Saturday, July 30, 2011

‘BN tak boleh tergelincir’




Datuk Seri Najib Razak mengingatkan komponen Barisan Nasional (BN) bahawa parti itu tidak boleh tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya iaitu membantu menyelesaikan masalah rakyat jika parti itu mahu menjadi pilihan utama rakyat.

Perdana Menteri berkata, dalam persekitaran politik baru, BN perlu menjadi parti yang diyakini mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah rakyat supaya dapat menutup peluang pihak lain melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama daripada pihak pembangkang, BN adalah sebuah parti yang tetap utuh dan tidak goyah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

“Mereka (pembangkang) boleh buat apa saja tapi kita tidak akan lari daripada tanggungjawab membela nasib rakyat Malaysia. Apa yang penting kita amat serius dan komited.

“Daripada (isu) rumah, harga ayam dan keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkannya demi kepentingan rakyat. Sebab itu BN, kalau kita tidak tergelincir daripada landasan ini, kita akan tetap menjadi pilihan rakyat,” katanya.

Najib berkata, di bawah Model Politik Baru, badan politik termasuk sayap dalam BN perlu mengambil inisiatif mengadakan program yang dapat mendekati rakyat..

“Dengan cara itu kita akan mendekatkan parti kita dengan rakyat, rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain. Rakyat boleh harapkan bahawa BN sebagai satu parti yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

“Inilah yang saya maksudkan Model Politik Baru, kita boleh melakukan apa saja asalkan hasilnya, rakyat dapat merasakan khidmat bakti kita untuk terus membela untung nasib rakyat,” katanya.
http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=tf&c=19&mc=imp&pli=2801320&PluID=0&ord=434959&rtu=-1
PM dah cakap, fahamilah hasrat Model Politik Baru ini, dan kepada pemimpin akar umbi,,,,,,
Tanyalah diri peranan yang harus dilakukan,,,,,,,,,,,,,,,!!!

No comments:

Post a Comment