Penganalisis: PRU13 diramal Disember 2013
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.
“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.
“Tambahan pula, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.
"Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun depan kerana ia agak berisiko.
“Rakyat mungkin akan berubah fikiran dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.
“Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.
Menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan seluruh negara, dilihat bertambah selepas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Namun apabila berlaku demonstrasi Bersih baru-baru ini, sokongan itu dilihat agak menurun, khususnya kalangan masyarakat bukan Melayu. Sebaliknya sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu tidak banyak berubah.
“Justeru, dalam masa yang singkat ini, kerajaan perlu meraih kembali sokongan daripada pengundi bukan Melayu,” katanya.
p/s : Andaian dari pihak yang tak sabar-sabar nak menunggu bila tarikh PRU13 mengalahkan orang berpuasa setahun.. anak bulan tak nampak-nampak.
KA kata, kita sabar ajarlah bila masa akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
KA kata, beliau adalah orang yang layak berkata bilakah tarikh PRU13. Kalau KA hitung-hitung ramalan dan andaian pihak Pakatan Rakyat, lebih 13 kali mereka bermain dengan teka teki bilakah PRU13 nih. Mungkin KA terlupa, mereka ada bulan. Itu yang selalu nampak anak bulan bila andaian PRU13.
KA kata, mungkin agak relevan jika PRU13 ditentukan pada 13 Disember 2013. Kerana tarikh tersebut memang cantik.
Apa pun, sabarlah.. PRU13 pastinya sebelum 08 April 2013. Andai PM tentukan pembubaran parlimen dan DUN pada 07 April 2013, jam 1159malam pun apa salahnya.. Masih tidak melanggar perlembagaan dan etika Suruhanjaya Pilihanraya.. Kenapa?? Dah bersedia gulung tikar??