Surat Terbuka kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
KEHARMONIAN perhubungan antara kaum yang berjaya dipupuk ekoran rusuhan kaum 13 Mei 1969 kini kembali pincang;bagaikan suatu bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.Ekoran pendekatan keterbukaan atau liberalisme melulu anjuran mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudianya terpaksa diwarisi penggantinya masa kini, Datuk Seri Mohd. Najib, sentimen sectarian yang menyentuh isu perkauman mahupun agama semakin galak dimainkan oleh bukan sahaja pembangkang, malah kalangan parti yang memerintah.
Apa yang lebih membimbangkan, ancaman terhadap keharmonian kaum ini berlaku dalam suasana Barisan Nasional dan UMNO yang memerintah jelas berada di dalam keadaan goyah akibat timbulnya sentimen anti-establishment begitu .mendadak di kalangan rakyat, khusus kalangan pengundi kaum Cina dan pengundi muda, pada Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal menjelma.
Dalam kegawatan senario politik seperti ini, terdapat pelbagai kepentingan di dalam kedua-dua jurang pemisah politik kepartian di negara ini, mahupun pihak yang berkepentingan di dalam badan-badan bukan kerajaan mahupun media, yang melihat isu perkauman sebagai landasan paling mudah untuk meraih pengaruh di kalangan anggota masyarakat majmuk di negara ini.
Dalam hal ini, apa yang dilihat sebagai kegagalan barisan kepimpinan dalam Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin iuntuk bertindak tegas terhadap pelbagai kepentingan yang sedang membakar api perkauman ini tidak langsung membantu dalam usaha meredakan keadaan.
Malah sikap kepimpinan Perdana Menteri Ke 6 ini yang sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bersifat amaran semata-mata, tanpa disusuli tindakan yang tegas oleh pihak yang berwajib, sedang dilihat oleh kalangan rakyat jelata sebagai suatu kelemahan yang ketara.
Persepsi tentang betapa lemahnya Kerajaan yang memerintah dalam menangani isu-isu sectarian inilah yang sedang menggalakkan lagi pelbagai kepentingan di dalam parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan mahupun media untuk terus bersikap cauvinis perkauman dan agama.
Dalam konteks ini, blog Si Bongkok Tanjung Puteri telah dan akan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa tidak ada mana-mana pihak di negara ini yang harus mengatasi keperluan negara dan rakyat jelata untuk mengekalkan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, apatah lagi mempertahankan Keselamatan Negara.
Bagi kami, walau apa pun isu atau agenda yang mungkin diperjuangkan oleh pihak berkepentingan ini dalam memainkan sentiment sectarian di kalangan rakyat, ianya tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan hak asasi kesemua peringkat anggota masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini untuk mendapat jaminan terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka di dalam kehidupan harian.
Kepada Perdana Menteri dan Timbalan serta barisan kepimpinan Kerajaan yang diterajui mereka, harapan kami adalah untuk terus berusaha mendapatkan semula political will atau kemahuan politik untuk bertindak lebih tegas terhadap mana-mana anasir yang boleh memecahbelah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini, tanpa mengira kawan mahupun lawan.
Akhir kata, kami ingin merayu secara langsung kepada YAB Datuk Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin, perkara berikut:
With due respect Sirs, if you can be seen to be acting decisively, without fear or favor, and selflessly, on behalf of Malaysians from all walks of life; whilst disregarding certain vested domestic and alien interests, in facing this real and present sectarian menace facing the nation and its people, then you can be rest assured of a special place in the pages of our nation’s history.
http://sibongkok-wataniah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment