Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa
kerajaan Malaysia di bawah pentadbirannya menolak hubungan Malaysia
dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada
Perdana Menterinya, Ehud Barak.
Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan
dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat
Palestin," katanya selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf
Water4Gaza di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang
mengenai sepucuk surat yang diutuskannya apabila menerajui pentadbiran
Malaysia ketika itu kepada Israel.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian. - BERNAMA