Thursday, January 2, 2014

Selepas Khalid Samad, Mujahid Pula Nak Jadi “Hero Kristian” Di Selangor?

bishop2

Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad “berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…

Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…

Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.

Tiba-tiba, Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu. “Sebijik” macam Khalid Samad..!

Kata Mujahid, JAIS bertindak kasar dalam “serbuan” itu dan dia mahu Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana badan agama Islam seperti JAIS dari melakukan serbuan atau menguatkuasakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri. Kononnya tindakan itu mampu mengeruhkan hubungan antara agama…

Meloyakan, wakil rakyat Parit Buntar itu mengungkit kisah lama serbuan di gereja sebelum ini dan menganggap JAIS tidak punya sebarang bukti dalam kes yang menyaksikan Hasan Ali dipecat dari PAS!

Saya tertanya-tanya, apa halnya orang Parit Buntar datang sebok-sebok ke negeri orang? Sudah tiada kerja lagikah di Parit Buntar? Semuanya sempurna di sana?

Mujahid tahu tak bahawa hal ehwal agama Isla dalam sesebuah negeri itu semuanya tertakluk di bawah bidang kuasa DYMM Sultan? Masih ingat dulu kes JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama? DYMM Sultan Selangor sendiri yang mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.
bukti jais dumc
Suka diingatkan pada wakil rakyat dari Perak itu, DYMM Sultan Selangor menegaskan titahnya bahawa terdapat sedikit bukti yang menyokong dakwaan JAIS berkenaan gereja tersebut yang cuba memurtadkan umat Islam di Selangor. Namun titah baginda Tuanku, bukti tersebut tidak cukup untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah.

jais dumc
Lebih penting lagi, Mujahid sebagai orang luar perlu tahu bahawa Pengarah JAIS telah menghantar surat kepada seluruh gereja di Selangor memperingatkan supaya mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah “Allah”.

Untuk pengetahuan Mujahid, Enakmen 1988 itu menyentuh tentang “Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”. Faham?

Jadi, salahkah JAIS masuk memeriksa premis Persatuan Bible Malaysia semalam? Cara kasar? Ada pegawai JAIS tumbuk pegawai persatuan kesayangan Mujahid itu, kah? Pegawai JAIS ada bawa pisau rambo atau parang panjang? Pegawai JAIS ada hina, caci cerca pegawai persatuan Kristian itu?

Untuk pengetahuan Mujahid, difahamkan bahawa kira-kira 20 penguatkuasa JAIS itu perlu menunggu beberapa lama setelah permintaan mereka untuk diizinkan masuk melakukan rutin pemeriksaan ditolak mentah-mentah oleh salah seorang pegawai yang ditahan itu.

Penguatkuasa-penguatkuasa JAIS itu hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis persatuan itu setelah seorang lagi pegawai persatuan (dipercayai lebih tinggi jawatannya dari pegawai yang tidak benarkan JAIS masuk) datang ke premis tersebut. Setelah diperiksa, barulah 321 naskhah Bible itu dirampas.

Saya nak tanya, kalaulah Bible itu menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri, apakah JAIS akan merampas naskhah-naskhah itu? Agak-agaklah sikit kalau nak pertikai tindakan orang. Biarlah logik, adil dan ikhlas!

Paling meloyakan anak tekak, Mujahid mendakwa tindakan JAIS itu bermotifkan politik. Politik apanya? Siapa Exco Agama di Selangor sekarang? Guan Eng atau Kit Siang? Khalid Samad atau Rani? Khalid Ibrahim atau Azmin? Yang pastinya, Exco Agama di Selangor sekarang bukan dari BN, kan?

Jadi apa maksud Mujahid bahawa rampasan itu bermotif politik? Pakatan Haram di Selangor sedang bergaduh sakan, kah? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor lagi? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor, Sallehan Mukhyi?

Setahu saya, Putrajaya tidak punya hak untuk menahan penguatkuasa Kerajaan Negeri dari mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri tersebut. Semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal ehwal Islam diketuai sepenuhnya oleh DYMM Sultan.

Jadi, apa hal pula Mujahid nak kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini? Kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadibiran di Selangor, rasanya berdemo sakan berguling-guling lagi puak-puak Pakatan Haram!

Saya menyarankan agar Mujahid balik saja ke Parit Buntar dan laksanakan amanah yang dia peroleh dari rakyat di parlimen itu. Tak payahlah nak jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun koyak rabak sampai menampakan celana “kecil” di dalam. Biarlah Exco Selangor selesaikan perkara itu. Kalau dia gagal, dia boleh rujuk pada DYMM Sultan Selangor.

Mujahid tak payah menyebok nak jadi “hero Kristian” di Selangor. Biar Khalid Samad seorang sudahlah…

Wednesday, January 1, 2014

PANASS!! Cerita Pelik Sembahyang Orang Syiah yang Patut Kita Tahu!!


Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid'ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:




Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah "berdusta dan berbohong". Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.



Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.

Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.



Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I'tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)



Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah " SABURJIAN " sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain " Daily Teleghraph ".


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu'alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com