Monday, February 18, 2013

'Fitnah mahu jatuhkan Najib'



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam laman sesawang Jabatan Penerangan sebagai sudah kekeringan idea.

Pihak berkenaan bertindak memasukkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatannya serta permohonan maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta seluruh ahli parti pembangkang berkenaan.

Menurut Mof Puad, fitnah seperti ini adalah cara lama pihak berkenaan mahu menjatuhkan Najib yang sememangnya telah melakukan banyak perubahan yang membawa kepada keselesaan rakyat sepanjang pemerintahannya.Beliau turut meminta Unit Rekod dan Teknologi Maklumat (IT) Barisan Nasional (BN) bersiap sedia kemungkinan berdepan ancaman penggodaman sistem bagi menghadapi pilihan raya.

“Dengan kejayaan pihak terbabit menggodam laman sesawang ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara sama semasa pilihan raya nanti.“Sebab itu, pihak IT BN perlu mengejar teknologi yang ada, bukan hanya mempelajari cara menggunakannya tetapi turut belajar mengelak daripada dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan Najib yang melakukan sentuhan terakhir untuk menghadapi pilihan raya juga mengundang rasa tidak selesa kepada pembangkang.Malah beliau tidak menolak pembangkang kini terdesak melakukan apa sahaja asalkan mendapat sokongan rakyat.

Sunday, February 17, 2013

Najib buka cerita tentang 'tepuk tangan' di majlis Tahun Baru Cina


cny-pucong513
Jumlah yang hadir melimpah ruah.Ikut ceritanya pihak penganjur sendiri terkejut melihat kehadiran yang melebihi jangkaan awal mereka.Sekitar 60,000 orang berpusu-pusu ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Malaysia di Taman Puchong Utama, Selangor pada Jumaat yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak.
Kehadiran sebegitu ramai orang setelah baru ini jumlah hampir sama bersesak di majlis Tahun baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang Isnin lalu  telah mencetus 'angin baru' menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.
Paling menarik Najib dalam ucapannya yang ringkas tetapi padat secara terbuka mengingatkan masyarakat Cina negara ini menyedari hakikat bahawa kejayaan mereka khususnya dalam perniagaan adalah hasil kongsi kuasa dan dasar-dasar kerajaan yang tepat selama ini.
Malah beliau berkias mengenai mengenai bertepuk tangan yang kena guna dua tangan baru boleh bunyi.
“Kita tahu kaum Cina memang rajin bekerja. Mereka dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai keusahawanan yang cekap dan pintar. Sebab itulah mereka berjaya. Kita ucapkan tahniah. Tetapi kejayaan masyarakat Cina adalah juga kerana kerajaan sejak Merdeka telah mewujudkan keadaan di Malaysia ini yang membolehkan mereka mencari rezeki yang baik dan mencapai kejayaan secara berterusan.
“Kalau kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menjaga keharmonian, tidak memberi peluang secara terbuka dan tidak mengamalkan dasar-dasar tepat, meskipun kita pintar, rajin dan mempunyai kebolehan untuk berniaga, kita tak mungkin berjaya sepertimana kalau bertepuk tangan kena guna dua tangan baru boleh bunyi,” katanya.
Serentak dengan itu Najib mengajak mereka menerapkan 'semangat kongsi' bukan setakat semasa sambutan perayaan sahaja.
Baginya ia sesuatu yang unik di Malaysia.
“Kita tidak boleh memilih jalan sendiri-sendiri. Kita tidak boleh mengamalkan sikap yang keterlaluan atau ekstrim. Tetapi kalau kita sanggup hidup berkongsi kuasa, kekayaan, cabaran, permasalahan, duduk semeja dan berkongsi buah fikiran, tenaga,dan berkongsi segala-galanya serta bermuafakat, Malaysia pasti menjadi negara berjaya,” tegasnya.
Perdana Menteri berkata amalan perkongsian perlu dikekalkan kerana ia merupakan konsep terbaik untuk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
Beliau berkata konsep tersebut sememangnya telah lama dipraktikkan iaitu menerusi perkongsian kuasa sejak merdeka serta perkongsian kekayaan sehingga membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman makmur.
"Kita juga kongsi raya...kaum lain datang untuk sama-sama sambut Tahun Baharu Cina. Kalau nak capai potensi yang maksimum, maka konsep (berkongsi) yang unik pada Malaysia ini mesti dikekalkan," katanya.
Beliau berkata segala yang dilakukan oleh kerajaan sejak empat tahun lepas termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah bukti perancangan dan fokus yang sistematik dapat mencapai kemajuan.
"Kemajuan tidak boleh dicapai sekelip mata, tidak datang bergolek...Ia bermula dengan perancangan dan peta jalan yang cukup jelas untuk tentukan hala tuju dan masa depan negara," katanya.
Najib juga berkata pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan kejayaan yang besar dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Friday, February 8, 2013

PANAS… ADUN Pas Ladang Mengurut Dengan Isteri Orang



ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.
Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan.
Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida. ikuti pendedahan seterusnya bermula esok.

Friday, February 1, 2013

Ostajah pilih POK NIK.. canggup haramkan ibu bapa yang menyokong UMNO?? Nur dan hidayah ker tu??

Dah jauh sangat dah Si Ostazah Pening ni menyimpang. Sampaikan habis semua orang nak disesatkan jugak. Walhal, dia sendiri yang sesat.

Patut la sebelum ini dia buat tak kisah je bila ibu dia masuk Hospital. Dia sanggup tinggalkan ibu dia yang terlantar di Hospital tu sebab nak pergi berpesta.

Rupanya ada sebab tertentu. Bagi dia, tanggungjawab nak jaga ibu di Hospital tu kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan Politik. Politik lagi penting.

Korang bayangkan la. Punya la dia marah sangat dengan UMNO sampai sanggup dia memurtadkan ibu bapanya sendiri!!! Tak ke macam sial perangai dia tu?

Macam tu punya GAMPANG perangai Si Ostazah Pening ni, masih lagi dia nak kata yang dia dapat hidayah dari Allah S.W.T ke? Masih lagi dia nak kata yang dia tu baik dari orang lain?

Tak pernah lagi wujud dalam mana - mana kitab menyatakan Halal bagi seorang muslim memurtadkan saudara sesama Islam. Apatah lagi anak kepada ibu bapanya sendiri!!!

Dasar manusia tak sedar diri macam ni memang payah dah nak ubah. Bukan setakat mata dia je yang buta. Malah hati dia pun dah tertutup dari nak terima hidayah. buat la kot macam mana pun. Kalau dah SESAT tu SESAT la jugak!!!

 
Biarpun ideologi politik tak sama, ibu tetap ibu dan ayah tetap ayah. Ini dah boleh masuk dalam status anak derhaka beb. Parti politik bukan agama! Ini akibatnya jika ikut tarbiah PAS dan Amanat Haji Hadi.

Abby kena tahu walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Bukan sebab dia UMNO terus nak 'murtadkan' mereka.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. - seterusnya...