2. Anak anak Cina yang simbah dinding surau perlu juga di hukum seberat hukuman yang diberikan kepada budak Melayu yang bakar masjid kerana ini boleh mengundang pertumpahan darah jika tidak ditangani sebaik baiknya.
Baca ini
Jaminan Perdana Menteri bahawa tidak ada pihak yang kebal dari undang-undang, merujuk kepada penyebaran SMS palsu bahawa tindakan kerajaan dalam kes surau yang disimbah cat di Negeri Sembilan adalah berdasarkan pertimbangan kaum-kaum tertentu dengan melayu dikenakan tindakan berat manakala bukan melayu dikenakan tindakan ringan atau tidak ada tindakan langsung – adalah sebenarnya kenyataan yang kita tunggu-tunggu dan menepis kerisauan sesetengah pihak di negara ini terutama orang melayu akan kemungkinan tindakan berpilih ini. Jaminan yang dibuat semasa pembentangan hasil makmal pemuda BN itu adalah pendirian jelas kerajaan untuk tidak memilih dalam mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, sikap kurang ajar dan anti perpaduan nasional yang ditunjukkan oleh pemuda bernama Wee Meng Cheng atau Namewee ini masih menuntut satu tindakan tegas dan menyeluruh daripada Perdana Menteri (kita minta Perdana Menteri ambil tindakan sebab kalau kita minta Menteri bertanggungjawab nanti, kita yakin Namewee hanya dapat AMARAN saja). Isu Namewee ini sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada keharmonian kaum di negara ini terutama di kalangan orang muda dan sesetengah orang melayu yang melihat kerajaan mengamal pilih kasih dalam kes-kes berkaitan perkauman
Dalam hal 3 remaja cina menyimbah cat ke Surau di Pulai Impian ini, kita yakin (berdasarkan fakta) tindakan berbeza akan diambil berbanding pemuda melayu yang membakar sebuah gereja di Kuala Lumpur kerana pertama mereka adalah pesalah juvenil dan perbuataan itu tidak boleh mendatangkan kecederaan mahupun kematian seperti perbuatan membakar gereja, walaupun implikasi sosial yang dibawa adalah sama. Justeru itu kegagalan pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas Namewee sekarang hanya akan menyemarakkan persepsi negatif segelintir pihak dalam negara ini terutama di kalangan orang melayu bahawa sememangnya kerajaan mengamalkan sikap pilih kasih di dalam mengambil tindakan ke atas pencetus masalah berkaitan perkauman ini.
Ini bukan kali pertama Namewee berbuat demikian, kali pertama kesalahan sama dibuat di luar negeri (Taiwan) dengan mengubah suai lagu negaraku dan dalam masa yang sama menghina Islam. Kali kedua Namewee menyiarkan video klip yang menggambarkan orang melayu bakal tinggal di atas pokok jika orang cina di Malaysia tiada lagi di negara ini. Terbaru, Namewee mengutuk tindakan seorang pengetua sebuah sekolah di Johor dan menyifatkan Kementerian Pendidikkan sebagai kurang ajar. Tak usah menipu diri sendiri, tindakan Namewee ini boleh mencetus kepada kejadian huru hara yang lebih besar jika tiada tindakan dikenakan ke atasnya.
Jika kejadian kali pertama, dia dibela oleh MCA melalui menteri kesihatan ketika itu, Datuk Seri Chua Soi Lek (sebelum meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam industri video porno), keakraban Namewee dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seperti ditunjuk dalam satu video klip dengan mudah boleh menimbulkan salah faham bahawa beliau dibela oleh UMNO maka itu tiada tindakan dikenakan ke atas. Tambahan pula, mungkin kebetulan atau disengajakan, dalam banyak-banyak hal berkaitan perkauman yang berlaku minggu lepas (nisbah 4 anti melayu – termasuk 1 oleh Namewee dan 1 anti cina), Ketua Pemuda UMNO memilih untuk mengulas, mengutuk dan mengecam satu perbuatan anti cina yang kononnya dilakukan seorang pengetua sebuah sekolah di Johor.
Sedangkan kes itu masih dalam siasatan pihak kementerian pelajaran dan polis (belum sahih), perbuatan biadap Namewee yang menggambarkan orang melayu akan hidup atas pokok jika orang cina tiada yang jelas kesahihannya, tidak mendapat perhatian langsung oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia apatah lagi lagu terbarunya sekarang.

Puteri UMNO juga telah menyuarakan kebimbangannya disini. Sebagai organisasi yang lebih dekat dengan generasi muda melayu, Puteri UMNO memang mempunyai sebab untuk berasa bimbang, bimbang jika sokongan beralih arah dek ketidak seimbangan di dalam mengambil tindakan. Nak harapkan Pemuda UMNO, tak usah bermimpilah.
Kesabaran dan toleransi tinggi yang ditunjukkan orang melayu hari ini tidak seharusnya dipandang sebagai satu sikap yang boleh berkekalan setiap masa. Rasional kita mungkin menghalang daripada berulangnya tragedi 13 Mei ataupun Kg Medan, tetapi rasa tidak puas hati ini boleh diterjermahkan dalam bentuk protes di atas kertas undi. Jika UMNO yang menguasai kerajaan tidak boleh memelihara kepentingan orang melayu seperti mana maksud penubuhannya lebih 60 tahun yang lalu dan takut bertindak ke atas pelampau bukan Islam seperti Namewee, jangan marah jika sokongan beralih kepada NGO melayu lain seperti Perkasa. Namewee beruntung kerana disebalik tindakan melampaunya, dia masih bebas bergerak ke sana sini tanpa ada rasa takut akan tindakan balas daripada orang melayu tidak seperti keluarga 4 remaja yang ditahan (3 didakwa) kerana terlibat dalam kejadian menyimbah dan membaling surau dengan cat dan botol minuman keras tempoh hari. Yang kita risaukan keadaan itu boleh berubah pada bila-bila masa jika tiada tindakan dikenakan ke atasnya.
Tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa kejadian simbah cat di sebuah surau dan hasutan alaf baru oleh Namewee adalah berkaitan memandangkan yang terlibat juga adalah dikalangan remaja cina. Jika ini benar, jelaslah kegagalan mengambil tindakan ke atas perbuatan Namewee adalah satu kesilapan yang terbesar pernah dibuat kerajaan. Kebencian perkauman tidak sama seperti kemusnahan yang diakibatkan oleh letupan bom yang boleh sejurus selepas kejadian, ia adalah ibarat barah yang memakan diri dari dalam secara perlahan-lahan dan jika tidak dibendung boleh mencetus kepada permasalahan yang lebih besar.
Kerajaan tidak seharusnya takut menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana majoriti rakyat tidak melihat Akta itu sendiri sebagai salah tetapi bagaimana ia diaplikasi dan digunakan. Antara faktor yang menyumbang kepada kehilangan besar sokongan bukan melayu terutama cina kepada BN dalam pilihanraya 2008 ialah apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan atas alasan untuk melindungi keselamatan seorang wartawan wanita cina dalam satu isu berkaitan azan pada 2007!!!

Jadi kita berharap demi kesejahteraan dan keamanan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini, tindakan segera perlu diambil ke atas Namewee tanpa ada lengah lagi.
Sekian..
No comments:
Post a Comment