Monday, November 5, 2012

Rafizi hanya mahukan publisiti cemar nama Nazri



KUALA LUMPUR. - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berpendapat, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hanya mementingkan publisiti apabila beliau menimbulkan isu kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia.

Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:

1. Rakyat Malaysia perlu tahu motif sebenar Rafizi menyerang anak Mohamed Nazri. Rafizi tahu yang beliau bakal masuk penjara kerana melanggar undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). BAFIA digubal untuk melindungi maklumat kewangan peribadi rakyat Malaysia serta pelabur asing. BAFIA juga penting untuk memelihara keyakinan negara luar terhadap integriti sistem kewangan negara. Rafizi telah mencemarkan BAFIA untuk memenuhi nafsu cita-cita beliau iaitu menjadi Ahli Parlimen, sebab itu beliau selalu membuat sidang akhbar di Parlimen.

2. Rafizi bukannya berminat dengan kes rasuah atau penyelewengan demi kepentingan rakyat dan negara tetapi beliau hanya mementingkan publisiti untuk diri sendiri. Oleh kerana beliau telah tersepit dengan kes BAFIAnya sendiri, maka sebab itu beliau menyerang anak Mohamed Nazri untuk meraih alasan bahawa tindakan BAFIA terhadap beliau merupakan tindakan balas peribadi daripada Mohamed Nazri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

3. Rafizi perlu menghadapi kes BAFIA dengan tenang, lagipun beliau sudah tidak ada kredibiliti sebab rakyat sudah tahu beliau bertindak atas kepentingan peribadi. Di mana Rafizi dalam isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ambil alih hutang Talam Corporation Bhd. (Talam)? Di mana Rafizi dalam isu RM3 bilion melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan?

4. Jika Rafizi mahu sangat meniup trompet, pergilah tiup trompet Anwar.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment