Guan Eng perlu nafi tuduhan semasa perbahasan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menepis tuduhan
terhadapnya semasa perbahasan antara beliau dengan Presiden MCA, Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lalu dan bukannya menerusi media selepas
perdebatan itu.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata masa yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak untuk bercakap, namun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menggunakan masa tersebut untuk menolak dakwaan terhadapnya, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan menerusi persidangan dan kenyataan akhbar.
"Tiada pemenang dalam perbahasan itu yang keputusannya adalah terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan. Oleh itu Lim tidak perlu terlalu teruja, kerana perbahasan dilakukan secara adil.
"Perbahasan berkenaan memberi setiap orang ruang untuk membincang isu secara rasional dan memulakan perang mulut selepas itu adalah bertentangan dengan tujuan asal perbahasan," katanya dalam satu kenyataan.
Wee berkata tuduhan Lim bahawa Chua sengaja menyasarnya semasa perbahasan dan susunan dewan perbahasan dilakukan secara tidak adil, adalah menghairankan.
Sementara itu Jabatan Publisti MCA berkata perbahasan tersebut yang bertajuk "Masyarakat Cina di Persimpangan Poltiik: Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa" boleh dilayari di laman web MCA http://www.mca.org.my/, di laman Facebook (http://www.facebook.com/MCAHQ) atau di Youtube http://www.youtube.com/MCAHQ.

No comments:
Post a Comment