Thursday, February 23, 2012

Tun Mahathir akui balas surat, tolak hubungan dengan Israel

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia di bawah pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya, Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
 
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya apabila menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian. - BERNAMA

Guan Eng, DAP suka tikam belakang, PAS buat buta


Datuk Dr Wee Ka Siong

Guan Eng perlu nafi tuduhan semasa perbahasan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menepis tuduhan terhadapnya semasa perbahasan antara beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lalu dan bukannya menerusi media selepas perdebatan itu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata masa yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak untuk bercakap, namun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menggunakan masa tersebut untuk menolak dakwaan terhadapnya, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan menerusi persidangan dan kenyataan akhbar.

"Tiada pemenang dalam perbahasan itu yang keputusannya adalah terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan. Oleh itu Lim tidak perlu terlalu teruja, kerana perbahasan dilakukan secara adil.

"Perbahasan berkenaan memberi setiap orang ruang untuk membincang isu secara rasional dan memulakan perang mulut selepas itu adalah bertentangan dengan tujuan asal perbahasan," katanya dalam satu kenyataan.

Wee berkata tuduhan Lim bahawa Chua sengaja menyasarnya semasa perbahasan dan susunan dewan perbahasan dilakukan secara tidak adil, adalah menghairankan.

Sementara itu Jabatan Publisti MCA berkata perbahasan tersebut yang bertajuk "Masyarakat Cina di Persimpangan Poltiik: Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa" boleh dilayari di laman web MCA http://www.mca.org.my/, di laman Facebook (http://www.facebook.com/MCAHQ) atau di Youtube http://www.youtube.com/MCAHQ.