Wednesday, November 10, 2010

Kerajaan Pas Kelantan Memang Tak Minat Bina Masjid

Assalamualaikum
Kerajaan Pas Kelantan memang tidak berminat bina masjid.  Hakikat yang sudah beberapa kali didedahkan oleh wakil rakyat UMNO akhirnya diakui oleh wakil rakyat Pas sendiri! Nampaknya wakil rakyat Pas Kelantan sendiri sudah tidak tahan dengan sandiwara dan retorik pemimpin mereka. Islam Pas adalah kosmetik, hanya hiasan untuk papan-papan iklan.

Tembelang tiket ke syurga dipegang oleh Nik Aziz akhirnya pecah berbau busuk lagi meloyakan.
Semalam pada persidangan dewan undangan negeri Kelantan,  wakil rakyat Pas sendiri menempelak kerajaan pimpinan parti itu yang meluluskan beberapa pembangunan bandar baru tanpa mengambil kira pembinaan masjid.

ADUN Pas Tawang, Hassan Mohamood  mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pas yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Hassan, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina.

Yang mengejutkan, Hassan  mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan! Mana pergi duit tuu.

Alahai Pas, banyak sungguh temberang dan putar.  Kasihan penyokong totok Pas kena tipu.  Sedarlah tiket ke syurga bukan ada di tangan Nik Aziz! Syurga neraka Allah s.w.t yang tentukan.

HAJI Z
KUALA LUMPUR

Tunjuk Perasaan di Pulau Pinang.

Antara isu yang dibantah itu termasuk kenaikan tarif air, isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan. DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam. Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat.
Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”
Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting Azian Ariffin, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya.

Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.

Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.

Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
Dakwanya, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.
Kemelut tercetus apabila kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah seluas kira-kira 80 hektar pada nilai RM100 juta bagi membangunkan hab kecemerlangan pendidikan.

Pada Januari lalu, Lim menerangkan bahawa keutamaan adalah bagi Pulau Pinang dibangunkan sebagai “ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi, kreatif dan pengetahuan inovatif”.

Katanya, projek berkenaan akan menarik minat penubuhan sekolah antarabangsa, cawangan kampus universiti, koleh berasakan perkhidmatan dan juga pusat sains. Kerja-kerja dijadualkan bermula dalam setahun dua ini.

Namun, projek itu mendapat bantahan daripada Umno Pulau Pinang dengan asas bahawa satu daripada cawangan kampus adalah daripada sebuiah universiti di Singapura, tanah milik Melayu yang terlibat dan bayaran pampasan adalah rendah.

Selepas setengah jam, beberapa perwakilan dibenarkan masuk ke bangunan itu bagi berjumpa dengan Lim.

Polis kemudiannya memberikan amaran kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Seorang daripada mereka, Ariff Ibrahim dari Balik Pulau, enggan mematuhi arahan itu dan menjerit “kami akan pertahankan tanah Melayu!”.

Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke sebuah balai polis.
Antara mereka dibenarkan masuk adalah Azian dan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu, Shahabuddin Ahmad, untuk menyerahkan memorandum berhubung pengambil-alihan tahah di Balik pulau.
Mereka diikuti oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Dhalan, yang bercadang menyerahkan wang RM100 yang diberikan kepada warga emas oleh kerajaan Pualau Pinang kerana didakwa daripada sumber perjudian, meskipun telah dinafikan.

Norman berkata wang itu dikutip daripada 600 orang yang berjumlah RM23,700. Namun, dia tidak pasti jumlah wang yang dicadang untuk dipulangkan itu.

“Ia hanya diserahkan kepada saya oleh Umno supaya dipulangkan kepada kerajaan negeri. Saya tidak pasti jumlahnya,” katanya.

Rezal Huzairi Md Zaki dan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy- Satees Muniandy, berjumpa dengan Norman, tetapi mereka tidak mahu menerima wang berkenaan yang diisi di dalam sebuah beg plastik.

Menurul Rezal dan Satees, wang itu sepatutnya dikira dan mesti dikepilkan bersama senarai individu yang memulangkannya.

Norman yang tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan Satees tetapi dileraikan.

Ramasamy, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata beliau akan berbincang denga nSatees dan menyarankannya membuat laporan polis berhubung keganasan berkenaan.

Sunday, November 7, 2010

Andainya PKR bertukar menjadi SPR

TIDAK kena jika tulisan ini tidak dimulakan dengan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.

Bagaimanapun BN jangan terlalu selesa. Kerajaan Pas Kelantan tidak tergugat dengan kehilangan Galas. Begitu jugalah dengan kemenangan BN di Batu Sapi yang tidak mengubah apa-apa.

Cuma Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menambah kerusi untuk ke Putrajaya atau sekurang-kurangnya menebus kembali kehilangan kerusi pada PRK Hulu Selangor. Batu Sapi dan Galas menjadi tumpuan untuk melihat trend pengundi di kawasan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.
Di Galas, pengundi memilih BN melalui calonnya dari UMNO dan menolak Pas yang disokong kuat oleh DAP dan PKR.

Manakala di Batu Sapi, pembangkang tidak sepakat. SAPP meletakkan calonnya sendiri sementara PKR juga berbuat demikian. Maknanya SAPP tidak dapat menerima kehadiran PKR di Sabah. Punca dan faktor BN menang serta kenapa Pas dan PKR kalah sudah diulas oleh pemimpin parti-parti yang bertanding.

Sebenarnya, jika tidak diulas pun, kita sudah tahu jawapannya. Lebih mudah meramalkan kenyataan yang akan dibuat sekiranya parti seperti Pas, PKR, DAP menang atau kalah dalam pilihan raya.
Kalau menang, mereka akan berkata, itu petanda rakyat yakin dengan pembangkang, tidak percaya lagi kepada BN yang didakwanya kerajaan tidak adil, tidak telus, tidak ada akauntabiliti, rakyat mahu perubahan dan macam-macam lagi yang ‘enak’ didengar.

Tetapi apabila kalah, macam-macam alasan diberi dan paling popular akan menuding jari kepada kerajaan serta badan pengendali pilihan raya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kenyataan standard tentulah BN menyalahgunakan 3M - media (apa yang disebut sebagai propaganda media arus perdana), machinery (jentera/jabatan kerajaan digunakan untuk berkempen) dan money (sogokan wang/dana melalui pelbagai saluran/sumber).

Turut popular ialah tewas kerana pengundi hantu dan undi pos. Dalam erti kata lain, SPR didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab menyediakan senarai pengundi yang bersih sebersihnya.

Maka berdasarkan ‘alasan-alasan’ itu, secara dangkal, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pada PRU lalu, kerajaan BN tidak menggunakan 3M dan SPR berfungsi dengan baik, senarai pengundinya bersih, tidak ada pengundi hantu sementara di negeri-negeri lain banyak ‘salah guna’.

Di Kelantan pula, tentulah lebih tinggi tahap ‘kebersihan dan ketelusan’ kerajaan pusat dan SPR mengendalikan PRU kerana Pas terus kekal memerintah negeri itu.

Namun bak kata orang, Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Begitu juga dengan Kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih; Telunjuk lurus kelingking berkait.

Ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak nampak situasi apa yang disimpulkan sebagai cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap. Contohnya cuba selak pemilihan dalam PKR. Bukan sekarang tetapi pada tahun 2007. Kecoh. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ketika itu bukan main lagi bersemangat nak bertanding jawatan Presiden walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) kata tidak layak.

Hingga saat akhir pun, namanya terus dicalonkan untuk jawatan yang disandang isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Akhirnya beliau akur juga. Agaknya adakah jika PKR ambil alih, peraturan ROS ini akan digugurkan? Maknanya semua boleh bertanding tanpa halangan bagi menegakkan demokrasi tulen. Kali ini, beliau layak bertanding tetapi tidak timbul pula keghairahan sedemikian.

Kenapa?Jika diselak lagi, pemilihan yang lalu, timbul pelbagai masalah termasuk dakwaan campur tangan pemimpin tertentu menyebabkan calon yang layak bertanding menarik diri malah meninggalkan parti.

Pada satu peringkat, pemilihan semasa Kongres Angkatan Muda Keadilan juga tergendala apabila data perwakilan terpaksa diperiksa semula. Tahun ini cerita yang lebih kurang sama berulang. Kecoh di sana sini. Ada sahaja masalah semasa proses pengundian dan pencalonan. Ada yang mendakwa layak bertanding tetapi hak mereka dinafikan. Masalah ‘teknikal’ juga berlaku dalam paparan keputusan pengundian. Sekejap A mendahului, sekejap B pula mendahului.

Bayangkanlah jika semua masalah atau kepincangan ini berlaku ketika SPR mengendalikan PRU atau PRK. Teruklah SPR dibelasah PKR. Begitulah keadaannya apabila kita hanya pandai bercakap. Isu pemilihan dalam parti pun tidak mampu diselesaikan. Bagaimana agaknya jika PKR diberi tanggungjawab mengendalikan PRK atau PRU?

Dulu hari penamaan calon dan hari membuang undi tenteram. Pondok panas dapat diterima. Tetapi hari ini sudah berbeza. Tiada lagi pondok panas. Kisah koyak poster dan pukul orang menjadi kebiasaan. Adakah jika PKR jadi SPR, pemilihan berjalan dengan aman, tiada pengundi hantu, tidak ada masalah teknikal dan tanpa provokasi? Adakah suasana pemilihan akan lebih baik atau bertambah gamat? Pikirlah sendiri.

Satu lagi mengenai apa yang dikatakan sogokan wang dan rasuah. Cukup mudah mereka menuduh BN melakukan semuanya itu. Malahan umum projek untuk rakyat semasa kempen pun dipertikaikan. Tetapi tiba-tiba sahaja di Galas, semuanya yang sebelum ini dipertikaikan dibolehkan. Beri geran tanah, umum projek, bantu Orang Asli dan sebagainya. Paling menarik pengumuman ‘habuan RM250’ kepada pengundi-pengundi di luar Galas terutama di Lembah Klang supaya pulang mengundi. Dengan janji seperti itu, pengundi sedikit sebanyak terpengaruh untuk balik mengundi tetapi terarah kepada memilih parti yang memberikannya wang. Sudah tidak ada keikhlasan dan kebebasan untuk mengundi.

Pengundi serba salah kerana takut wang itu bertukar menjadi ‘haram’ kerana ambil wang Pas tetapi undi BN. Dulu ada slogan, BN beri wang ambil, beri kain pakai tapi pangkah ‘bulan’. Begitu juga dengan ‘zakat’ yang diberi secara terbuka pada majlis pengislaman Orang Asli. Carilah masa lain tanpa kehadiran calon PRK untuk mengelakkan salah tanggapan. Pada kebiasaannya manusia tanpa mengira label politik akan mudah bersangka buruk. Bak kata orang seperti ada udang di sebalik batu. Mungkin jika sekutu Pas iaitu PKR jadi SPR, semua itu tidak apa walaupun dalam konteks pilihan raya, ia satu kesalahan.

Dulu semasa kempen PRU, mereka melemparkan tuduhan dengan slogan sinis sokong BN, barang naik. Kini belum satu penggal memerintah, kadar tarif air sudah naik. Bagi kerajaan Pas dan DAP, adakah itu bukan kenaikan? Nasib baik Pulau Pinang dan Kedah yang naikkan. Bagaimana kalau negeri lain yang diperintah BN menaikkan kadar tarif air?

Mungkin kalau Kedah ketika ini diperintah BN, maka akan adalah suara sumbang yang mengatakan air bah yang melimpah di Alor Setar itu sebagai hukuman atau pembalasan kerana menaikkan kadar tarif air. Tetapi Pas yang perintah Kedah kata, bah itu ada kaitan dengan pembinaan landasan berkembar kereta api. Dan ketika air ‘terlebih’ di Alor Setar, ramai yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Agaknya apakah kenyataan yang akan keluar jika BN perintah Kedah? Mujurlah Perak turut membekalkan air bersih. Terima kasih kepada kerajaan BN pimpinan Dr. Zambry Abdul Kadir. Kepada mangsa-mangsa banjir terimalah bantuan yang diberi itu secara ikhlas. Jangan timbul perasaan ‘halal haram’ angkara ‘fatwa ikut suka’. Tidak apa jika dulu mereka undi Pas tetapi kali ini menerima bantuan BN. Kata orang... darurat. Asal sumber itu halal. Rasanya BN tidak ambil peduli parti mana yang diundi oleh mangsa-mangsa banjir itu semasa PRU lalu.

Friday, November 5, 2010

Lim Kit Siang ingin pertahan hak orang Melayu..Biar betoi!!!

Siapa la dari kalangan orang Melayu yang dungu dan buta hati sanggup percaya segala janji-janji manis yang keluar dari mulut si Yahudi berbangsa cina ni, bahawa jika Pakatan menang pada pilihan raya umum akan datang, segala hak istimewa orang Melayu akan terjaga dan terjamin di bawah kerajaan yang baru.

Melenting juga si tua keparat ni apabila parti keluarganya di label sebagai Anti Islam. Tapi itu lah hakikatnya sejak azali lagi. Dari awal penubuhan parti tersebut hanya betujuan untuk menghapuskan hak istimewa orang melayu serta menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Lihat saja lah parti sepupunya di Singapura dan apa dah jadi dengan orang Melayu di sana, dipinggir serta dinafikan hak mereka.Sudah tentu orang melayu di Malaysia tidak mahu menerima nasib sebegitu rupa bukan?

Ekoran dari ceramah yang diadakan oleh Umno Bahgian Besut tempoh hari, membuatkan si tua keparat ini panas bontot tak senang duduk, takut-takut orang melayu di sana mula sedar bahawa Dap itu sememangnya anti Islam.

Bapak segala bapak rasis ini telah mencabar menteri amaran dalam negeri (Krismudin)  selaku Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu untuk memberi amaran paling keras kepada Umno bahagian tersebut kerana perbuatan melabel Dap Anti Islam boleh mendatangkan perasaan perkauman serta sangat merbahaya.


Kini si tua keparat dan partinya telah mula bimbang apabila melihat kebangkitan orang melayu islam, yang dilancarkan melalui roadshow atau ceramah-ceramah penerangan oleh Umno.

Untuk menyakinkan semula orang melayu supaya menyokong pakatan rakyat terutama sekali dalam memberikan sokongan kepada Dap. Pelbagai janji manis ditaburkan terutama sekali dalam soal hak-hak keistimewaan orang melayu. Si tua ini juga tahu orang melayu terutama di kawasan luar bandar paling suka dan mudah termakan dengan janji-janji manis disebabkan oleh kurangan yang dihadapi kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tinggal di bandar.

Diharapkan orang melayu akan cepat sedar dari lamunan mimpi indah, bahawa kuasa dan keistimewaan yang dimiliki hari ini tidak akan berkekalan sampai bila-bila. Sekiranya kita lalai dan tidak mahu menjaganya sebaik mungkin pasti ianya akan hilang dan mudah dirampas dari gemgaman tangan sendiri oleh keparat-keparat yang begitu cemburukan orang melayu.
Di saat kehilangan itu nanti, jika keluar air mata darah sekalipun ia sudah tidak berguna lagi. Ayuh! bangsa ku bangkit menentang si keparat ini...

Kalau orang melayu yang dah gatal sangat nak rasa macam mana bila hilang kuasa dan hak-hak keistimewaanya, sokonglah si tua keparat ini.

Pejabat Terbakar, Kalah DiGalas..Pas Perlu Insaf

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur  terbakar sehingga ketingkat bawahnya, Kemudian Kekalahan dalam mempertahankan kerusi dun Galas kepada BN, walaupun tiada impak peralihan kuasa kerajaan negeri berlaku…namun ia memberikan petanda dan  satu peringatan bahawa sesuatu yang besar akan berlaku…apa kah dia?

Situasi  di Galas amat sengit sejak dari tarikh kematian adunnya, belum ada apa-apa pengumuman dari spr, Pas telah memalukan gendang perang menghala serangan terhadap UMNO, kononnya Ku Li akan mensabotaj kempen PRK atas alasan Ku Li menyokong tindakan kerajaan negeri menuntut royalti minyak.Tidak kurang juga angin perkhabaran bahawa Ku Li sendiri akan diletakkan sebagai calon, mendorong Pas melakukan serangan psikologi terhadap Ku Li…selepas itu siri fitnah dan serangan mula dilancarkan berterusan sehinggalah menjadi sejarah…membuktikan Pas bukan lagi Parti yang memperjuangkan islam.

Di Galas jualah Pas mula hilang pertimbangan dan kewarasan , Rasuah, paksaan dan ugutan menjadi menu kempen mereka…kita dapat melihat bagaimana tanah orang asli diteroka dan digondolkan atas nama ladang rakyat, kita mengetahui bagaimana pengundi cina diugut dengan status tanah yang mereka duduki, kita sendiri mengetahui bagaimana wang zakat digunakan sebagai wang merasuah bagi mendapatkan undi, kita melihat Pas secara terang benderang menawarkan rasuah dan habuan kepada pengundi yang berada diluar kawasan dari kantung kerajaan negeri dengan nama ringkasnya wang rakyat, tak lupa juga calon Pas yang rosak akhlak kerana ditangkap khalwat dan juga dikhabarkan sebagai  seorang perokok

Ada juga berkata, kempen dalam alam maya tidak memberi kesan kepada rakyat dan pengundi Galas, dan mereka seolah-olah menafikan peranan dari media siber dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat…tapi mereka lupa, dari media siberlah banyak kisah-kisah songsang Pas didedahkan kepada Rakyat seluruh Malaysia, dalam erti kata mudah…kempen ini terkesan sehingga untuk PRU akan datang.kalau tidak , apa gunanya Pas membentuk lajnah media dan memberi sokongan kepada laman-laman web pro pas yang ada sekarang?

Pas terlalu menghina pengundi dan merendahkan tahap keintelektual rakyat Malaysia…tindakan pengundi yang memilih BN dianggap sebagai membuka jalan ke neraka, tidak kah selama mereka bersama dengan DAP banyak tindakan mereka yang menyerupai tindakan memusnahkan kesucian islam?

Nampaknya 2 kejadian yang berlaku hari ini merupakan petanda dan petunjuk dari Allah , kalau benarlah Pas tergolong dalam kelompak manusia beriman tentulah mereka akan menyedarinya…biarlah masa yang menentukan, tapi isyaratnya telah ada…Pas semakin kesuntukan masa….

Galas beri isyarat Umno akan rampas Kelantan

GALAS: Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas hari ini. Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.

Jika keputusan Galas dijadikan ukuran, PAS menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kuasa di negeri pantai timur itu. Calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti menyakinkan iaitu 1,190 undi. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.

Daripada 13 peti undi, PAS hanya menang satu di Sungai Terah dengan majoriti 285 undi. Agak mengejutkan BN mendapat undi majoriti pengundi kaum Cina yang pada pilihanraya umum lalu menyokong PAS. Mengapa PAS kalah kali ini sedangkan pada 2008 calon mereka, Che Hashim Sulaima menang dengan majoriti 646 undi. Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat kanser.

Tengku Razaleigh Hamzah nyata masih berpengaruh di kalangan pengundi Gua Musang. Tiada siapa pengundi Galas yang tidak mengenalinya. Peribadi anak raja itu menjadi ikon di Gua Musang. Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk tempatan masih mencengkam kemas di Galas. Beliau akan menjadi aset BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Serangan bersepadu jentera kempen BN terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS berjaya menyakinkan pengundi secara keseluruhan. Terlalu banyak penyelewengan kerajaan PAS didedahkan oleh BN termasuk isu ladang rakyat.

Satu lagi faktor kemenangan BN ialah demam bola sepak Kelantan yang menjalar hingga ke Galas. Gelombang merah ekoran kemenangan Piala Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi memberi sokongan kepada BN.

Ini kerana Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang membawa kemenangan bola sepak Kelantan dalam piala paling prestij itu merupakan orang kuat Umno Kelantan. Beliau merupakan ketua Umno bahagian Peringat. Keputusan petugas BN dan Umno memakai baju T merah sebagaimana idea bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyemarakkan lagi semangat petugas BN.

Kesimpulannya, kemengan BN di Galas ini adalah hasil kerja keras parti itu yang mahu menyelamatkan rakyat Kelantan dari terus ketinggalan. Bagaimanapun, adalah silap untuk mengatakan keputusan Galas itu merupakan satu jaminan kepada BN merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Cuma ia memberi sedikit kelegaan kepada Umno negeri itu yang diketahui kaya dengan pemimpin berwibawa tetapi sering bermasalah. Tengku Razaleigh akan menjadi penyelesai kepada BN Kelantan kali ini.

Bukan itu saja, ia adalah isyarat bahawa PR keseluruhannya sudah parah. Adakanlah pilihanraya kecil dimana-mana selepas ini, peluang PR untuk tewas terlalu besar. Kepimpinan PR kini yang dipersoalkan.
Sudut pemerhatian penulis, jika pilihanraya kecil itu bukan di Kelantan, besar kemungkinan PR kalah LEBIH DASYAT lagi.

Pas Melepas Galas, Pembangkang Gigit Jari Di Batu Sapi


Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya  di Batu Sapi  dan Galas apabila kedua-dua calonnya menewaskan lawan masing-masing.


Di Batu Sapi, calon BN Linda Tsen Thau Lin memperolehi  9,773  undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang mendapat  3,414  undi manakala calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang memperolehi  2,031 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil P185  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain lebih kurang  pukul 8 malam di Dewan Masyarakat Sandakan. Sebanyak 61.47  peratus atau 15,774 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sementara  itu di Galas pula calon BN merampas semula kerusi terbabit dari tangan Pas apabila calon BN, Abdul Aziz Yusuf menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad dengan majority  1,190 undi. Abdul Aziz memperolehi  5,324 undi berbanding calon Pas yang mendapat  4,134 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N45  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid pada pukul 9 malam di Pusat Sivik Gua Musang .

Sebanyak 82.71  peratus atau 9,55 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.