Thursday, January 31, 2013

Kisah Orang Tua Tunggu Tun Dr. Mahathir

 
Di satu peristiwa di mana orang ramai sedang menuggu ketibaan Tun Mahathir untuk satu upacara anjuran PERKASA di dewan Kg Datuk Keramat AU hampir setahun lalu, saya juga turut berdiri bersama bersama mereka menunggu saat ketibaan Tun itu.

Sambil menunggu saya sempat memerhati kan seorang tua yang turut setia bersama menunggu di luar pagar dewan itu.

Apa yang menarik perhatian saya ia lah cara dia berpakaian , tidak tumpah seperti orang orang PAS dgn jubah dan serban belang putih dan hijau nya.

Dia juga seolah olah perasan saya memerhati kan nya.Entah macam mana dalam berpusu pusu dengan ramai nya orang yang datang bersama rombongan bas tiba tiba saya sudah berada berdiri sebelah nya di bawah sepohon pokok.

Lantas saya bertanya "Pak cik pun tunggu Tun ke?", jawpannya "Ia lah nak ooi. Nak tunggu sapa lagi " jawap pakcik tu dengan pelat Kedah dia. 

Kemudian dia sambung cerita seolah olah tahu saya semacam musykil dengan perwatakn PAS nya itu dan terus dia berkata "Pak cik ni umuq dah dekat 70 dah, dah undi dekat 5 ka 6 kali tak ingat.

"Pak cik ni mola dulu tak dak undi sapa dah , undi PAS saja, kambing pakai serban pun pak cik tak soai terus undi PAS." saya tergelak dan dia masih terus serius. Lalu saya bertanya "abih skang macam mana pak cik?"

Dengan cemek muka dia sambung "La ni dah 3 kali dah pak cik undi amno dah tak dak sapa lagi dah, kambing wakil umno pun pak cik pangkah umno jugak" saya pun gelak.

"Kenapa bole tuka pak cik sbb org sokong PAS ni hati dia rendam dlm neraka 3 kali pun hancuk dia PAS jugak?" saya seloroh.

"Cam ni la nak, pak cik tak tau la apa PAS dah buat kat pak cik tapi pakcik undi jugak sebab depa kata PAS ni Islam. La ni kita orang kampung nak caya sapa lagi kalau bukan imam, toi dak?" kata nya lagi.

Saya angguk. "satu hari di mekah, la ni duit sapa lagi kalau bukan anak pak cik, dia kerja baguih di Kl ni, pak cik kat mekah tengah berebut nak masuk dalam masjid.

Orang kulit itam la ni badan besaq tolak pak cik sana sini dah la pak cik badan katun ja kecik, rasa nak mati pun ada, dalam rhimaih tu. 

"Tiba - tiba askaq arab tu tunjuk kat pak cik, tapi dia macam tunjuk kat beg kecik yang pak cik sandang, pak cik pun tgk la kat beg pak cik. Tak sedaq ada bendera Malaysia. 

"Askaq tu jerit - "Mahathir Mahathir" dan sorang askaq lagi tarik pak cik kasi laluan, pak cik pun lepaih, dan bawak pakcik masuk. 

Lepas solat tu pak cik duduk mengadap kaabah tiba - tiba lintaih dalam pale pak cik "Mahathir Mahathir" sedang dia patut jerit "Malaysia Malaysia".

"Terus pak cik pikiaq. 2 anak laki laki pak cik kerja syarikat madiaq cipta, anak pak cik lgi sorang pi universiti islam madiaq cipta.

"La ni pakcik duk sokong ntah sapa nama tak da apa apa buat kat pak cik pun, di tempat suci pak cik terbuka hati , la ni tuhan nak tunjuk kot sapa yg ada jasa sapa yg tak dak"

Ps: Hah! Apa lagi? Korang pikir la sendiri!!!

Tuesday, December 25, 2012

RM1.05 bilion untuk air Kelantan


KOTA BHARU - Tak tahulah apa lagi kepala-kepala Pas akan auta selepas ini sebabnya hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dedahkan jumlah peruntukkan yang diberikan kepada Kelantan sejak 12 tahun dulu untuk selesaikan masalah air Kelantan.

Peruntukkan tersebut diberikan dalam dua bentuk, geran dan pinjaman mudah sebanyak RM597 juta tanpa sebarang faedah.

Geran disalurkan melalui jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang kemudiannya akan bekerjasama dengan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd untuk pelaksanaannya. Sebagai contoh pembinaan loji baru, pemasangan paip dan sebagainya. Setelah siap projek ini, ia akan diserahkan kepada AKSB secara percuma dan AKSB yang dapat hasilnya.

Berikut adalah pecahan geran yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air di negeri ini :

1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
i) Bekalan air - RM265 juta.
ii) Menaik taraf loji - RM81.5 juta

2. Jabatan Kesihatan
Program Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling  (Bakas) - RM53.4 juta.

3. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) - RM36.2 juta.
4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Pembinaan dua loji di Gua Musang dan Pasir Puteh - RM22 juta

5. Peruntukkan Khas Timbalan Perdana Menteri - RM2.5 juta.

Fakta ini disembunyikan oleh Pas. Sebenarnya pemimpin Pas tahu negeri ini menerima peruntukkan yang sama dengan negeri-negeri lain malah lebih banyak.

Sudahlah belasah duit AKSB, puak-puak Pas pusing cerita pula salahkan Barisan Nasional (BN) pula. Sebenarnya mangkuk-mangkuk Pas ini tidak tahu mengurus, bercakap sahaja Islam tapi kebas duit untuk perut sendiri. Roh perut lagi besar dari roh Islam.   -  

Usah Terperangkap Ajakan Pembangkang Buat Eksperimen Untuk PRU 13


BEAUFORT –  Usah terperangkap dengan ajakan pembangkang yang meminta agar eksprimen dibuat pada pilihan raya nanti.

Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui selepas majlis berkhatan beramai-ramai peringkat DUN Lumadan di dewan Kampung Lumadan dekat sini.

Majlis anjuran UMNO Sipitang turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Setiausaha UMNO Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita UMNO Sipitang Datuk Surinam sadikun dan Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujairto serta AJK UMNO Sipitang serta seramai 80 orang pesrta berkhatan di majlis tersebut.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata ajakan pembangkang itu merupakan perangkap kepada rakyat kerana ia boleh menyebabkan rakyat kehilangan dengan apa yang dinikmati ketika ini.

Menurutnya rakyat ketika ini telah menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran dan semuanya adalah hasil daripada usaha serta perjuangan Barisan Nasional (BN).

“Berdasarkan kepada rekod BN telah memperlihatkan kecemerlangan dan rakyat tidak perlu untuk melakukan eksprimen,” katanya lagi.

Katanya rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dengan membuat penilaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh BN.

Menurutnya jika dibandingkan BN dengan pembangkang, ternyata BN lebih sukses kerana perjuangan BN mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat berbanding  pembangkang yang perjuangannya untuk diri sendiri dan individu tertentu.

“Jangan kita musnahkan masa depan diri dan juga generasi akan datang…rakyat telah memiliki kerajaan yang terbaik iaitu Kerajaan BN dan ia tidak memerlukan rakyat untuk melakukan eksperimen,” katanya lagi.

Sebelum itu pada majlis tersebut Sapawi melahirkan rasa bangga dengan semangat kerjasama dan persefahaman yang diperlihatkan oleh penduduk kampung tersebut.

Katanya semangat kerjasama dan persefahaman itu hendaklah diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Nilai murni ini perlu dikembangkan dan biar ianya diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya lagi.

Friday, November 23, 2012

Tahniah : Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menerima Ijazah Doktor Falsafah(Kehormat) dari USIM


NILAI, 23 Nov – Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aisyah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor Universiti berangkat mencemar duli ke Majlis Konvokesyen yang ke-10 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai, pagi tadi. Sumber http://n9kini.com/mbns-menerima-ijazah-doktor-falsafahkehormat/

Thursday, November 15, 2012

GAMBAR : Pakatan Rakyat tunjuk kemewahan lagi...


Bermula episod kemewahan yang di tunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat kepada umum.
BAS MEWAH, memulakan kisah sikap takbur dan bongkak pemimpin pembangkang..

HEBAT
mewah lagi bergaya

Memudahkan untuk berceramah menabur fitnah...
''Kerajaan PR Kerajaan miskin. PR sanggup hidup susah bersama RAKYAT"
SUSAH??????

NAH.....
Satu demi satu kemewahan kerajaan PR didedahkan.
Kini jet peribadi pula

sehinga menjadi pertikaian ahli sendiri

Dan yang TERBARU

Kemewahan anak beranak pula dipertontonkan...

MEWAH, tidak seperti yang diperkatakan dalam            

ceramah...
Dalam ceramah mereka hanya kutuk  kerajaan BN, cakap BN rasuah, cakap BN rompak duit rakyat..
HAKIKATNYA...
pemimpin PR hidup mewah....!


PERSOALAN...
Untuk apa kemewahan ini ditunjukkan?
Dana mana yang digunakan untuk membeli segala kemewahan itu?
Kenapa 'dana' itu memberi kepada pemimpin PR ini terutamanya Anwar Ibrahim dan PKR?
Apa 'permintaan' 'si pemberi 'dana' itu?
Apa imbuhannya? 

Tuesday, November 13, 2012

Polis soalsiasat penganjur forum berkaitan surat pembaca


Pihak polis hari ini menyoalsiasat penganjur bersama forum di mana Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar didakwa telah berkata orang Melayu perlu diberi kebebasan beragama, demikian menurut peguam hak asasi manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Ia berkaitan surat yang ditulis oleh pembaca Malaysiakini, Steve Oh berkaitan kenyataan Nurul itu, yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan berkaitan dengan "menuturkan kata-kata... dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan keagamaan seseorang".

Fadiah berkata pegawai penyiasat ASP Nadzri Harun menyoalsiasat anak guamnya, Ehsan Shahwahid, dari pukul 11 pagi hingga tengah hari mengenai forum tersebut, mengenai penganjur dan pesertanya, apa yang dikatakan semasa forum tersebut, dan mengapa ia diadakan di sebuah gereja.

Bagaimanapun, katanya, Ehsan, yang merupakan pegawai eksekutif NGO Islamic Renaissance Front (IRF) tidak menjawab soalan kerana maklumat mengenainya boleh diperolehi secara terbuka, bahawa tiada apa-apa jua yang telah dinafikan, dan tidak ada asas yang jelas untuk bertanyakan soalan berkenaan.

Apabila dinyatakan demikian, Fadiah berkata Nadzri menjawab bahawa pihaknya perlu tahu daripada peserta Melayu yang menghadiri forum itu... kerana Melayu adalah Islam dan Steve Oh telah menyinggung agama Islam. 

Fadiah berkata beliau kemudian menegaskan bahawa beliau telah menghadiri forum itu tetapi tidak berasa tersinggung, dan berikutan itu, Nadzri mahu merakam kenyataannya juga. Fadiah enggan, dengan menegaskan bahawa tujuannya adalah hanya untuk menemani Ehsan.

Apabila ditanya mengapa beliau mahukan kenyataan daripada orang Melayu dan apa salahnya mereka menghadiri forum tersebut, Fadiah mendakwa bahawa Nadzri menjawab, "Kerana orang Melayu adalah Islam, kita di sini untuk melindungi agama tersebut."

Fadiah mendakwa bahawa Nadzri mengulangi kenyataan yang serupa sepanjang soalsiasat tersebut, termasuk apabila diberitahu yang Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah berkata polis "hanya membantu" siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kenyataan Nurul itu.

Beliau juga mendakwa bahawa Nadzri berkata bahawa polis "hanya menyiasat" dan tidak merancang untuk membuat dakwaan.

Monday, November 12, 2012

Teknologi membran tak sesuai di rumah (Berita Harian)


Teknologi membran yang disaran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penaisan air sisa untuk kegunaan industri.

Pakar pengurusan air, Dr. Ahmad Zaharudin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakkannya diguna secara mudah alih dan sering digunakan industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

"Membran juga boleh digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air ia sebahagian dari air sisa," katanya. Beliau berkata kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam indusrti atau operasi kilang.

"Selalunya bagi operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan banyak air memprosesnya kembali dan diguna pakai semula dalam kilang itu," katanya.

Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan berkata, kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran ialah sistem memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan.

"Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah mencukupi untuk diproses menjadi air bersih? Itu adalah pertanyaan yang cukup besar," katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan selangor bahawa negeri itu mempunya sumber air mentah yang mencukupi, Ahmad Zaharuddin berkata ramai yang salah sangka berhubung isu itu kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia.

"Tetapi pernahkah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?" tanya beliau.

Katanya walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.

Dalam temu bual menerusi rancangan Soal Jawab yang disiarkan TV3 baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Marzuki Mohammad, berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan air konvensional, iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.

Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah.