Wednesday, August 8, 2012

DAP 'tersedak' --> Kerajaan Negeri Sembilan dituduh buang toksid



Bandar Seri Jempol : Penduduk Orang Asli Sungai Lui dekat sini, gempar apabila seorang pemimpin pembangkang mendakwa kampung itu akan dicemari sisa toksik apabila projek pelombongan emas dijalankan di situ.

Zainal Abidin menerangkan keadaan sebenar kepada penduduk Sungai Lui, Jempol. – Foto Abnor Hamizam

Difahamkan seorang pemimpin DAP dari Pahang pergi ke kampung itu Selasa lalu, dan memberitahu penduduk projek berkenaan mendapat kelulusan kerajaan negeri.
Penduduk yang bimbang dengan dakwaan itu membuat laporan polis di sini, malam kelmarin.
“Pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas. Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” – Asai Patik, wakil penduduk Orang Asli
Namun, penduduk lega apabila ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menemui mereka semalam dan menafikan dakwaan itu.Wakil penduduk, Asai Patik, 40, berkata beliau dihubungi wakil rakyat DAP itu melalui telefon bimbit meminta menghimpunkan penduduk.
“Kira-kira 300 penduduk terkejut dan ada yang takut mendengar kenyataan pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas.
“Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” katanya.
Lawatan pemimpin DAP itu mendapat liputan dalam beberapa akhbar Cina, memaparkan penduduk bergambar bersama ADUN DAP dan rombongannya.Sementara itu Zainal Abidin berkata, dakwaan pemimpin pembangkang itu bukan saja tidak betul, malah mempunyai tujuan lain.

Thursday, July 26, 2012

Pemberian bonus resahkan pembangkang


Belum pun habis pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam. 

Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.   Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.   Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’.   

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula. 

Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya.   Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai?   Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna? 

Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.  Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah. 

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.  Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikan. 

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan.  Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat?

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana. 

Hakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar.   Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara. 

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain. 

Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar. 

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka.  Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri. 

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja.  Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik. 

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan. 

Monday, July 23, 2012

Fasa kedua 50 tahun kemerdekaan lebih mencabar



Seluruh Negara melancarkan kibaran jalur gemilang hari ini. Kibaran jalur gemilang itu adalah bersempena menyambut hari kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos setiap tahun yang bakal tiba.
Di Negeri Sembilan majlis ini disambut di Dataran Senawang, Seremban dengan pengisian acara meningkatkan patriotisme dan cintakan tanahair yang akan mencapai kemerdekaan kali ke-55.
Majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2012 disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut serta Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar.
Acara simbolik memperingati negara mencapai kemerdekaan, sebanyak 55 buah badan sukarela, belia, NGO mengiringi panji-panji bendera kebanggaan negara di pentas utama sebelum diserahkan kepada jabatan kerajaan, agensi dan belia terpilih untuk dikibarkan di premis masing-masing.
Terdahulu, Dataran Senawang bergema dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku yang dinyanyikan secara beramai-ramai  dan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menaikkan jalur gemilang mengiringi nyanyian tersebut.
Beliau di dalam ucapan menyeru agar rakyat di negeri ini menjadi rakyat yang menginsafi erti kemerdekaan yang bakal di sambut kali ke-55.
“Jadilah generasi yang mensyukuri usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha mendapat kemerdekaan ini dahulu. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ke 55 tahun, sedang kita berjaya membangunkan negara di dalam pelbagai bidang dan berjaya mengurus negara, ada dikalangan negara yang sama usia kemerdekaan dengan kita, mereka gagal membangunkan negara mereka sendiri.” ujarnya.
Katanya lagi, “Inilah keunikan yang terdapat pada rakyat negara ini, di mana kita sedang melalui fasa kedua iaitu mengekalkan kemerdekaan untuk 50 tahun akan datang dengan formula dan resepi utama iaitu memelihara perpaduan dan persefahaman antara kaum.”
Beliau turut menyeru agar rakyat di negeri ini mempunyai kesedaran untuk mengibarkan jalur gemilang di setiap tempat dan berusaha mendapatkan jalur gemilang yang mudah didapati dan apa yang penting semangat mengibarkan jalur gemilang.
“kerana itulah semangat nasionalisme dan patriotisme yang hadir secara semulajadi di dalam diri.” Katanya lagi.
Sementara perutusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dibacakan oleh Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya menyatakan, “tiada yang lebih berharga dengan memahami erti kemerdekaan, dan rakyat negara ini perlu menyemai kebanggaan kepada jalur gemilang yang terdapat ciri-ciri penting bagi mengekalkan kemerdekaan.”
“Jalur gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan, keberanian, kegigihan dan memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme rakyat negara ini yang bergerak selari untuk mencapai wawasan yang sama.” katanya lagi.
Tambah beliau, “dalam melaksanakan pembinaan negara dan bangsa serta mengukuhkan semangat patriotisme dan nasionalisme, marilah kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang yang menjadi lambang kemegahan negara ini di setiap premis, bangunan, gudang perniagaan, rumah dan kenderaan bagi menunjukkan kecintaan kepada negara.”
Menurut Perdana Menteri lagi, “Kibaran jalur gemilang adalah sebagai lambang mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah berdasarkan acuan dan prinsip sendiri.
Perlu menjaga kemerdekaan dengan semangat perpaduan dan bertolak ansur. Jangan kita biarkan negara dicengkam dengan fahaman dari penjajah. Jauhi anasir tidak sihat, ekstream, dan membelenggu akal fikiran kerana ianya tidak memberi manfaat mahupun keuntungan.”

Wednesday, July 11, 2012

Siapa untung jika Anwar bersara?


YUSOF HARUN 

bagi  kredit kek pembangkang. Kalu tak meroyan sampai beribu komen

RASANYA lebih ramai akan ketawa atau paling tidak senyum sinis berbanding dengan mereka yang terharu jika Anwar Ibrahim mengambil keputusan bersara daripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal ke Putrajaya selepas PRU13.
Malah saya yakin segelintir mereka yang terharu mengalirkan air mata. Cuma air mata dimaksudkan seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris, "crocodile tears". Tapi lawak mengenai persaraan ini dipertingkatkan lagi Anwar kerana kononnya selepas itu dia mahu kembali menjadi pensyarah.
“Nak balik jadi pensyarah di Yayasan Anda ke?” sindir seorang wartawan yang kebetulan bersama saya tatkala topik ini timbul. “Yayasan Anda dah lama tenggelam. Hanyut bersama idealisme asal Anwar,” jawab saya. Apa pun Anwar memang kaya dengan idealisme.

Baginya pemimpin lain, tidak mempunyai idealisme. Jika tidak masakan tatkala saya menyerahkan buku karangan saya (Yusof Harun) "Tunku – Idealisme Dalam Kenangan" di pejabatnya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, Anwar yang duduk pada jarak, persis Maharaja China purba dengan khadamnya menoleh kepada pembantunya dan berkata, kira-kira begini: “Tunku ada idealisme ke?”

Itu kisah lama dulu ketika Anwar hanya beberapa tapak lagi menjadi Perdana Menteri dan melihat dirinya sebagai pembawa panji perubahan, bukan sahaja Malaysia, malah Asia sebagaimana yang disebut dalam buku "The Asian Renaissance". Namun, idealisme tersebut sudah lama lenyap sebagaimana lenyapnya Yayasan Anda.

Yang masih berbaki hanyalah idealisme untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah idealisme yang satu ini juga nampaknya sedang menempuh hari-hari terakhir. Sebagai ahli politik, Anwar suka bercakap. Malah sebelum jadi orang politik pun, Anwar memang suka bercakap.

Anwar cakap penuh dengan keyakinan, memukau dan mudah dipercayai mereka yang mendengarnya. Jika tidak, masakan ramai mempercayai ada orang yang mati kebuluran di Baling. Sehingga beberapa minggu lalu Anwar masih lagi begitu yakin umpannya mengenai penghapusan pinjaman PTPTN, subsidi minyak, itu percuma dan ini percuma akan mengena.

Namun masa yang beredar menunjukkan Pakatan Rakyat kian kehilangan tapak kalangan pengundi. Tak pasti sama ada jemaah Pas menganggap Anwar sebagai aset atau hal sedemikian tidak dikongsi secara menyeluruh.

Namun, sudah ada suara-suara yang mengatakan beliau adalah sebenarnya liabiliti buat parti tersebut. Bagi pemimpin Pas yang menyokong Anwar mereka mungkin terlupa betapa kebanyakan penyokong parti adalah bukan ahli politik.

Mereka tidak memerlukan strategi politik tetapi melihat Pas sebagai satu wadah perjuangan agama Islam yang tidak mudah tercemar daripada perkara yang songsang hukum. Justeru mereka mempersoalkan apakah Pas hari ini sama seperti Pas dulu yang bersendirian dalam memperjuangkan pembentukan sebuah Malaysia yang ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam menurut acuan parti tersebut?

Atau apakah acuan itu kini sudah diubahsuai untuk turut sama memuatkan ramuan negara Islam ala-Anwar Ibrahim dengan diadun bersama sedikit rempah ratus DAP? Di sebalik cita-cita menjadi Perdana Menteri, tiada sesiapa dapat menafikan Anwar adalah pemimpin yang ‘extraordinary personality’. Pada zaman kemuncaknya, kehadiran Anwar di atas pentas menjamin kehadiran 50,000 orang.

Pendek kata ada yang sanggup berpimpin serta datang bertongkat. Tetapi hari ini kalau ada 5,000 yang hadir, boleh dikira bagus. Dulu Anwar adalah "darling" media Barat, dan mungkin juga dunia dan pemimpin Barat. Apa sahaja yang dikatakan Anwar diterima dan disebarkan kepada dunia. Tapi itu dulu.

Hari ini, baik Barat mahupun Timur dan hatta dalam Malaysia sekalipun, semakin ramai yang kurang mempercayai Anwar. Justeru apabila Anwar mengatakan akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, atau dengan kata lain gagal menjadi Perdana Menteri maka ramai yang menganggapnya sebagai satu lagi lawak jenaka.

Anwar cukup menyedari ramuan yang harus ada sekiranya dia mahu mengejar mimpi ke Putrajaya iaitu kesatuan antara partinya PKR dengan DAP dan Pas dan kesatuan antara DAP dan Pas sendiri. Misinya sebagai pendamai bukan mudah kerana menyatukan Pas dengan DAP adalah ibarat cuba mencapai persefahaman antara itik dan ayam.

Apakah ketidakpastian seperti ini menyebabkan Anwar semacam mengangkat bendera putih awal-awal lagi? Atau apakah ia satu lagi strategi Anwar untuk setidak-tidaknya merealisasikan idealisme yang satu ini?

dulu lain sekarang lain.. 

Apapun, sekiranya Anwar benar-benar sudah dapat meneka kegagalan Pakatan Rakyat dan sudah mula ‘cover line’ lalu dikatakan mahu bersara, maka apa yang pasti rakyat Malaysia tidak akan terkilan? Mereka menduga berbanding beberapa kerat dalam PR yang akan memujuk agar Anwar mengubah pendiriannya.

Sumber : Sinar Harian (akhbar pokok condong ikut angin.)

Tiga Nilai Buruk Pembangkang




Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.

Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini. 

Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.

Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri.

Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 tahun lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.

Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.

Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja. 

Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.

Friday, July 6, 2012

Anwar Sedia Bersara Bukti PR sudah terlalu lemah


Akhbar Financial Times (FT) menyiarkan wawancara dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang agak menarik semalam.  Ianya dianggap menarik kerana inilah kali pertama kita mendengar Anwar bercakap sebagai seorang manusia biasa dan bukannya ‘Anugerah Tuhan’ yang kononnya penyelamat ummah dan tidak mungkin berundur, jauh sekali kalah dalam perjuangannya.
Kata Anwar, “kita membentangkan manifesto dan polisi kita, dan sudah tentu jika saya diberi mandat, saya akan teruskan, jika tidak, saya fikir saya akan kembali mengajar.”
Akhbar tersebut juga menggambarkan Anwar, sekarang 65 tahun, sebagai kelihatan letih bagi seorang yang berhadapan dengan peluang terbaiknya untuk memimpin negara setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas dua kesalahan iaitu liwat dan salahguna kuasa.
Bagaimanapun, PKR dan juga Pakatan Rakyat menafikan cakap-cakap mengenai Anwar akan bersara.  Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, perkara itu langsung tidak dibicarakan sama ada di kalangan jawatankuasa kerja pusat mahupun biro politik.
Rakyat Malaysia rata-rata menyaksikan sendiri bagaimana Anwar kelihatan semakin hari semakin letih walaupun anaknya, Nurul Izzah pernah membuat kenyataan yang papanya hebat – yakni dari segi fizikal dan mental sehingga mengalahkan orang muda.  Tapi, apa yang ktia lihat ialah penampilan Anwar kelihatan merosot dari sehari ke sehari, tidak pasti sama ada disebabkan oleh kesihatan, kerohanian atau tekanan mental yang terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.
Walaupun begitu, sesiapa yang mengikuti perkembangan Anwar pasti meragui yang Anwar sanggup bersara atas apa jua alasan.  Malah jika mampu, Anwar ingin terus berjuang untuk menjadi Perdana Menteri walaupun dari dalam kubur kerana Anwar adalah manusia yang percaya bahawa takdirnya ditentukan oleh dirinya sendiri.
Anwar tidak pernah mengaku kalah, walaupun telah beberapa kali kalah, kantoi dan tersungkur.  Biar tubuh bogelnya ditatap seluruh dunia, Anwar tetap berlagak selamba, menafikan segala-galanya.
Justeru, bagaimana kita boleh percaya yang Anwar sanggup dan akan bersara jika PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini?
Ramai yang percaya bahawa Anwar hanya ingin meraih simpati.  Anwar juga ingin mengikis imej ‘gila kuasa’ yang tertepek di dahinya.  Anwar ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang rendah diri dan bukan lagi ketua pemberontak yang ganas.  Harapannya agar rakyat memberi peluang kepadanya untuk menang kali ini.
Namun, jika dicongak dan diteliti secara mendalam perkembangan politik akhir-akhir ini, tiada siapa boleh menafikan yang Anwar sememangnya sudah tidak relevan lagi dan tidak mustahil Anwar sendiri menyedarinya.
Segala permainan politik perkaumannya sudah boleh dihidu dan dibongkar.  Segala janjinya telah terbukti sebagai ilusi.  Segala retoriknya pula hanyalah fantasi.
Anwar berjuang berlandaskan air liur dan penampilan peribadi yang berubah-ubah mengikut audience sahaja selama ini.  Hasil nyata dari perjuangannya tidak ada langsung.
Partinya, PKR juga hanya melukut di tengah-tengah PAS dan DAP.  Walaupun Anwar adalah Ketua di antara ketiga-tiga parti di dalam carta pembangkang, tetapi PKR itu sendiri tidak punya signifikan langsung dalam politik Malaysia. Parti yang telah berkali-kali bertukar nama ini langsung tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa yang boleh dibawa ke atas.  Khabarnya, meletakkan calon dalam pilihanraya juga amat sukar sekali bagi parti ini kerana tiada yang layak dan sesuai.
Sepertimana Anwar merosakkan UMNO ketika beliau di dalam UMNO dulu, begitulah Anwar merosakkan PKR hari ini.  Masing-masing bergaduh, berebut dan bercakaran gilakan jawatan dan wang.
Oleh itu, tidak mustahil Anwar sudah benar-benar letih dan sanggup bersara jika kalah lagi.   Anwar sudah letih berlakon dan menipu.  Tetapi, jika beliau menang, bermakna beliau akan terpaksa meneruskan lakonan dan penipuannya.  Dan selama mana seorang manusia boleh terus hidup dalam menipu sebelum menjadi sakit mental dan sakit jiwa?
Maka, Anwar mungkin juga sudah belajar insaf dan perlahan-lahan cuba menerima hakikat dan takdir yang tertulis ke atas dirinya sama ada kalah, kantoi, dipenjara, sakit, mahupun mati.
Apapun, jika beliau benar-benar bersara nanti, kita ucapkan tahniah kepadanya dan Alhamdulillah kerana kita pasti, tanpa kelibatnya dalam politik, negara ini pasti lebih aman sejahtera.

Wednesday, June 27, 2012

PRU13 pun nak tarikh cantik juga.. 13 Disember 2013.



Penganalisis: PRU13 diramal Disember 2013

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.

“Tambahan pula, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.

"Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun depan kerana ia agak berisiko.

“Rakyat mungkin akan berubah fikiran dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.

“Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan seluruh negara, dilihat bertambah selepas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Namun apabila berlaku demonstrasi Bersih baru-baru ini, sokongan itu dilihat agak menurun, khususnya kalangan masyarakat bukan Melayu. Sebaliknya sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu tidak banyak berubah.

“Justeru, dalam masa yang singkat ini, kerajaan perlu meraih kembali sokongan daripada pengundi bukan Melayu,” katanya.

p/s : Andaian dari pihak yang tak sabar-sabar nak menunggu bila tarikh PRU13 mengalahkan orang berpuasa setahun.. anak bulan tak nampak-nampak.

KA kata, kita sabar ajarlah bila masa akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

KA kata, beliau adalah orang yang layak berkata bilakah tarikh PRU13. Kalau KA hitung-hitung ramalan dan andaian pihak Pakatan Rakyat, lebih 13 kali mereka bermain dengan teka teki bilakah PRU13 nih. Mungkin KA terlupa, mereka ada bulan. Itu yang selalu nampak anak bulan bila andaian PRU13.

KA kata, mungkin agak relevan  jika PRU13 ditentukan pada 13 Disember 2013. Kerana tarikh tersebut memang cantik.

Apa pun, sabarlah.. PRU13 pastinya sebelum 08 April 2013. Andai PM tentukan pembubaran parlimen dan DUN pada 07 April 2013, jam 1159malam pun apa salahnya.. Masih tidak melanggar perlembagaan dan etika Suruhanjaya Pilihanraya.. Kenapa?? Dah bersedia gulung tikar??