Friday, December 27, 2013

Anak Felda cipta motosikal unik

JEMPOL – Bakat dan idea sekumpulan anak warga Felda Wilayah Raja Alias di sini tidak sia-sia apabila berjaya mengubahsuai motosikal jenis Honda C70 kepada sebuah motosikal baru yang digelar Honda C70 custom ‘Bomba’.
  • Anak Felda cipta motosikal unik
  • Ahli Kelab Motor Lasak Wira sempat menunjukkan tanda bagus sambil melihat motosikal custom ‘Bomba’ yang berjaya diubah suai.
Bercirikan lampu bulat, Honda C70 custom Bomba ini dihasilkan kira-kira dua bulan lalu dan kini mereka dalam proses mengubah suai sebuah lagi motosikal kapcai custom ‘Cooper’.
Pengerusi Kelab Motor Lasak Wilayah Raja Alias, Shamsudin Hirman, 42, berkata, mendapat idea menerusi internet dan majalah, setakat ini kelab berkenaan berjaya menghasilkan 10 motosikal custom ‘Bomba’, yang mana setiap satu mencecah harga dari RM1,000 hingga RM5,000.
“Untuk menyiapkan sebuah motosikal boleh memakan masa sebulan, namun ia bergantung kepada reka bentuknya, sama ada bersaiz kecil, atau sebaliknya tetapi kita masih mengekalkan kelajuan asal enjin (cc),” katanya.
Menariknya lagi,  kelab ini adalah  satu-satunya kelab yang berjaya mencipta motosikal unik berkenaan, selain aktif dalam sukan motorcross serta mendapat banyak pengiktirafan sejak ditubuhkan pada Ogos 2012.
Sementara itu, ahli kelab, Khairul Nizam Loso, 35 berkata, kerja pengubahsuaian motosikal kapcai ini dilakukan secara sambilan memandangkan semua ahli kelab mempunyai pekerjaan tetap.
“Motosikal jenis custom ‘Bomba’ mendapat sambutan daripada penggemar motosikal dari luar Negeri Sembilan, manakala motosikal custom ‘Cooper’ pula  masih dalam proses pengubahsuaian,” katanya.

No comments:

Post a Comment