Tuesday, October 9, 2012

Kamal Affendi Pertahan Diri Tembak Pengamuk




Tadi sumber dari Kosmo dan Utusan(bernama) dan akhir sekali update dari Hmetro menyebut mengenai penganalysis jenayah terkenal,Kamal Affendi Hashim terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan kepada orang yang sedang mengamuk.

SHAH ALAM – Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin.

Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar.

Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.

Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri.

Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya

Seorang operator kilang maut selepas ditembak seorang penganalisis jenayah yang cuba mempertahankan dirinya dalam kejadian amuk di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini Selasa malam.

Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata kejadian berlaku 9.53 malam di Blok E, Flat Valencia ketika lelaki berusia 42 tahun itu yang bersenjatakan parang menyerang penganalis tersebut.

Terdahulu lelaki itu mengejar empat yang lain termasuk tiga anggota polis di tingkat dua flat dan seorang daripada mereka terlanggar penganalisis tersebut mengakibatkan beliau terjatuh.

Lelaki yang mengamuk itu kemudian melibaskan parangnya ke arah penganalisis berkenaan sebelum beliau mengeluarkan sepucuk pistol HK P30 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki terbabit, katanya pada sidang media, di sini Rabu.

Bagaimanapun lelaki itu terus mengamuk dan menetak lutut kanan penganalisis berusia 42 tahun tersebut menyebabkan beliau melepaskan tembakan yang merebahkan lelaki berkenaan.

Ahmad Zahedi berkata penganalisis itu yang memiliki lesen senjata api kini dirawat di Hospital Pakar KPJ, dan kejadian turut menyebabkan seorang wanita Indonesia cedera ringan di lengan dan paha kanan kerana terkena peluru sesat.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk selepas bertengkar dengan rakan serumahnya yang mahu berpindah ke rumah lain.

Lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh itu pulang untuk mengambil barang namun terlibat dengan pergaduhan dengan suspek selepas mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan oleh suspek.

Ketika pergaduhan itu, lelaki tersebut melibas rakannya dengan parang yang menyebabkan beliau lari menyelamatkan diri dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, semasa tiga anggota polis dan buruh itu kembali ke rumah sewanya di tingkat tiga flat bagi memujuk lelaki tersebut menyerah diri, suspek bertindak menyerang mereka, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana niat untuk membunuh.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.

Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.

Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.

“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.

Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.

Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.

Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.

“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.

Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.

Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.

“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.

Friday, October 5, 2012

Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram


Presidennya, Azwanddin Hamzah
Presidennya, Azwanddin Hamzah

PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan  Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, October 3, 2012

Erra Fazira: ‘Perangai kalau cantik takperlah..' Erra cakap macam tu?? biar botul??

Erra Fazira: ‘Perangai cantik, cantiklah diri’

Erra Fazira
Erra Fazira
 
Erra Fazira: ‘Perangai cantik, cantiklah diri’
Muka depan Majalah Wanita edisi terbaru yang berada di pasaran.
 
ARTIS dan kontroversi sememangnya cukup sinonim. Tanpa kontroversi, ibarat seolah-olah makanan tiada bergaram. Bahkan, kontroversi menjadi tunggak kepada seseorang artis sama ada bakal jatuh mahupun meningkat naik.

Ada juga artis yang namanya meletup apabila diterjah dengan kontroversi yang cukup hebat. Dalam pada itu seseorang artis itu juga perlu bijak mengawal situasi kontroversi yang dilalu.

Ada artis yang cepat melenting tidak kurang juga ada yang bersikap ‘cool’. Antara yang tenang berdepan pelbagai perkara yang dihadapkan kepadanya adalah  pelakon, penyanyi dan juga model terkenal Erra Fazira.

Biarpun sering kali diasak dengan pelbagai soalan peribadi baik sebelum berkahwin sehinggalah kini memiliki seorang cahaya mata, namun bekas ratu cantik ini cukup bijak mengawal emosi dan tidak mudah melatah dalam temu bual bersama Mingguan Wanita.


MW: Apa komen Erra tentang kontroversi sesama artis yang banyak berlaku sekarang?

ERRA : Ini semua bergantung kepada pemikiran seseorang artis. Jika mempunyai sifat baran, suka bertelagah atau konon-konon mahu menegakkan kebenaran diri atau apa sahaja mereka tetap harus ikut cara yang betul kerana anda adalah ‘public figure’.

Sebagai Artis yang memilih bidang ini suka atau tidak suka kalau boleh penampilan dan keterampilan diri harus positif kerana anda dipandang masyarakat. Itu pengalaman saya.


MW: Sebagai artis senior, apa pandangan Erra mengenai artis baru yang sering menimbulkan masalah dengan bermasam muka, bergaduh dan sebagainya dengan artis lain?

ERRA: Penyakit sebegini memang akan sentiasa ada walaupun pada masa akan datang tetapi tidak semua artis begini. Hanya segelintir sahaja manakala yang lainnya lebih tertumpu pada karier. Sekarang lebih ramai yang mahu memajukan diri kerana minat dan cintakan bidang ini.


MW: Pernah bergelar ratu cantik sebelum ini, adakah Erra terasa terbeban dengan gelaran tersebut kerana terpaksa ‘maintain’ cantik terutama ketika berhadapan dengan orang ramai?

ERRA: Ini terpulang kepada penerimaan diri sendiri. Sampai bila saya harus membawa bersama imej ratu cantik terutama apabila bekerja dalam bidang ini. Apabila bekerja seperti sekarang, saya bukan lagi membawa gelaran ratu cantik sebaliknya saya memilih menjadi artis.

Jika tampil dengan sesuatu yang tidak ‘bersedia’, ini akan melibatkan imej dan periuk nasi saya sendiri. Sebagai artis, kena pandai membawa diri,  tahu majlis dan keterampilan yang sesuai dengannya.

Sebaliknya, jika tidak bekerja, jadilah diri sendiri. Tidak perlu tampil cantik sentiasa, rimas rasanya kalau sedemikian. Pada saya, cantik bukan hanya sekadar memakai mekap tetapi  tampil ringkas sudah memadai. Kalau ‘perangai’ cantik maka cantiklah anda.


MW: Erra seorang ibu yang cukup prihatin terhadap keperluan Alesya. Ada ikuti kelas keibubapaan sehingga kini?

ERRA: Sebelum bergelar ibu saya memang ada ikuti kelas keibubapaan, tetapi selepas Alesya lahir dan sehingga kini sudah tiga tahun, saya hanya praktikkan apa yang saya belajar. Perkara paling penting saya praktikkan adalah mengurut anak saya. Sejak kecil sampai besar, kalau saya tidak buat, Alesya sendiri akan tanya kenapa tidak urut dia. Kadang-kadang ada juga dia pula yang urut saya.


MW: Adakah Erra menyediakan bajet untuk anak setiap bulan?

ERRA: Semuanya bergantung pada keperluan anak seperti syampu, mandian dan sebagainya yang penting dan harus  ada. Tetapi tidak bermakna setiap bulan saya membeli. Jika perlu atau hampir kehabisan barulah saya membelinya.

Tetapi saya memberi penekanan  lebih kepada pemakaian losen serta mengurut dengan menggunakan minyak telon sejak anak saya masih bayi sehingga sekarang. Biasanya saya akan melakukan sendiri apabila tidak keluar bekerja,  jika tidak pembantu yang akan buat. Tapi yang perkara yang kami kongsi bersama adalah memakai wangian., memang itu perkara wajib  yang  Alesya tiru daripada saya selepas siap berpakaian.


MW: Antara Erra dan suami, siapakah yang lebih tegas dalam mendidik anak?

ERRA: Alesya seorang yang penyayang dan dia sentiasa menitik beratkan hal orang lain. Tetapi itu tidak bermakna saya suka manjakan anak. Kalau dikira saya paling tegas berbanding ayah dia. Kalau dengan saya, memang Alesya sukar memperoleh terutama makan makanan segera. Tetapi dengan ayahnya dia memang senang nak dapat.


MW: Anak zaman sekarang lebih terdedah kepada teknologi . Adakah Erra sendiri memberi pendedahan pada Alesya?

ERRA: Zaman sekarang zaman teknologi, bukan anak saya sahaja sebaliknya anak-anak seangkatan dengan Alesya sudah terdedah pada teknologi. Tapi ia sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan sosial.

Tidak dinafikan, dia turut mengalami masalah tersebut memandangkan Alesya anak tunggal. Dia agak pemalu dan lambat untuk bercampur dengan orang ramai. Untuk mengelakkan hal ini selain meningkatkan daya kreativiti, saya mengajar Alesya bermain origami dan permainan lain yang menjana mindanya.

Tetapi dalam masa yang sama, penggunaan teknologi tidak boleh diletak ke tepi kerana ia juga amat penting untuk Alesya kelak. Selain itu, saya juga menghantarnya ke play school dan dia cepat tangkap lagu dan melodi.

Mungkin waktu mengandung saya suka memasang lagu-lagu berentak klasik, dan juga mengaji di perut. Jadi itu yang menyebabkan Alesya mudah tangkap terutama melodi lagu.


MW: Alesya sudah berusia tiga tahun, tidakkah Erra dan suami teringin menimang cahaya mata kedua?

ERRA: Ini semua bergantung kepada anugerah Tuhan. Buat masa sekarang belum ada lagi rezeki. Mungkin ada sebab dan musabab kenapa kami belum ada rezeki menimang cahaya mata kedua.

Kerajaan Negeri Sembilan turut beri tambahan bonus sebulan

 
SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Pemberian bonus itu membabitkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.
 
Beliau berkata, sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
 
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentang Bajet 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lalu sempena Aidilfitri.
 
- BERNAMA  / N9kini.com

Monday, October 1, 2012

Keputusan suku akhir Piala Malaysia dah diterima?? Lawan belum habis lagi.. dah tau?? Pelik bin Ajaib..

Saksikan Perlawanan Suku Akhir Kedua.
 


Perlawanan Negeri Sembilan (NS) mln Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, (STAR)
Pada : 02 Oktober 2012
Masa : 8:45 malam  

 

Piala Malaysia 2012 telahpun memasuki fasa suku akhir ke-2 dan perlawanan malam ini merupakan penentu pasukan manakah yang akan mengisi slot separuh akhir

Selepas mengharungi suku akhir pertama, Selangor adalah pasukan yang boleh dikatakan selangkah ke separuh akhir kerana berjaya menewaskan Johor FC 3-1 di tempat lawan

Kekalahan tipis Lions XII, Negeri Sembilan dan Felda United di tangan lawan masing-masing pada suku akhir pertama pastinya optimis untuk melakukan yang terbaik untuk perlawanan malam ini.Inilah peluang terakhir pasukan itu

Misi yang sama, Pahang, ATM dan Kelantan sudah tentu sedaya upaya mempertahankan kemenangan dan sebolehnya menambah aggregate bagi memastikan mara ke separuh akhir nanti.

Debaran kian terasa, 4 pasukan manakah yang akan ke separuh akhir? ikuti keputusan yang akan dikemaskini kini secara live score dalam ruangan ini malam ini.

Keputusan terkini suku akhir kedua Piala Malaysia 2.10.2012
 
Masa Perlawanan Tuan Rumah Jaringan (VS) Pelawat
7.45 mlm Lions XII 0 – 0 Pahang
8.45 mlm Kelantan 0 – 0 Felda United
8.45 mlm N.Sembilan 0 – 0 ATM
8.45 mlm Selangor 0 – 0 Johor FC
Status : Keputusan semasa

Keputusan suku akhir pertama

Johor FC 1 – 3 Selangor
Pahang 2 – 1 Lions XII
ATM 3 – 2 N.Sembilan
Felda United 1 – 2 Kelantan
Layakkah Negeri Sembilan mara ke Separuh Akhir setelah ketinggalan 1 gol dalam perlawanan suku akhir lalu??

Penyokong Negeri Sembilan perlu menyerbu STAR, Paroi, malam ini dan memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan. Laluan penuh getir NS perlu kita harungi bersama seperti tahun-tahun lalu.

Kemon Jangsssssss.. kita mampu lakukan kesekian kalinya.. :)

Wednesday, September 26, 2012

Harapan dan Misi Menteri Besar merangkap Presiden PBNS Mempertahankan Piala Malaysia 2011 sekaligus menjadi juara 2012



Berikut di bawah merupakan ucapan ringkas Presiden PBNS dan mari kita warga Negeri Sembilan melaungkan slogan Hoben Jang Hoben!!!!!

1.    Saya merasa amat sukacita kerana pasukan kita telah berjaya melayakkan diri dlm pusingan suku akhir piala Malaysia untuk tahun 2012 pula. Tahniah kepada semua terlibat daripada pihak pengurusan, jurulatih dan para pemain.

2.    Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara-saudara tunjukkan yang telah pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.

3.    Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara-saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan NS dapat mempertahankan gelaran juara piala Malaysia ini dapat kita jayakan. Itu misi kita, misi mempertahankan kejuaraan piala Malaysia. Jadi saudara-saudara sekalian mempunyai tanggungjawab moral untuk bermain dengan lebih baik, bermain dengan lebih bertanggungjawabn supaya kita akan terus dapat pastikan supaya piala Malaysia akan dapat terus tetap dipegang dan dibawa balik ke NS pada pusingan akhir nanti.

4.    Mainlah elok-elok.  Pada 28 september ini kita akan bertemu dengan pasukan angkatan tentera Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Banyak diperkatakan tentang pasukan ATM ini, tetapi bagi saya jangan risau pasal orang, kita risau pasal diri kita sendiri. Kalau kita bermain sebagai satu pasukan, kalau kita main sebagai satu pasukan yg mahu melihat kejayaan, saya yakin dan percaya pasukan ns adalah merupakan pasukan yg mempunyai resepi yg terbaik utk kita menggekalkan kejuaraan. Orang lain melihat kita sebagai satu pasukan yang kuat dan terbaik di atas kertas.

5.    Tetapi kadang2, di atas kertas dgn terjemahan di atas padang itu kadang2 lain. Jadi adalah amat diharapkan dan amat bersyukur kita kalau kita dpt menterjemahkan apa ada di atas kertas, dpt pula diterjemahkan seterusnya di atas padang. Kalau ini dapat kita buat insyaAllah kita akan merangkul kejayaan. Jadi yg pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita  utk bermain utk pasukan kita. kalau kita mempunyai resepi ini, insyaAllah kita akan berjaya.

6.    Jadi kepada saudara sekelian, Tak banyak lagi bermain. Cuma dua kali di suku akhir. Timbal balik, dua, lepas itu separuh akhir kalah mati dan terus saja untuk menutup tirai. Tirai 2012, jadi lima kali main lagi, mainlah dan tunjukkanlah satu semangat pasukan yang kuat, kental dan berikan suatu yang boleh menggembirakan rakyat NS iaitu tak lain dan tak bukan menggekalkan piala Malaysia di NS.

7.    Jadi inilah yang telah kita buat. Dan kita mahu lihat supaya semua orang berada dlm keadaan yg sukacita, kita punya silaturrahim antara pemain baik, dan diharapkan supaya kita akan sentiasa berada dlm keadaan yang sihat tubuh badan dan sihat pemikiran kita.

Ucapan ringkas dan padat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden PBNS pada majlis Hi-Tea bersama pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan PBNS.

Sumber : Arkib TJ juga di sini

Tuesday, September 25, 2012

NAZMI FAIZ MASUK DALAM PRO EVOLUTION SOCCER 13!!! HANDAL!!!

Nazmi Faiz, anak muda Malaysia yang telah mengharumkan nama kini telah berada dalam senarai pemain yang ada dalam permainan video terkenal dunia Pro Evolution Soccer 13 dan Fifa 13.
 




Jom layan beberapa snapshot permainan tersebut yang aloqlaloq petik dari blog beautifulnara.
 
Sememang anak muda ini telah mengharumkan nama negara. Terus usaha anda wahai Nazmi. Aloqlaloq mendoakan agar lebih banyak pemain Malaysia yang akan mengikuti jejak langkah Nazmi di masa2 akan datang.
 
Tahniah Nazmi. 

Kole ayan tumpang bangga dengan pencapaian Nazmi Faiz.. Wahhhhh.. nama dah ada dalam Pro Evolution Soccer 13 dan Fifa 13.


Penyokong Negeri Sembilan jangan lupa pula.. Nazmi.. Nazmi juga.. Mari sokong Pasukan bola sepak Negeri Sembilan menentang ATM di Stadium Selayang pada 28 September 2012.

Huhu.. mempertahankan kejuaraan bukan mudah.. apa lagi, pemain yang sama-sama meraih kejuaraan Piala Malaysia 2011 ada pada pasukan ATM.

Apa pun kita pakat sokong pasukan bola sepak kita.. Hoben Jang Hoben!!!

Di sini pesanan Presiden Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan.