Tuesday, September 28, 2010
DAP Diam Bila Melayu Kena Bunuh..
Apabila hebohnya berita mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pembantunya,tidak ada langsung kedengaran gesaan atau pun bantahan yang disuarakan oleh DAP. Sebelum ini masyarakat begitu maklum dengan tindakan DAP yang mendesak agar diadakan inkues apabila berlakunya kes kematian pencuri kereta A Kugan di dalam tahanan polis dan Teoh Beng Hock.
Kes yang serupa berlaku di Kulim apabila 6 orang penjenayah India ditembak mati oleh Polis, pihak DAP terus mengecam dan menuduh pihak Polis berlaku kejam dan mendesak agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan diadakan.
Kaitan pembunuh Datuk T Pathanaban bersama konco konco nya dengan DAP amat dekat,diberitakan beliau adalah ahli seumur hidup parti DAP. Pihak DAP langsung tidak bersuara apabila menyedari suspek adalah ahli parti DAP.Malah tidak ada mana mana pemimpin daripada pakatan rakyat yang menyeru agar inkues ataupun suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ini.
Nyawa orang melayu begitu murah, hinggakan dilihat adalah tidak penting bagi pihak DAP.Mereka hanya melihat dari aspik perkauman yang rasis jika ada peluang untuk menghentam kerajaan Melayu,maka segala usaha digerakkan untuk memburukkan persepsi terhadap kerajaan dan agensi penguatkuasaan.
Sebolehnya ramai pihak tidak mahu mengaitkan isu pembunuhan Datuk Sosilawati dengan politik,kita tidak dapat mengelak daripada isu ini dipolitikkan kerana dari awal awal lagi Hj Nizar dan Mahfuz sudah pun menuduh UMNO dan pemimpin negara terlibat dalam kes ini.
Hinanya batang tubuh melayu apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi DAP,mereka hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan.Amat menghairankan tidak ada pula gesaan daripada mana mana pemimpin melayu pakatan yang mendesak seperti mana berlakunya terhadap Teoh Beng Hock.
Kesimpulannya,melayu sejak dari dulu dilayan bagaikan kelas kedua oleh pihak DAP dan pakatan,jika berlaku terhadap yang bukan melayu mereka akan cepat cepat untuk bertindak dan membuat protes.
DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM
oleh: allmadat.
PANAS - Seluruh Pelusuk Cabang PKR Di Nodai RASUAH
Anwar bapak kepada segala rasuah dan kejahatan telah melihat hasil benih benih beliau tumbuh subur didalam parti yang memperjuangkan kerja liwat beliau. Lubok atau sarang PKR di Permatang Pauh menjadi pusat kepada segala rasuah politik,Anwar Ibrahim yang menjadi ahli Parlimen di Permatang Pauh benar benar membajai kawasan parlimen ini dengan amalan rasuah politik wang.
Pemilihan diperingkat cabang Permatang Pauh menyaksikan Dr Mansor menang tanpa bertanding. Ini kerana penyandang yang dicalonkan dikenali sebagai Pak Tam telah diarahkan menarik diri daripada bertanding oleh Anwar dengan membuat satu panggilan telefon sahaja. Dr Mansor menang tanpa bertanding.Perkara ini telah mendapat bantahan para penyokong Pak Tam.
Pada masa yang sama Pak Tam telah dirasuah RM8 ribu oleh dua orang yang pro kepada kem Anwar Azmin.Ini sebagai imbuhan kerana Pak Tam akur atas kehendak Anwar menarik diri daripada bertanding.
Blog ini juga difahamkan setiap pencalonan terhadap calon yang bertanding diperingkat tertinggi di akan bayar RM200-RM500 untuk satu undi.Perkiraan sudah dibuat oleh Azmin dan gerembolannya untuk terus mengawal pengundi mereka.
YB Yusmadi kononnya menjadi badan pemantau kepada pemilihan kali ini hanyalah dilihat sebagai tonggol kayu yang tidak mampu berbuat apa apa.Ini kerana segala percaturan politik wang adalah datangnya daripada ketua umum parti Anwar Ibrahim.
Inilah akibatnya apabila sipeliwat dan pembohong yang rosak akhlaknya menjadi peneraju parti.Dari atas hingga kebawah semuanya rosak.
Sunday, September 26, 2010
Syoknya Bila MB N.Sembilan Bantai Pembangkang
LOBAK - Eden baru ini sempat mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran MCA Bahagian Seremban di mana ianya dihadiri ramai masyarakat majmuk negeri ini. Program Karnival 1 Malaysia yang diadakan itu meliputi pelbagai acara sihat antaranya aktiviti bersenam beramai-ramai, pertunjukkan Silat Silambam, Wushu dan tarian kebudayaan oleh anak-anak comel dari kaum Tiong Hua.
Apa yang Eden tertarik bila menyaksikan perlawanan Futsal antara taman-taman sekitar Lobak. Bahkan yang menjadi tarikan apabila YAB Menteri Besar N.Sembilan sudi merasmikan perlawanan futsal tersebut dengan memula sepak bola. Memang berbakat menyepak Menteri Besar kita tu..
Namun, apa yang ingin Eden kisahkan di sini betapa galaknya tawa para hadirin pada pagi itu bilamana mendengar ucapan aluan dari Ketua Bahagian MCA Seremban, Dato' Peter Lai Yit Lee yang membidas tindakan pembangkang dalam mempersoalkan isu perpaduan.
"Kita tidak harus membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan negara, usaha Perdana Menteri perlu disambut baik oleh setiap rakyat, semua kaum mesti utamakan kepentingan kemajuan negara," jelasnya.
Sementara itu, YAB Menteri Besar pula berucap dengan rencah yang sama cuma berlainan sedikit nadanya di mana bagi Eden yang mendengarnya, nada YAB MB kita ni sedikit 'hangin' dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang di Lobak..DAP ler tu..
"Jadilah pemimpin yang benar-benar menjiwai masyarakat, bukan hanya pandai berjanji itu dan ini kepada rakyat tapi apapun tidak ada,"
"Tuan-tuan tengoklah apa yang sudah tuan-tuan dapat dari ADUN tuan-tuan hari ini?? Apa? Mintalah mereka cat flat-flat di Lobak ini, kita tengok apa boleh mereka bikin?"
"Jangan pandai cakap saja...kalau dulu janji jika menang semua flat-flat dan jalan akan di naiktaraf, sekarang bikinlah!" sindir MB kita sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh para hadirin.
Namun, di sebalik tembok pagar padang tersebut, dihujung jalan dan di seberang jalan bahkan di dalam restoran mamak berhampiran program dijalankan terdapat juga wajah-wajah menyinga apabila dikutuk, di perli oleh pemimpin yang betul-betul bekerja untuk rakyat itu..
Eden pun turut sama lah tersenyum dengan sindiran MB kita itu kerana memang jelas telinga capang Eden ini mendengar ngomelan dua tiga individu yang duduk disebelah Eden berbisik..
"Ada butut ini Mat Hasan cakap..sikalang itu Loke Siew manyak susah jumpa, malam ala kalang-kalang jumpa laa..tp selalu mau jumpa itu olang, pigi sana Rahang, dia minum-minum sana maaa.."
(hehehehe...matilah kau lepas ni Loke Siew Fook oii..)
oleh: Eden Anak Nogori
Apa yang Eden tertarik bila menyaksikan perlawanan Futsal antara taman-taman sekitar Lobak. Bahkan yang menjadi tarikan apabila YAB Menteri Besar N.Sembilan sudi merasmikan perlawanan futsal tersebut dengan memula sepak bola. Memang berbakat menyepak Menteri Besar kita tu..
Namun, apa yang ingin Eden kisahkan di sini betapa galaknya tawa para hadirin pada pagi itu bilamana mendengar ucapan aluan dari Ketua Bahagian MCA Seremban, Dato' Peter Lai Yit Lee yang membidas tindakan pembangkang dalam mempersoalkan isu perpaduan.
"Kita tidak harus membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan negara, usaha Perdana Menteri perlu disambut baik oleh setiap rakyat, semua kaum mesti utamakan kepentingan kemajuan negara," jelasnya.
Sementara itu, YAB Menteri Besar pula berucap dengan rencah yang sama cuma berlainan sedikit nadanya di mana bagi Eden yang mendengarnya, nada YAB MB kita ni sedikit 'hangin' dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang di Lobak..DAP ler tu..
"Jadilah pemimpin yang benar-benar menjiwai masyarakat, bukan hanya pandai berjanji itu dan ini kepada rakyat tapi apapun tidak ada,"
"Tuan-tuan tengoklah apa yang sudah tuan-tuan dapat dari ADUN tuan-tuan hari ini?? Apa? Mintalah mereka cat flat-flat di Lobak ini, kita tengok apa boleh mereka bikin?"
"Jangan pandai cakap saja...kalau dulu janji jika menang semua flat-flat dan jalan akan di naiktaraf, sekarang bikinlah!" sindir MB kita sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh para hadirin.
Namun, di sebalik tembok pagar padang tersebut, dihujung jalan dan di seberang jalan bahkan di dalam restoran mamak berhampiran program dijalankan terdapat juga wajah-wajah menyinga apabila dikutuk, di perli oleh pemimpin yang betul-betul bekerja untuk rakyat itu..
Eden pun turut sama lah tersenyum dengan sindiran MB kita itu kerana memang jelas telinga capang Eden ini mendengar ngomelan dua tiga individu yang duduk disebelah Eden berbisik..
"Ada butut ini Mat Hasan cakap..sikalang itu Loke Siew manyak susah jumpa, malam ala kalang-kalang jumpa laa..tp selalu mau jumpa itu olang, pigi sana Rahang, dia minum-minum sana maaa.."
(hehehehe...matilah kau lepas ni Loke Siew Fook oii..)
oleh: Eden Anak Nogori
Syabas !! Muhyiddin balun Kit Siang isu pengetua
Best betul tengok Muhyiddin smash Bapa kepada Guan Eng Lidah biawak ini yang boleh dibaratkan sebagai bola tanggung untuk beliau . Kit Siang ingat dengan memainkan isu perkauman untuk dikaitkan guru dan pengetua sekolah , beliau boleh jadi hero dan desak Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran supaya mengambil tindakan terhadap mereka ini .
Tetapi Kit Siang punya stail sama seperti anaknya yang cuba tunjuk pandai mereka , akhirnya kena kaw -kaw punya hantam dari Muhyiddin . Memang puak2 ini bodoh dan bangang dalam pentadbiran dan undang2 dan lihatlah bagaimana mereka tadbir di Selangor dan PP .
Bagaimana lah agaknya kalau Pakatan menang PRU 13 dan Kit Siang jadi Menteri Pelajaran , mungkin habis cikgu2 dan pengetua yang tidak sehaluan dengan mereka akan kena pecat dan tindakan direct oleh mereka. Ini kerana mereka ini totok politik , tidak faham pentadbiran dan buat keputusan ikut emosi .
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencabar pemimpin DAP Lim Kit Siang untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh menteri untuk mengambil tindakan disiplin.
"Lim Kit Siang, tolonglah... fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa.
Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.
"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya.
Muhyiddin berkata tindakan yang diambilnya itu adalah berlainan dengan sikap emosional dan politikal Kit Siang.
"Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran," katanya.
Wednesday, September 22, 2010
Khalid Samad Berbohong
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad masih terus berbohong kepada orang ramai dari isu kuil, gereja, nama Allah dan sekarang isu wakil rakyat bukan Islam memberi ucapan di tempat solat pula.
Pada minggu lalu, ketika umat Islam sedang menyambut kedatangan syawal, Khalid Samad tidak segan silu menyiarkan sekeping gambar yang telah diedit kononnya UMNO membawa wakil rakyat bukan Islam masuk ke tempat solat untuk menyampaikan sumbangan.
Biarpun kita faham, ahli Parlimen Pas yang pertama yang memberi “sermon” dalam gereja kerana hendak membela Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching biarlah berlandaskan fakta dan hujah bukan pembohongan dan penipuan seperti ini.
Kalau belum menjadi pemerintah lagi sudah biasa berbohong dan bersifat munafik, apakah ia akan menjadi “malaikat” jika menjadi pemerintah? Dulu Tien Chua mengedit gambar Datuk Seri Najib, sekarang giliran Khalid Samad pula melakukan.
Apakah Khalid Samad mempunyai hubungan tertentu sehingga sanggup menyiarkan gambar yang disunting bagi membela Teo Nie Ching yang bersikap kurang ajar memberi takzirah di saf pertama tempat umat Islam sujud dalam sebuah surau di Selangor.
Dan konon-kononnya dia juga nak membuktikan bahawa UMNO lebih teruk daripada PAS yang menjadi pencacai kepada kafir harbi DAP apabila dia mendedahkan gambar YB Kamalanathan memberikan sumbangan di sebuah masjid di Sg Tengi Selatan.
Tetapi sayang seribu kali sayang, impian Khalid Samad @ Khalid gereja nampaknya tidak kesampaian untuk menjadi hero kepada ADUN DAP Serdang.
Mimpi Khalid Gereja ini untuk menjadi hero mendedahkan keburukan UMNO juga berkubur apabila gambar YB Kamalanathan di masjid yang ditunjukkan didalam blognya rupanya gambar yang telah diedit.
Perbezaan besar diantara sumbangan derma YB Kmalanathan dan juga tazkirah ADUN DAP Serdang ialah YB Kamalanathan hanya memberi sumbangan di ruang beranda serta menutup auratnya.
Manakala ADUN DAP Serdang bertazkirah di mibar masjid serta berpakaian kebaya ketat dan tak menutup aurat.
Apakah Khalid gereja terlalu bebal untuk membezakan dua hal ini?
Nampaknya Khalid Samad cuba membodohkan rakyat di Selangor dengan gambar editnya. Mungkin dia ingat semua rakyat Selangor adalah bodoh seperti dirinya juga!
Tuesday, September 21, 2010
Menteri Purba dan labu labu nya
Kole Ayan ada dengar kawan dari Jelebu bercerita bahawa baru baru ini ada seorang menteri purba buat program di Jelebu . Tetamu kehormatnya ada lah seorang yang di hormati dan adalah Boss Menteri Purba ini juga di negeri nya. Tapi oleh kerana menteri purba ini seorang menteri Purba dia rasakan dia lagi besar lah dari boss nya.
Program ini mendapat liputan media eletronik. Malang nya gambar Boss nya keluar tak beberapa saat , yang lain semua gambar menteri purba ini.
Mencelah seorang kawan. Apa nak heran aku pernah pergi program menteri purba ini masa Merdeka dulu anjuran menteri purba ini. Dia bercakap dulu dan sampai semua orang naik ngantuk , uacapan nya lebih panjang dari uacapan PM. Macam dia lah PM. Kami semua ketawa. agak agak lah....
Program ini mendapat liputan media eletronik. Malang nya gambar Boss nya keluar tak beberapa saat , yang lain semua gambar menteri purba ini.
Mencelah seorang kawan. Apa nak heran aku pernah pergi program menteri purba ini masa Merdeka dulu anjuran menteri purba ini. Dia bercakap dulu dan sampai semua orang naik ngantuk , uacapan nya lebih panjang dari uacapan PM. Macam dia lah PM. Kami semua ketawa. agak agak lah....
Nik Aziz Kantoi kali ini.
![]() |
| Nik aziz sedang berbincang , berapa mu boleh kasi PAS... ambo berapa percent. mano boleh...lebih ah sikit, tuh sikit sangat 4 billion. Tuk ambo bapo pulok. |
Bagi tiga hari lagi . Nik Aziz akan keluar dengan muka serious dia dan sedih seolah olah baru kena terajang oleh orang UMNO. Dia akan salahkan UMNO kononnya menuduh mereka dan dia akan ambil contoh yang nak serupa tapi lain dengan apa yang nabi lakukan sebagai perbandingan. Dah dekat nak maposlah tuh orang tua ni.
Nak tipu tak pandai , lepas tub tak percaya kat orang lain , suruh adik gi ambik cek. Ini gambar yang kami siarkan adalah gambar masa Nik aziz berbincang dengan Abdul Rahim Wahab. Wei jumud PAS , tinggalkan saja parti penipu ini.
Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.
Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (Ombak), Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tampil menyiasat mengenai wang tersebut.
"Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak penyelewengan kerajaan negeri yang sedang dipantau oleh kita.
"Oleh itu, SPRM perlu menyegerakan siasatan ke atas kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.
Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.
Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan 'zakat' sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.
Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.
Sementara itu, Anuar berkata, SPRM juga perlu mendedahkan status terkini semua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan kerajaan negeri.
"Rakyat Kelantan tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur," tegasnya.
Dalam pada itu, laman web I'DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.
Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)







