hah!! Bukankah gempar soksek-soksek sekarang ni..hebat memang hebat bila ada yang berani menjolok sarang tebuan yang sudah berkurun lama membuat sarang..Tentu korang semua hendak tahu atau sudah sedia maklum perihal Pak Menteri Purba yang panas buntut bila ada orang yang berani buat tuduhan kononnya anak pak menteri purba ni dapat projek wi-fi dengan harga RM 1 bilion..banayk tuu..

Bila artikel yang ditulis oleh bloggers tip top sifu Dato' Rocky's maka melentinglah si tua purba ni menafikan tohmahan uncle bloggers ni..

Inilah budayanya...Hari ini juga si Menteri Peurba telah membuat laporan polis terhadap Rocky's Bru kerana penulisannya yang berbunyi begini:-
"Christmas is stll over two months away but the talk is Santa is already in town in the form of Rais Yatim, our Information + Telco ministry. How much? Close to a billion ringgit, courtesy of existing telco players, including Telekom Malaysia. The money will go to three out of nine companies which have been awarded licences to operate Wimax and 3G. Why three companies? Dunno. Which three? Dunno, but Big Dog heard some disturbing rumor about a Minister's son being part of the nine, or three. There's also talk about a D-G's son or KSU's son being involved. But talk is cheap and gets cheaper by the day. The business site T n T also has the story,"

Huh..apabila terbaca jer statement dalam blog tersebut maka bergegaslah situa ni buat repot...kuasa vitonya digunakan untuk menerangkan keadaan..

""Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dengan dakwaan yang berniat jahat itu dan saya akan menggunakan hak saya dibawah undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada SPRM agar satu siasatan dapat dilakukan. Ianya menyedihkan apabila mendapati blog tersebut turut membuat spekulasi dan tuduhan salahlaku terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan juga penjawat awam lain."

Hanya kerana itu je, Rais dah buat laporan polis, malah bukan itu saja, sebelum nak buat laporan polis, Rais juga telah menyuruh beberapa blogger untuk mempertahankannya semalam, yang bestnya blogger yang hentam Rocky bukan menafikan perkara ini tapi mereka menghentam Rocky dan Bigdog sambil mempertikai samada Rocky dan Bigdog ni setia kepada BN!?

Soalan jenis apa yang Rais suruh blogger-blogger dia tanya ni? Mereka nak mempertikaikan kesetiaan Rocky dan Bigdog? Excuse Me, mereka tegur sebab nak selamatkan tuan PM dari dirosakkan namanya oleh Rais and Family, apa kena mengena mendedahkan Rais dengan kesetiaan seseorang ni?

Apakah kita akan dipanggil setia sekiranya kita tahu seseorang pemimpin itu korup tapi kita diamkan? Wei, kita bukan bloggers jenis macam tu la, kalau ada benda tak betul maka kita akan bersuara supaya BN dapat dibersihkan! Tak faham lagi ke? Siapa Rais ni?

Dari cara Rais melompat ni, nampak gayanya ada something wrong la kan? Rais, kau dah fail la, dah la sebelum ini pun kau anggap bloggers macam kita ni sampah je, hari ini kau nak cari pasal pulak dengan SIFU aku! Kau kacau SIFU aku ibarat kau kacau aku la ni! Kita akan dedahkan kau lagi Rais!

Rais Yatim sila letak jawatan! Mengapa kalau Namewee anda tak buat polis report. Kenapa kalau nama Ahiruddin anda cepat cepat report polis. Anda telah gagal bersikap telus dan menyahut agenda transformasi oleh PM. Seharusnya buktikan dengan menyenaraikan senarai pemohon geran supaya kita boleh menilai sendiri. Ambillah iktibar dari keberanian Mahathir dan Rafidah Aziz bukan ikut macam Nik Aziz yg sampai sekarang gagal bersikap telus. Jambatan sudah dibakar. Berhentilah menyeberang ke mari.

kesian.. Esok Rocky kena soal dengan SKMM/MCMC pukul 10.30 Cyberjaya.
Persoalannya adakah ini retorik semata? Apa salahnya menerangkan apa yang sebenarnya untuk kita rakyat bawahan faham dan kita tidak mencanangkan apa yang tidak benar.
Tak tahu apa akan jadi hari esok. Adakah akan ada tuduhan lain untuk blogger selepas apa yang terjadi pada Hassan Skodeng?


Sejauh mana pulak kesahihan tuduhan Rocky?? Mungkin kini tibanya era kejatuhan menteri purba yang bagi diri itu umpama tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas??
panas..panas,,,panas..

No comments:

Post a Comment