Thursday, May 19, 2011


TOK GURU SEMAKIN HILANG SOKONGAN

Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

“Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

BILA DAH BANYAK SANGAT BERCAKAP YANG MENGELIRUKAN, SIAPA PUN JADI KURANG PERCAYA……
AKHIRNYA SEMUA MULAI SEDAR KEBENARAN PERJUANGAN MELAYU TULIN…
APA YANG ADA PADA PAS ??

Tuesday, May 17, 2011


Bahagian UMNO diarah selesai segera masalah

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang wujud bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.
Timbalan Perdana Menteri menyuarakan peringatan itu hasil lawatan dan pemantauannya di beberapa bahagian UMNO di seluruh Negara yang didapati masih dibelenggu masalah dalaman.
Sambil mengakui angin perubahan rakyat untuk kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) mula kelihatan, beliau berkata, ia masih belum cukup kuat dan meyakinkan untuk jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya mengakui sudah ada angin perubahan sokongan rakyat kembali (menyokong) kepada kita, tetapi masih ada sebahagian lagi bahagian UMNO dalam keadaan sama (bermasalah).
“Kita harus sedar selepas ini kita akan menghadapi pilihan raya umum. Memang Perdana Menteri belum memberi isyarat dan tidak membisik apa-apa lagi kepada saya, tetapi kita perlu ingat pilihan raya mungkin boleh diadakan esok, mungkin beberapa bulan lagi dan mungkin juga sebelum 2013,” katanya.
Selesaikanlah masalah dalaman sebaiknya, kita mesti kuatkan parti, bersatu – keutamaan kepada bangsa, ugama dan Negara seharusnya teguh menjadi wadah perjuangan.
Pikirkanlah hala tuju anak bangsa kita, masa depan mereka dan yang paling penting apa yang bakal kita wariskan pada mereka……………………

Sunday, May 15, 2011

KESETIAAN AHLI UMNO AKAN DIUJI



Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 untuk menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti memilih calon bertanding.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, kesetiaan ahli UMNO akan diuji sama ada mereka akan terus bersatu padu serta sama-sama bekerja keras dalam satu jentera yang mantap bagi memastikan kemenangan parti pada PRU kelak, walaupun tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding.
“Apakah kita sudah cukup setia kepada UMNO? Apakah kalau tidak menjadi calon (bertanding dalam PRU), kita setia kepada UMNO…serah mandat kepada pucuk pimpinan (parti untuk memilih calon)?
Terima kasih, saya akan uji apabila sampai masanya nanti. Jangan ada orang nak merajuk, jangan ada orang tak (buat) kerja, jangan ada orang yang pergi ke luar negara waktu pilihan raya kerana tidak dipilih menjadi calon.
“Kalau semuanya sudah sedar…mana ada kekurangan yang boleh kita perbaiki, apabila kita tokok tambah lagi, maka ada maknalah kita menyambut 65 tahun kelahiran UMNO,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun UMNO Ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .
Najib turut membangkitkan persoalan sama ada ahli UMNO sudah berkhidmat bersungguh-sungguh, rajin turun padang, mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
“Apakah kita sudah dekat di hati rakyat? Jadi pada sambutan Ulang Tahun Ke-65 ini, ikrar kita ialah mesti untuk mendekatkan hati rakyat dengan kita sebagai pemimpin UMNO,” katanya.
Najib berkata, ahli UMNO mesti terus bekerja lebih gigih selagi semboyan PRU Ke-13 belum berbunyi, sekali gus jangan berasa selesa walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil dengan cemerlang.
SIAPA YANG BAKAL DIUJI ????
Saranan dan ingatan dari PM ini perlu  di jiwai oleh semua pihak serta ahli UMNO semestinya telah bersedia berjuang bersama juga belajar melupakan kepentingan diri melebihi kepentingan parti….
Kesetiaan kepada parti adalah teras kepada kekuatan organisasi dan UMNO mesti terus teguh menjadi tunjang kepada perjuangan Melayu.
MELAYU MESTI BANGKIT BERSATU !!!

Wednesday, May 11, 2011

Umno Perlu Mantap !!!



Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.
"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 .
Perdana Menteri berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.
"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.
"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya.
"Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya.
"Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya.
"Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn (Jaafar), Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.
Najib berkata UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.
Renungkanlah sekejap…lalu tanyakan pada diri sendiri apakah sumbangan kita kepada keluarga, bangsa, agama dan Negara….dimanakah kita berpijak ??  Kembalilah kepada perjuangan yang berlandaskan ketulenan ketuanan Melayu….Moga kesedaran akan dirahmati…Amin.

Sunday, May 8, 2011

DAP MULA TUNJUK BELANG,,,,,,


MELAYU TONGGANG LANGGANG……
BILA NAK SEDAR !!!
Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan DAP digesa memperjelaskan dakwaan itu seperti didedahkan dua laman blog sebagai menghormati perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.

Cubaan pembangkang untuk mengubah perlembagaan disebabkan tanggapan kerajaan yang ada hari ini lemah dan tindakan itu perbuatan ekstrem serta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipertahankan semua pihak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan ada puak semakin berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding ketika pemerintahan beliau.

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mahu siasatan terperinci sebelum tindakan diambil serta mahu pihak yang memulakan isu berkenaan dikenakan hukuman tegas jika terbukti benar.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta polis segera menyiasat kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif memandangkan isu itu amat sensitif.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Kebangsaan (PENA), Salleh Rahmad meminta tidak ada pihak cuba meruntuhkan perancangan kemerdekaan walhal mereka tahu Islam adalah agama rasmi.
Mahukah kita membiarkan terus ‘percaturan kuasa’ menjadikan Ugama Islam dan perlembagaan Negara dipermainkan oleh pihak seperti ini??
Kenapa terus mahu memihak pada kumpulan yang sebenarnya mempunyai agenda memusnahkan keamanan Negara ??
Bangunlah dan sedarlah wahai bangsa ku, jangan nanti ‘yang dikejar tak dapat tapi yang dikendung berciciran’…….
Bukalah minda, renungkan jauh-jauh…. Negara kita ( Tanah Melayu ) yang BAGAIMANA nak kita wariskan kepada anak cucu kita ??

Thursday, May 5, 2011

VIDEO SEKS ; Cakap je lebih !!!



Fakta tetap fakta !!!
Sebab itu Datuk Sharzly Eskay Abdullah nampaknya tidak ‘goyang’ langsung semasa berdepan dengan wartawan selepas beliau memberi keterangan  mengenai kekecohan di Masjid Bandar Baru Sentul Jumaat lalu di Balai Polis Kepong,Kuala Lumpur Rabu.

Kerja bodoh budak-budak Angkatan Muda Keadilan yang  cuba gertak dan mematahkan semangatnya dengan buat kecoh dalam ruang sembahyang masjid itu  juga membuatkan orangramai semakin nampak jantan betina mereka.

Bukan saja Eskay malah semua orang bertanya apa halnya mereka sibuk sampai buat kecoh hendak menghalang seseorang yang nak buat sumpah laknat.Senang cakap bukannya Eskay gari tangan Anwar paksa masuk masjid itu bersumpah dengannya.

"Saya pergi ke sana bersumpah bukan untuk melaknat dia (Anwar), tapi melaknat diri saya sekiranya saya membohong.
Jadi kenapa ada pihak cuba menghalang ????
Saiapa yang sebenarnya ‘ menggelupur ‘ dalam isu video seks ini ???
LU PIKIR LAH SENDIRI !!!!

Monday, May 2, 2011

– MELAYU MESTI BERSATU



Penyatuan secara menyeluruh orang Melayu yang kelihatan agak sukar berikutan perbezaan fahaman politik ketika ini boleh berlaku jika ada isu besar yang menggugat kedudukan mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.
Katanya, beliau yakin orang Melayu boleh bersatu tetapi mesti ada sebab serta isu yang sesuai dan ia tidak harus lahir atas dasar konflik dengan kaum lain, tetapi lebih kepada jati diri mereka sendiri.
“Orang Melayu hari ini nampaknya macam tidak bersatu kerana masing-masing dengan pandangan dan fahaman mereka sendiri, namun jika ada isu yang menggugat kedudukan mereka, ia (penyatuan) akan berlaku.
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu akan balik cari pemimpin mereka untuk berjuang. Sekarang mereka nampak macam tidak menghiraukan pemimpin,” katanya yang menyuarakan pandangan mengenai perlunya orang Melayu segera bersatu demi masa depan generasi akan datang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Veteran UMNO Kedah yang bertemakan ‘Memantapkan Perpaduan Melayu’.
Semestinya bangsa Melayu akan bangun menegakkan kebenaran jua maruah yang kini mulai digugat termasuk oleh mereka ‘orang melayu’ sendiri yang terlalu mementingkan kuasa hingga sanggup ‘menjual’ bangsa sendiri.
Namun tahap kesedaran kini tumbuh bagaikan menyatakan gelombang kebangkitan memertabatkan bangsa, Ugama dan Negara mesti diutamakan, diserlahkan juga diterjemahkan sejelas-jelasnya tanpa sebarang rasa ragu serta takut demi mengembalikan kebenaran seterusnya memulihkan segala yang telah tercemar selama ini.
Pengaruh yang membudayakan ketaksuban melulu mesti diberi perhatian agar tidak mengundang idealogi sempit terus menular apatah lagi tanpa tahu dan mengenali hakikat kepada siapa ‘taksub’ itu disandarkan.
Maka apa yang diperkatakan oleh ‘Ku Li’ amat bertepatan bahawa orang Melayu pasti akan bersatu apabila isu besar melanda.
Sekiranya ada sesiapa atau mana-mana pihak yang berhasrat mahu terlalu ‘bermain api’ dengan Melayu, berpikirlah sebaiknya, jangan terlalu yaarah yakin Melayu kini telah hilang arah kekuatan ‘semangat ketuanan Melayu’……perjuangan masih diteruskan.
Bangkitlah semua Melayu…Sedarlah dari lamunan yang sebenarnya bercelaru….Kita mesti kembali bersatu menampilkan kekuatan kita.
MELAYU MESTI BERSATU…….
Bersatulah Melayu untuk memertabatkan bangsa, agama dan Negara tercinta……
MELAYU MESTI BERSATU…..