Thursday, February 23, 2012

Tun Mahathir akui balas surat, tolak hubungan dengan Israel

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia di bawah pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya, Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
 
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya apabila menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment