Wednesday, October 31, 2012

Langit Tidak selalu cerah - Lepas isu LRT tidak laku kini Tok Mat tempelak Rafizi !!



AMAT menakjubkan bila pendedahan Rafizi Ramli  mengenai projek LRT bagi laluan Ampang bernilai lebih RM 1 billion yang mengaitkan Perdana Menteri, tidak mendapat sambutan.

Sedangkan kalau nak diikutkan dari nilai, jumlah ini jauh lebih besar dari pinjaman RM 250 juta yang diluluskan kerajaan kepada NFC yang menjadi modal besar Rafizi untuk meyakinkan rakyat supaya memilihnya dalam pilihanraya umum akan datang di Parlimen Pandan.

Statistik menunjukkan isu ini kurang dibincangkan di facebook, Twitter dan blog-blog, malah kalau tanya orang kampung, depa just don’t care and don’t bother to know.

Ini perkembangan yang menarik kerana kepimpinan tinggi Pakatan haram dan PKR berharap sangat Rafizi dikenali dengan imej scandal buster, tapi kurangnya atau hampir tidak ada sambutan ke atas isu besar yang dibawanya kali ini benar-benar mengecewakan mereka agaknya.

Antara sebab yang penulis dapat simpulkan kenapa pembohongan Rafizi yang ini gagal ialah pertama, Rafizi sudah banyak menipu rakyat, dalam soal NFC yang dibangga-banggakan sangat olehnya itupun, sudah terbongkar yang Rafizi menipu rakyat kerana Datuk Seri Shahrizat didapati SPRM sendiri sebagai tidak terlibat.

Begitu juga halnya tindakan Rafizi memperalatkan kerani Public Bank untuk mendapatkan dokumen kewangan NFC secara salah, jelas tidak disenangi rakyat.

Kedua, sebabnya syarikat George Kent dari England yang dikatakan kroni Perdana Menteri itu, tidak dapat dipastikan setakat mana kroninya.  Malah sehingga sekarang tidak dinamakan pun kroni yang mana satunya.

Berbeza dengan pelbagai tuduhan kronisme yang lain, biasanya ada nama, pelik yang ini tidak ada nama yang disebutkan.

Ini belum lagi disebutkan kenyataan Prasarana Negara Berhad yang mengesahkan kontrak berkenaan belum diserahkan kepada sesiapa seperti di dakwa Rafizi yang bergantung kepada laporan dariBusiness Times.  Sejak bila akhbar ganti Prasarana pun kita tidak tahu.
Dek kurangnya bukti kukuh inilah agaknya yang memaksa Rafizi sendiri membuat laporan polis.  Dalam kes NFC yang buat laporan kepada SPRM ialah Jingaa 13, sebuah AGO (Anti Government Organisation), bukan NGO, yang dimiliki oleh PKR sendiri.

Bercakap tentang laporan polis ini pun Rafizi masih cuba mencipta gempar, konon tidak buat laporan kepada SPRM kerana tidak percayakan agensi itu.  Yang Rafizi terlupa, siapa peduli?  Kalau polis rasa kes itu kes SPRM, fail kes berkenaan tetap akan diserahkan kepada agensi anti rasuah tersebut, tidak kira Rafizi suka atau tidak.

Apa sekalipun, semua ini hanya membuktikan bahawa sinar Rafizi semakin pudar dalam senario politik negara.  

Kerana Kegagalan ini Rafizi cuba untuk mempengaruhi orang kampung dengan meng war warkan kononnya akan membongkar isu penyelewengan besar Menteri Besar Negeri Sembilan dalam masa dua minggu lagi dan hebohlah akhbar pembangkang Keadilan dan PAS cuba menjadikan ini sebagai isu panas.

Malangnya rakyat Negeri Sembilan buat tidak tahu. Persoalan mereka begitu mudah , kenapa dua minggu ?? Siapa tidak kenal Rafizi jika ada senjata di tangan , tidak sempat pagi akan diluahkan.

Untuk menutup malu , setelah lebih dua minggu , dan tidak ada sebarang respons dari rakyat , Rafizi telah membuat ceramah kononnya  mahu mendedahkan  penyelewengan Menteri Besar di Paroi. Ceramah ini juga tidak mendapat sambutan.

Tidak sampai pun 150 orang yang hadir dan seperti biasa Rafizi hanya berbual kososng. Lagi sekali persoalan rakyat , kenapa mendedahan hanya di ceramah kecil ????. Memang dasar bapak penipu. Rafizi sebenarnya memancing mencari bahan untuk menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar yang kuat bekerja dan sentiasa turun padang di Negeri Sembilan.

Rafizi mencuba sekali lagi , kononnya Menteri Besar menyeleweng dan menerokai tanha di Negeri Sembilan secara haram. Kali ini nasib Rafizi juga tidak baik apabila Menteri Besar menjelaskan kedudukan sebenar.sila baca ini.klik sini (Hutan simpan milik kerajaan Negeri)

 tepakbersulam mengulas pembohongan Rafizi Ramli.

Lagi cerita openasihat kewangan yang berotak lembu dari laman web lain : sila baca dan klik sini  Rafizi Huru Hara nak cover malu.


Anwar Naik Angin 'Ditembak' KJ


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).

Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.

"Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?

"Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya.

-Utusan

Tuesday, October 30, 2012

Khalid Jual Aset Selangor untuk kepentingan diri?!!



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditanya wartawan semalam dalam satu sidang akhbar samada dia akan menjual 5 aset kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) .Ditengah kontroversi dan tuduhan kerajaan PKR Selangor berhasrat untuk menjual lima bangunan kepunyaan PKNS untuk menjana dana untuk pilihanraya umum, Khalid tidak berupaya untuk menafikan tuduhan tersebut. 

Kalau dilihat setiap kali dia terjerat dengan isu-isu seperti Talam, air, pasir, dan lain-lain, dia sering akan berikan kenyataan putarbelit, tipu, dan alih pandang untuk membalikkan serangan. Kadangkala dia akan nafikan jika dia yakin salahlaku yang terkantol itu yakin ditutup.Ada masa pula dia akan beri kenyataan yang dilihat agak bodoh untuk tujuan tidak menghiraukan langsung isu yang ditimbulkan terhadapnya.Tidak pernah Khalid akan jawab samada aset ini akan dijual di masa akan datang dengan jawapan sepertimana dilaporkan Sinar Harian hari ini sebagai “bergantung kepada pada masa akan datang.” 

Jawapan itu diberi ketika menjawab soalan samada pemindahan lima aset terlibat – SACC Mall, Menara PKNS Petaling Jaya, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan Wimsa Yakin Kuala Lumpur yang semua bernilai RM321 juta – ke dalam satu anak syarikat milik PKNS bukan langkah awal untuk menjual.Walaupun Khalid ada menafikan aset ini bukan dijual tetapi hanya pemindahan kepada sebuah anak syarikat PKNS, oleh kerana dia tidak berani menafikan samada ini adalah langkah awal sebelu dijual, ini bermakna memang ada hasrat dan rancangan untuk menjual aset. 

Khalid boleh menipu dengan menafikan ini pun bukan untuk jual, tetapi sebagai orang korporat yang sudah memang ada rancangan sedemikian dan perkara jualan ini pun dah berlegar-legar dalam kepala, dia tidak tergamak menipu kerana menyedari kata-kata ini akan digunakan sebagai bahan kempen dalam masa terdekat dan dimasa rakyat masih mengingati penafiannya. 

Sudahlah senarai pembohongan dan tipu daya dalam kenyataan-kenyataannya yang lepas panjang berhurai. Seberapa boleh, dia pasti  tidak mahu pembohongan itu jadi berita ‘front page’.Ini akan menjejaskan dua kerusi yang ditandingi PKR kerana Khalid bertegas mahu satu kerusi Parlimen sebagai insurans selain kerusi ahli Dengan Undangan Negeri yang dikhuatirinya akan kalah.  

Disamping itu, keperluan dana PRU untuk PKR melalui jualan aset kerajaan Selangor yang membolehkan permintaan Khalid dilayani.Khalid sedar bahawa bukan mudah untuk dia menutup pemerhati dan penganalisa hartanah dan perniagaan yang boleh menghidu transaksi penjualan oleh PKNS ada kaitan dengan pengumpulan dana pilihanraya. Sumber : Sel13 

Sunday, October 28, 2012

Pakatan Pembangkang Tin Kosong Penuh Retorik!



Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya. 

Monday, October 22, 2012

BN tunai amanah rakyat: Najib



Datuk Seri Najib Razak menegaskan BN tidak membohongi rakyat, malah sentiasa ikhlas dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan sejak mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum pada 1959. Perdana Menteri berkata, sifat memungkiri janji apabila berjanji, berbohong apabila bercakap dan tidak menunaikan amanah apabila diberikan kepercayaan tidak ada pada BN, sebaliknya setiap janji ditunaikan. 
Berikutan itu, BN yakin akan terus mendapat kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana tidak mempraktikkan tiga sifat munafik yang dimurkai Allah SWT.

Hadis Rasulullah SAW menyatakan bahawa ada tiga ciri orang munafik, iaitu apabila bercakap, dia bohong... apabila berjanji, dia memungkiri janji dan apabila diberikan amanah, dia tidak ikhlas memikul amanah itu.

Oleh itu, kita menggunakan slogan Janji Ditepati kerana apabila bercakap, kita bercakap benar, tidak memungkiri janji dan menunaikan amanah rakyat. 

Saya beri jaminan, setiap ayat kita kepada rakyat, berdasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita berjanji tetapi tidak ditunaikan, Allah akan melaknati kita, rakyat hukum kita, katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD), peringkat Sabah di Pusat Sukan Kudat di sini, semalam. 
Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin Persekutuan serta negeri. Ia dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung, terutama masyarakat dari daerah ini, Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu dan Kota Belud.

Sehubungan itu, Najib berkata, rakyat tidak harus meletakkan harapan kepada pembangkang untuk meneruskan agenda pembangunan negara kerana pembangkang hanya mampu berjanji tetapi tidak menunaikannya.

Saya faham tuan-tuan mengharapkan sesuatu daripada lawatan saya ini. Tuan-tuan tidak boleh meletakkan pengharapan kepada orang lain. Betul atau tidak? katanya sambil disambut laungan betul oleh hadirin.

Najib juga menegaskan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2008, beliau sentiasa memberi penekanan kepada pemimpin BN supaya mendengar denyut nadi rakyat dan membuat penilaian aspirasi rakyat serta berusaha mengatasi masalah mereka. 

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, melalui keseluruhan peruntukan RM2.89 bilion kepada Sabah yang dibentangkan dalam Bajet 2013, negeri itu bakal menikmati pembangunan berterusan dalam pelbagai sektor.

Sunday, October 21, 2012

Najib ucap tahniah kepada Zulfahmi, Chong Wei



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba negara Zulfahmi Khairuddin atas kejayaannya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam.

"Satu lagi sejarah tercatat! Tahniah Saudara Zulfahmi kerana memenangi tempat kedua di Malaysian Motorcycle Grand Prix. 'Podium finish' kita yang pertama. Syabas!" katanya di laman Twitter malam tadi. Zulfahmi dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencatat masa 40 minit 54.151 saat di belakang pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang mencatat masa terpantas 40'54.123s.
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Terbuka Denmark lewat malam tadi.

"Saya dan isteri bercakap dengan Lee Chong Wei malam tadi. Kami mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Lahir kepadanya," kata beliau.

Kejayaan Chong Wei menewaskan pemain China Du Pengyu dengan keputusan 15-21, 21-12, 21-19 dianggap sebagai hadiah hari jadi ke-30 pemain nombor satu dunia itu, semalam. - BERNAMA

Thursday, October 18, 2012

Najib: Agenda BN Lebih Baik Berbanding Pembangkang



Agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .

Perdana Menteri berkata pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak 50 tahun.

"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa 'kemanusiaan' dan 'tawadduk' untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya ketika berucap di hadapan hampir 10,000 masyarakat pelbagai lapisan pada program Sepagi Bersama Perdana Menteri di Arena Square di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama.

"Zaman berubah. Dulu 'stail' lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian 'bush jacket', sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal. Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya.

Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat.

"Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.

Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat 'inklusif' dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat.

Beliau turut menolak dakwaan yang ia 'belanjawan pilihan raya' kerana jika benar sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.

Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat.

"Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.

Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat 'inklusif' dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat.

Beliau turut menolak dakwaan yang ia 'belanjawan pilihan raya' kerana jika benar sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.

"Sebab itulah bajet kita adalah bajet yang bertanggungjawab. Tidak ada satu pun penganalisis antarabangsa dan dalam negara mengatakan bajet kita tidak ada kreadibiliti dan tidak bertanggungjawab.

"Namun banyak yang mempertikai bajet yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang, sampai mereka (penganalisis) tidak menilainya sebab tidak ada asas kreadibiliti pada bajet mereka itu," katanya.

Najib berkata kerajaan pimpinan BN turut mempunyai perancangan besar untuk pembangunan negeri Perak seperti lebuh raya pantai barat yang akan memberi kesan positif kepada kemajuan rakyat dan kawasan seperti di Bagan Datoh dan Teluk Intan.

"Projek lebuh raya itu akan menjadi kenyataan dalam beberapa tahun akan datang sebab kawasan pantai dari Selangor ke Perak tidak begitu membangun berbanding tempat yang dilalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Saya percaya kawasan seperti Teluk Intan akan menjadi lebih hebat pembangunannya," katanya.

Program Sepagi Bersama Perdana Menteri itu turut dihadiri beberapa pemimpin antaranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel yang bersama-sama hampir 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh.