Friday, January 14, 2011

Malaysian Instinct laman web picisan jalanan

Aku memang pernah dengar pasal Malaysian Instinct ini yang kononnya nak lawan dengan Malaysian Today dan Malaysian Insider , news portal internet. Aku juga   sering masuk ke portal Malaysian Insider dan Malaysiakini tapi tak pernah masuk ke Malaysian Instinct entah kenapa aku sendiri tidak tahu dan hari ini kali pertama aku masuk laman web ini walaupun aku geli untuk masuk laman web ini. Aku tahu ini laman web budak budak belaan Khir Toyo yang sekarang ini sedang di dakwa di mahkamah dan Mukhriz. - baca sini

Budak budak dia sekarang ini sedang meracau dan termasuklah Toyol belaan Khir Toyo si Parpukari yang sedang  sedap menkedarah duit Khir Toyo.

Bukan aku nak cakap apa lah. Bila aku tenguk tahap artikel yang disiarkan oleh Malaysian Instinct ini aku rasa amat malu dan memualkan . Aku memang lah tidak kenal rapat dengan  Dato' Zaki tapi aku ada mengikuti banyak perkembangan Dato' Zaki yang mana Ahad ini beliau akan mengadakan satu program "Amal Ride For Gaza" yang akan mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin.

Datuk Zaki memang orang yang sibuk kerana beliau adalah seorang Eksekutif Direktor kepada MRCB. Beliau juga adalah seorang ED yang berjaya dan komited dengan tugasnya di MRCB. Namun dalam kesibukan beliau masih dapat meluangkan masa untuk menguruskan kerja parti. Hubungan beliau dengan Tengku Adnan amat baik dan mereka tidak punyai masalah langsung.Mereka sering meluangkan masa bersama untuk mebincangkan hal hal parti.

Adalah bodoh bagi Malaysian Instinct yang cuba menabur fitnah untuk melagakan Datuk Zaki dengan  Tengku Adnan yang mana portal ini tidak langsung membuat  home work" tentang hubungan Datuk Zaki dengan Tengku Adnan.Nampak sangat portal ini tidak ada kualiti dan standard dan bagaikan portal jalanan yang tidak bermaruah. Di sini aku menyeru kepada semua pembaca  elok lah boikot Malaysian Instinct yang tidak bemoral dan bermaruah ini yang cuba memfitnah pemimpin UMNO kerana dendam peribadi. Sungguh memalukan . itu saja yang dapat aku katakan.

Hei kalau korang tak percaya klik kat Malaysian Inctinct kemudian  "refresh" kembali , ha tenguk lah naik angka  user seribu orang lagi. Kah kah kah kah.... sebenarnya tak sampai pun 2 orang dalam web mereka.

Wednesday, January 5, 2011

Rais Yatim Nafi Alegasi Laporan Blog & Pembangkang

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Rabu menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulanlaporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalahlonggokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuhkerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akanditerima dan dipatuhi.
Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demikeadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."
"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.
Rais berkata, sehubungan itu, perkara itu adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.
Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.
Rais berkata: "Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks."
Beliau berkata, tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan "politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta dimata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullahdan Musa."
"Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politikbagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salah laku dalam tempoh hampir 40 tahun," katanya.
Rais berkata, tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan BarisanNasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
"Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.
"Mereka berpandangan dengan ‘membunuh pengantarnya’ tujuan jahat merekatercapai," tambahnya.
Rais berkata, dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, "isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai ‘lembing rejaman’ yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.
"Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan," katanya.