Saturday, June 16, 2012

Buruk bona perangai Rais Zainuddin ni - Dah tak relevan lagi

Apa  dia buat dengan bloggers  Big dog.
Tulisan  ini saya jumpa dari sebuah ruang forun yang di tulis pada tahun   Feb 7, 1999
5:55 pm  baca sini kok nak tau apo  saya tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh penulis  tetapi saya menjangka siapa lagi jika yang akan bertanding di DUN Cembung.

Saya tertarik untuk menulis tulisan ini kerana saya telah terlalu banyak mendengar keletah Rais Zainuddin ini yang tidak sedap dan selesa didengar sehingga baru baru ini saya juga terbaca satu artikel ditulis di sebuah laman blog yang mana  ada veteran UMNO yang  mahu menjatuhkan Menteri Besar Negeri  Sembilan dengan niat yang jahat, Tujuan artikel itu disiarkan adalah untuk mengaibkan Menteri Besar dan juba menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar dan berniat jahat.

Usaha ini dkatakan  melibatkan pemimpin  veteran dari Rembau yang tidak lagi menjawat  jawatan pada PRU  12 yang lalu .

Menurut sumber yang saya perolihi , Rais  Zainuddin ini bercita cita tinggi malahan beliau pernah melobikan dirinya  untuk menjadi Menteri Besar sebaik saja selesai Pilihanraya umum. Rais dikatakan baik dengan isteri kepada mantan Perdana Menteri Allahyarhamah Tun Hindun. 

Walaupun Mohamad Haji Hasan dipilih sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu Rais telah dilantik sebagai Exco Pelajaran oleh Menteri Besar sehinggalah beliau di dapati gagal melaksanakan tugas dan tanggungjajwab di amanahkan dan akhirnya ditukar sebagai Exco jabatan yang lain.

Rais  tidak dicalonkan sebagai  calon di DUN Cembung pada tahun 2004 dan tempatnya  digantikan dengan YB Zaiful seorang tokoh muda dari Pemuda UMNO . Zaiful memenangi kerusi Cembung dan dia dikatakan telah menjalankan tugas dengan baik sekali dan tidak mungkin tempat beliau akan diganti oleh Rais Zainuddin semula.

Rais ini juga dikatakan merupakan batu api yang telah melagakan MB Negeri Sembilan dengan seorang pemimpin veteran di Negeri Sembilan,

Thursday, June 7, 2012

Anti DAP : Jangan jadi warga haprak di negeri sendiri

DAP mahukan  PR menang di Negeri Sembilan kerana mereka tahu siapa saja yang dilantik untuk menjadi boneka kepada kemenangan PR akan di Boneka kan kerana DAP yakin hanya DAP sahaja yang akan mendapat mejoriti kerusi yang lebih besar dari PAS dan PKR.

Seperti biasa PAS hanya akan menjadi penumpang dalam Pakatan Rakyat dan PKR akan menjadi pak turut kerana agenda mereka ini hanya mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Hari ini DAP, Anthony Loke membuat baik dengan orang orang Melayu hanya kerana mahukan sokongan orang Melayu untuk menjadikan mereka berkuasa di Negeri Sembilan. Mereka kini hanya menanam tebu di bibir dan manabur bermacam macam janji demi memenangi hati orang Melayu untuk di perangkap.

Anthony Loke menggunakan kaedah bagaimana Lee kwan Yew memujuk orang Melayu Songapore untuk mengundi PAP dahulu. LKY sanggup bersongkok masuk kampung. Jika rakyat Negeri Sembilan masih tidak bangkit dan mempercayai pakatan pembangkang ini, Nasib kita akan menjadi sama lah dengan Melayu Singapore yang tidak terbela dan menjadi warga haprak di negeri sendiri.

Thursday, February 23, 2012

Tun Mahathir akui balas surat, tolak hubungan dengan Israel

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia di bawah pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya, Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
 
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya apabila menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian. - BERNAMA

Guan Eng, DAP suka tikam belakang, PAS buat buta


Datuk Dr Wee Ka Siong

Guan Eng perlu nafi tuduhan semasa perbahasan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menepis tuduhan terhadapnya semasa perbahasan antara beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lalu dan bukannya menerusi media selepas perdebatan itu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata masa yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak untuk bercakap, namun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menggunakan masa tersebut untuk menolak dakwaan terhadapnya, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan menerusi persidangan dan kenyataan akhbar.

"Tiada pemenang dalam perbahasan itu yang keputusannya adalah terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan. Oleh itu Lim tidak perlu terlalu teruja, kerana perbahasan dilakukan secara adil.

"Perbahasan berkenaan memberi setiap orang ruang untuk membincang isu secara rasional dan memulakan perang mulut selepas itu adalah bertentangan dengan tujuan asal perbahasan," katanya dalam satu kenyataan.

Wee berkata tuduhan Lim bahawa Chua sengaja menyasarnya semasa perbahasan dan susunan dewan perbahasan dilakukan secara tidak adil, adalah menghairankan.

Sementara itu Jabatan Publisti MCA berkata perbahasan tersebut yang bertajuk "Masyarakat Cina di Persimpangan Poltiik: Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa" boleh dilayari di laman web MCA http://www.mca.org.my/, di laman Facebook (http://www.facebook.com/MCAHQ) atau di Youtube http://www.youtube.com/MCAHQ.


Thursday, January 12, 2012

Terlajak Perahu boleh di undur, terlajak kata??? Seperti anjing menyalak bukit lah..


Petikan yang di ambil dalam entri terkini Aspan Alias
Di antara manusia dan haiwan juga ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan lain. Tiada haiwan tiada manusia dan makhluk yang lain. Di antara yang hidup seperti manusia dan pokok serta hutan belantara ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kita memerlukan juga perkara-perkara yang tidak bernyawa seperti batu dan bata-bata serta yang lain-lain untuk kehidupan kita.

Itu lah sebabnya kita perlu dan mesti mengenali dengan dekat dan baik di antara kita manusia yang di jadikan Tuhan dengan berbagai rupa dan bangsa serta agama dan budaya ini. Kalau kita tinjau dalam kontek negara kita ini, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama, adat resam dan cara hidup seharian ini, kerjasama di antara semua ini adalah wajib dan mandatori Ini seruan Tuhan kita dan tuhan-tuhan agama lain juga.

Nota : KA tidak pernah ada tuhan melainkan Allah. Patutlah Aspan Alias memilih multi racial kerana kehidupannya penuh dengan tuhan-tuhan alam.. Siapa lagi kalau bukan DAP!!!!

Petikan entri berikutnyadi temui di sini

Marah betul Aspan: katanya di laman malaysianinsider :

Siapa yang kena “reject” ini? Kalau Umno kena “reject” tentulah ada sebabnya. Orang seperti saya bukan suka-suka hendak “reject” Umno tetapi oleh kerana keadaan yang membuatkan Umno itu terpaksa di “reject”. Saya perhatikan pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya yang membela membabi buta ini hanya mahu mendengar apa yang mereka hendak dengar sahaja.
Sumber : Klik sini

Nota : Siapa yang mereject UMNO??? 
a. Aspan Alias
b. Tengku Razaleigh Hamzah
c. Anwar Ibrahim
d. Nik Aziz Nik Mat
e. Kesemua di atas

Bukan kah ke semua nama yang di sebutkan di atas tidak memperoleh apa yang mereka kehendak di dalam UMNO???

Di sebabkan tidak memperoleh apa-apa di dalam UMNO, adakah segala-galanya berpunca dari UMNO??

Apa rakyat tidak berfikir ke segala tindak tanduk mereka?? Rakyat tidak bodoh..

Nota : KA tidak gentar!!!!

Tuesday, December 27, 2011

CheguBard ditahan Polis lagi...

Semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter yang menggunakan nama AMK_Rembau. Laman Twitter berkenaan didapati membuat komen yang didakwa menghina DYMM YDP Agong.

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana beliau dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau.
Julai lalu, sebuah NGO telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama ‘AMK Rembau’, kononnya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Ketua AMK Rembau iaitu Md Sani Mohd Shah didalam satu kenyataan akhbar dengan mendakwa akaun tersebut bukan milik pemimpin PKR tersebut.(BACA SINI)
CheguBard juga menafikan dia adalah pemilik akaun laman sosial berkenaan. Katanya, akaun twitter AMK_Rembau muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan namanya yang bertanding jawatan Ketua AMK.
Setelah keterangan diambil, chegubard dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.
Pihak polis telah merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.
Sumber: MPP

Thursday, September 1, 2011

MAT SABU JADI ‘BEBAN’ PAKATAN RAKYAT




Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
Dah tak tentu arah geng pakatan rakyat ni……..sama sejenis jer mereka ni….wayang lebih…..
‘TERLAJAK KATA MEMBAWA BINASA ‘  cakap kalau tak pakai otak inilah jadinya…..
JANGAN PERMAINKAN SENSITIVITI ORANG MALAYU !!!   APATAH LAGI PEJUANG NEGARA !!!
BURUK PADAHNYA !!!!